Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 125:
Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai keadaan ketika dia meninggal dunia. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)
PENJELASAN
Hadis ini mengandungi motivasi kepada seseorang untuk melakukan amalan kebaikan, tetap dengan petunjuk Nabi Muhammad (SAW) dalam segala keadaan, ikhlas kerana Allah dalam ucapan dan perbuatan, agar meninggal dunia dalam keadaan terpuji, lalu dibangkitkan dalam keadaan demikian.