Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 551:
Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi: Daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Dalam syurga ada tempat pertemuan para bidadari. (Di sana) mereka menyanyi dengan suara-suara yang tidak pernah didengar sama sekali oleh makhluk apa pun. Mereka melantunkan (lirik-lirik lagu):
Kami wanita alam baqa, takkan binasa selamanya
Kami wanita ceria, tak kenal susah selamanya
Kami wanita yang rela, tak kenal murka selamanya
Bahagialah lelaki, yang menjadi milik kami
(Bahagialah manusia), yang kami milik dia.