Di syurga terdapat apa yang tidak pernah dilihat, tidak pernah didengar dan tidak pernah terdetik di hati manusia

Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 480:

Imam Ahmad meriwayatkan, bahawa perawi hadis ini menyatakan: Aku mendengar Sahal bin Saad berkata; aku pernah ikut hadir di salah satu majlis Rasulullah SAW, di mana baginda menerangkan mengenai syurga sampai selesai.

Kemudian pada akhir perbicaraannya, baginda bersabda (mafhumnya): “Di dalam syurga terdapat apa-apa yang tidak pernah dilihat oleh mata sesiapa pun, tidak pernah didengar oleh telinga sesiapa pun, dan tidak pernah terdetik dalam hati manusia mana pun.”

miliki laman web/blog

klik