Daripada Ibn Umar (RA), bahawa Nabi (SAW) bersabda (mafhumnya): Tiada hasad kecuali pada dua: Seorang lelaki diberikan kepadanya oleh Allah (kepandaian) al-Quran, maka dia mendirikannya (beramal dengannya, selalu membacanya) pada malam dan siang. Dan seorang lelaki diberikan kepadanya oleh Allah harta, maka dia menafkahkannya pada malam dan siang.
Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasan, 416
HURAIAN
Hadis ini menekankan mengenai orang yang pandai al-Quran, lalu dia beramal dengannya siang dan malam – hidupnya berlandaskan al-Qutan, berdamping dengannya atau tidak renggang daripadanya, serta orang yang diberikan kesenangan harta, lalu dia menggunakannya untuk menafkahkan ahli keluarganya, di samping infak pada jalan kebenaran yang lain.
Hasad di sini bukan dalam erti kata dengki khianat, tetapi adanya rasa cemburu atau keinginan untuk turut menjadi seperti orang terbabit.
