Ini adalah blog/laman hadis, yang semuanya mempunyai sumber, sama ada daripada buku-buku dibaca atau blog/tapak web berkaitan hadis dalam bahasa Melayu/Inggeris/Arab – maknanya, ia bukan direka-reka.
Huraian diberikan adalah sekadarnya berdasarkan pengetahuan. Ianya diusahakan ringkas bagi mengelakkan jemu, berjela-jela dan menutup pintu salah faham, sebab kadangkala pembaca gagal menanggapi apa yang mahu disampaikan oleh penulis.
Kandungannya diubah atau diedit dari semasa ke semasa. Pemberian tip (pemberian penghargaan atas pengetahuan diperolehi, jika ingin diberikan): Maybank penyedia kandungan: 112268161516. Pertanyaan boleh e-mel kepada: specialistnewswriter@gmail.com
INFO RINGKAS PEMBINA
Idris Musa
Pendidikan: Sek Men Agama Tumpat, Maahad Muhammadi Kota Bharu, UKM (BA Islamic Studies – Pengkhususan Bahasa & Sastera Arab)
Latihan/Kursus: Pernah mengikuti kursus penulisan/kewartawanan di NSTP dan beberapa anjuran lain, kursus motivasi dan sebagainya..
Pengalaman: Bekas wartawan (biasa, eksekutif, ketua biro HM Putrajaya, pengurus NSTP Putrajaya, penolong editor rencana, penulis khas)
Guru dalam ingatan:
Ustaz Qasim – dari kampung Kok Pasir, Tumpat – seorang guru yang bertanggungjawab, yang mengajar bahasa Arab di peringkat menengah rendah (Sekolah Men Agama Tumpat kampung Berangan), yang melalui tunjuk ajarnya penulis mula menguasai subjek Arab di alam persekolahan.
Cigku Zaid – beliau mengajar subjek pengajian am di peringkat menengah atas di Maahad Muhammadi. Orangnya biasa-biasa saja, tidak tinggi, tetapi sikapnya ramah, jalannya cepat, yang kata-katanya membuatkan pelajar bersemangat termasuk penulis, untuk mengejar kejayaan. Dialah yang mengatakan kepada penulis agar memohon UKM selepas STPM.
Datin Sohair (ejaan mungkin betul, mungkin silap), iaitu guru bahasa Arab di peringkat universiti. Beliau seorang yang ramah, pandai mengambil hati pelajar, memberikan kata-kata semangat, membuatkan pelajar berasa tak jemu untuk belajar Arab. Beliau isteri kepada bekas mufti wilayah persekutuan.
Datin Fatimah, juga guru bahasa Arab di peringkat universiti, seorang yang gigih mengajar pelajarnya untuk menguasai bahasa Arab.
Mentor/ketua/tokoh di alam pekerjaan dalam ingatan:
Datuk Manja Ismail, asal Terengganu, seorang ketua merangkap mentor ketika berkhidmat di NSTP. Beliau tegas, tetapi mempunyai hati yang baik, membuatkan pekerja yang menyertai latihan di bawahnya jadi bersemangat.
Zian Johari, bekas ketua di Harian Metro, mempunyai banyak pengalaman dalam kewartawanan. Seorang yang tegas, tetapi ramah, baik hati, malah senang ketawa. Penulis pernah merasakan wang pemberiannya untuk membeli makan sewaktu mula bekerja dahulu.
Datuk Hafifi Hafiz, bekas ketua di Harian Metro, seorang yang tegas, tampil dengan sisi kemas, segak, dan ramah dengan pekerjanya.
Othman Mamat, juga orang kanan di Harian Metro walaupun tidak berkesempatan menerajui selaku orang nombor satu di akhbar itu, seorang yang baik hati, memahami dan memudahkan cara kepada pekerja.
Datuk Mahmud Zuhdi, bekas tenaga pengajar di UM, seorang yang memahami dan ramah, dengan gayanya yang bersahaja mencirikan sikap tawaduknya.
Selain itu, banyak lagi nama-nama yang tidak berkesempatan disebutkan. Kepada Allah dipanjatkan kesyukuran kerana ditakdirkan bertemu mereka, dan kepada Allah juga dimohonkan agar mereka semuanya diberikan pahala, diampunkan dosa, dimasukkan ke syurga. Ameen!