Orang kuat dapat menguasai diri ketika marah

Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 70/71:

Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang kuat bukan yang menang berlawan. Sesungguhnya orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

PENJELASAN

Dalam hadis ini mengandungi erti pujian terhadap orang dapat menguasai dirinya ketika marah.

Firman Allah bermaksud: β€œDan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain, dan Allah mencintai orang berbuat kebaikan.” (Surah Ali-Imran, 134)

miliki laman web/blog

klik