Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 154:
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Semua umatku masuk syurga, melainkan orang yang enggan.
Baginda ditanya: Siapakah orang yang enggan, wahai Rasulullah?
Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku, maka dia masuk syurga, dan sesiapa yang derhaka kepadaku, maka dia enggan. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)
HURAIAN
Hadis ini mengandungi khabar gembira buat umat ini iaitu akan masuk syurga, melainkan mereka yang enggan iaitu mereka yang mengingkari atau derhaka kepada Rasulullah.