hadis

  • Perakuan Nabi ke atas Labid dan penegasan sesuatu selain Allah adalah batil

    Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Kalimah paling benar dikatakan padanya oleh seorang penyair ialah kalimah Labid. Ingatlah, segala sesuatu selain Allah adalah batil. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

    HURAIAN

    Labid termasuk tokoh penyair (dari zaman) jahiliyah. Dia berasal dari daerah Hawazan. Dia datang kepada Rasulullah SAW, lalu dia masuk Islam dan bagus keislamannya. Dia termasuk orang yang panjang usia. Dia hidup lebih daripada 100 tahun. Dia adalah seorang yang mulia pada masa jahiliyah dan pada masa Islam. Dia tidak menyampaikan satu syair pun setelah dia masuk Islam. Dia mengatakan: Allah telah menggantikan syair kepadaku dengan Al-Quran kecuali satu bait ini:

    “Tidak ada sesuatu yang mencela seseorang yang mulia seperti dirinya sendiri

    Seseorang diperbaiki oleh temannya yang soleh.”

    Imam Syafi’i mengungkapkan syair:

    “Seandainya syair tidak menghinakan para ulama

    Pastilah hari ini aku lebih ahli syair daripada Labid.”

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 364/365.

  • Contohi sikap zuhud Nabi SAW

    Daripada Anas RA, dia berkata: Nabi SAW tidak pernah makan di atas meja sehingga baginda wafat. Dan tidaklah makan roti yang dihaluskan sampai baginda wafat. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari. Ada juga dalam riwayat Ahmad)

    Dalam riwayat al-Bukhari yang lain disebutkan: Baginda tidak pernah melihat kambing yang dihilangkan bulu-bulunya, lalu dibakar dengan mata kepalanya sama sekali.

    HURAIAN

    “Khiwaan” (kha-wau-alif-nun) dalam hadis di atas diterjemahkan sebagai tempat untuk menaruh (meletak) makanan di atasnya sehingga orang yang makan tanpa menundukkan kepalanya. Tempat ini termasuk bidaah yang diperbolehkan. — Riyadus Solihin & Penjelasannya.

    “Khubz muraqqaq” (kha-ba-zai / mim-ra-qaf-qaf) diterjemah sebagai roti yang lebar dan halus. — Riyadus Solihin & Penjelasannya.

    “Samith” (sin-mim-ya-tho) diterjemahkan sebagai haiwan yang dihilangkan bulu-bulunya, lalu dibakar dengan kulitnya. — Riyadus Solihin & Penjelasannya.

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 367/368.

    Daripada Sa’id al-Maqburi, daripada Abu Hurairah RA, bahawa dia pernah berjalan melalui suatu kaum yang di hadapan mereka ada seekor kambing sedang dipangggang. Maka, mereka mengajaknya, namun dia (Abu Hurairah) enggan untuk (turut) makan. Dan dia (Abu Hurairah) berkata: Rasulullah SAW keluar (meninggalkan) daripada dunia dan baginda tidak kenyang daripada roti gandum. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

    HURAIAN

    “Masliyyah” (mim-sod-lam-ya-ta) dalam hadis itu diterjemahkan sebagai dipanggang. — Riyadus Solihin & Penjelasannya.

    Hadis ini menunjukkan antara perilaku orang mencintai seseorang adalah mengikuti jejak orang yang dicintainya dan meneladaninya.

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 367.

    Daripada Aisyah (Radiallahu Anha), dia berkata: Tidaklah kenyang keluarga Muhammad SAW daripada roti gandum dua hari berturut-turut, sampai baginda wafat. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim)

    HURAIAN

    Hadis ini menggambarkan berpalingnya Nabi SAW daripada dunia dan bersikap zuhud terhadap dunia.

    Di dalamnya mengandungi anjuran kepada umat baginda agar bersikap zuhud terhadap dunia dan berpaling daripada apa yang melebihi daripada keperluannya terhadap dunia.

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 366.

  • Rasulullah tidur dalam keadaan lapar

    Daripada Ibnu Abbas RA, dia berkata: Rasulullah (SAW) biasa tidur selama beberapa malam secara berturutan dalam keadaan lapar. Keluarga baginda tidak memiliki makan malam. Roti yang sering dimakan adalah roti gandum. (Diriwayatkan at-Tirmidzi, dan dia berkata hadis hasan sahih)

    HURAIAN

    Hadis ini antara lain menunjukkan kesabaran baginda SAW menahan lapar dan keutamaan isteri baginda yang turut bersabar bersama baginda dalam keadaan seperti itu.

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 379.

  • Anjuran agar sederhana dalam pemakanan

    Daripada Abu Karimah Miqdam bin Ma’dikarib (RA) berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidaklah anak Adam mengisi bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi manusia beberapa suapan yang menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak dapat, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya, dan sepertiga untuk nafasnya. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan dia berkata hadis hasan – ada juga dalam riwayat Ahmad, dan Ibnu Majah)

    HURAIAN

    “Ukulaat” (hamzah – kaf – lam alif – ta) diberikan maksud beberapa suapan – Riyadus Solihin & Penjelasannya.

    Konon kisra bertanya kepada seorang tabib (doktor): Apa itu penyakit yang tidak ada ubatnya? Lalu dijawab: Memasukkan makanan atas makanan. Kisra bertanya lagi penyelesaiannya, kemudian dijawab: Sederhana dalam segala hal. Jika dia makan melebihi kadarnya, maka dia telah menghimpit rohnya.

    Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 379/380.

  • Rumah di syurga bagi sesiapa membersihkan masjid

    Daripada Abu Said al-Khudri, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengeluarkan kotoran dari dalam masjid, maka Allah akan membuatkan baginya rumah di syurga.

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 130.

  • Masjid pertama dibina

    Daripada Abu Dzar al-Ghifari, dia berkata: Aku bertanya, wahai Rasulullah masjid manakah pertama dibina? Baginda menjawab: Masjidil Haram.

    Abu Dzar berkata: Aku bertanya: Kemudian, yang mana?

    Baginda menjawab: Kemudian Masjidil Aqsa.

    Aku bertanya, berapa (lama) antara kedua-duanya?

    Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Kemudian, bumi bagimu adalah tempat solat, maka solatlah di mana pun tempatnya ketika kamu dapati (waktu) solat (telah tiba).

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 129.

  • Lebih jauh dari masjid, lebih besar pahala

    Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Yang paling besar pahalanya adalah yang paling jauh dari masjid.

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 134.

  • Keutamaan solat berjemaah

    Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah daripada Al-A’masy daripada Abu Soleh daripada Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Solat seorang lelaki dalam jemaah lebih besar pahalanya daripada solat yang dia lakukan di rumah dan pasar dengan dua puluh lebih darjat.

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 134.

    Telah menceritakan kepada kami Abu Marwan Muhammad bin Utsman al-Utsmani , telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d daripada Ibnu Syihab daripada Said bin al-Musyyab daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Kelebihan (solat) berjemaah dibandingkan solat seseorang antara kamu dengan sendirian adalah dua puluh lima bahagian.

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 134.

  • Tangan kanan dan tangan kiri ketika solat

    Daripada Qabisoh bin Hulb, daripada bapanya, dia berkata: Adalah Nabi SAW mengimamkan kami, baginda memegang tangan kirinya dengan tangan kanannya.

    Sumber/ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 138.

  • Membaca “Amin” dalam solat dan kelebihannya

    Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila qari (imam) mengaminkan, maka bacalah “amin” oleh kamu, maka sesungguhnya malaikat membaca “amin”, maka sesiapa bacaan “amin” – nya bertepatan (serentak, bersama-sama) dengan “amin” malaikat, diampunkan baginya dosanya yang lalu.

    Ruj: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 145.