Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 137
Daripada Anas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah akan reda seorang hamba yang memakan suatu makanan, kemudian dia memuji kepada Allah atas makanan dimakannya ataupun meminum suatu minuman, kemudian dia memuji kepada Allah atas minuman diminumnya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
PENJELASAN
Hadis ini mengandungi keutamaan bertahmid (memuji Allah) ketika makan dan minum. Ini termasuk kepemurahan Allah. Allah memberikan kurniaan kepada kamu berupa rezeki dan meredaimu kerana pujian diucapkan.