Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 201:
Daripada Khaulah binti Amir al-Ansariyah dan dia ialah wanita (isteri) Hamzah berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya lelaki-lelaki (yakni orang-orang) membelanjakan harta Allah dengan (cara) tidak benar, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)
PENJELASAN
Istilah “takhawwadhu” daripada perkataan dalam teks hadis diertikan sebagai membelanjakan dengan tidak benar.
Hadis ini menunjukkan bahawa membelanjakan harta baitulmal tidak harus berdasarkan keinginan semata-mata.
Dalam riwayat Tirmidzi daripada Khaulah binti Qais bin Qahd disebutkan: Sesungguhnya harta ini manis dan hijau. Sesiapa mendapatkannya dengan cara benar, maka dia akan diberikan keberkatan dalam harta berkenaan. Ramai sekali orang yang membelanjakan harta Allah dan rasul-Nya sesuai yang diinginkan oleh dirinya sendiri, maka tidak ada baginya pada hari kiamat selain neraka.

