Daripada Anas RA, bahawa seorang Arab pedalaman berkata (bertanya) kepada Rasulullah SAW: Bilakah hari kiamat?
Sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Apa yang kamu persiapkan untuk menghadapinya?
Dia berkata: Cinta Allah dan rasul-Nya.
Sabda baginda (mafhumnya): Kamu bersama siapa yang kamu cintai. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud & Tirmidzi – lafaz Muslim)
HURAIAN
Perkataan “a’rabiy” diterjemahkan orang Arab pedalaman.
Perkataan “as-sa’ah” diterjemahkan hari kiamat.
Sumber/ruj: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 283.
