Orang tetap dengan amalan kebaikan sewaktu bermukim dan sihat, dicatatkan pahala untuknya ketika bermusafir, sakit

Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134:

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang hamba sakit atau berkelana, maka dicatatkan baginya (pahala) sebagaimana dia melakukan amalan (ibadat, kebaikan) ketika dia bermukim (berada di rumah, di tempatnya) dan semasa sihat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari)

HURAIAN

Orang mempunyai amalan kebaikan yang dilakukannya secara berterusan, kemudian dia tidak dapat melakukannya kerana menghadapi kesukaran, masalah atau alasan yang benar, maka tetap dicatatkan baginya sebagaimana dia melakukan amalan itu sebelumnya.

miliki laman web/blog

klik