Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 549-550:
Abu Bakar asy-Syafie meriwayatkan: Daripada Kulaib bin Harb. Dia menyatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Carilah syurga sekuat tenagamu, dan larilah dari neraka sekuat tenagamu. Sesungguhnya pencari syurga itu tidak sepatutnya tidur. Dan sesungguhnya orang yang lari dari neraka itu tidak sepatutnya tidur. Sesungguhnya akhirat sekarang ini dikelilingi dengan perkara-perkara yang tidak disukai. Dan sesungguhnya dunia dikelilingi dengan pelbagai kesenangan. Maka, jangan sampai dunia ini melalaikan kamu daripada akhirat.”