Sesiapa ambil hak orang lain dengan sumpahnya diharamkan dari syurga

Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasan, halaman 198:

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa’labah al-Haritsi meriawayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga ke atasnya.

Maka, seorang lelaki bertanya: Walaupun suatu yang remeh, wahai Rasulullah?

Maka, baginda bersabda: Dan sekalipun sepotong kayu arak. (Diriwayatkan oleh Muslim)

PENJELASAN

Hadis ini memberikan ancaman kepada orang bersumpah bohong agar dapat mengambil hak seorang muslim.

miliki laman web/blog

klik