Air wuduk hapus kesalahan

Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 132:

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika seorang Muslim ataupun Mukmin berwuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka keluar dari mukanya setiap kesalahan yang dia lihat dengan kedua-dua matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluar daripada kedua-dua tangannya semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Kemudian, apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua kakinya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar orang terbabit dalam keadaan bersih daripada semua dosa. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

PENJELASAN

Hadis ini mengandungi keutamaan wuduk — dapat menghapus kesalahan anggota badan, meleburkan dosa.

miliki laman web/blog

klik