5 hak jalan

Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 178:

Daripada Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Hindarilah kamu daripada duduk-duduk di jalanan.

Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami tidak dapat menghindari daripada duduk-duduk di sini kerana kami berbincang-bincang di sini.

Maka, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika kamu masih tetap ingin duduk-duduk di situ, maka berikanlah hak jalan.

Mereka bertanya: Apakah hak jalan, wahai Rasulullah?

Baginda bersabda: Hak jalan iaitu menundukkan pandangan, menahan diri daripada mengganggu, menjawab salam, menyuruh perbuatan makruf (baik) dan mencegah kemungkaran. (Muttafaq alaih)

miliki laman web/blog

klik