Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 565:
Dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim ada diriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Daripada umatku ada satu golongan yang masuk syurga, mereka ada 70,000 orang, wajah mereka bersinar bagaikan bulan pada malam purnama.
Lalu, berdiri Ukasyah bin Muhsin (al-Asadi, sambil menyerahkan secarik kain wol bergaris) dia berkata: Wahai Rasulullah, doakan saya kepada Allah supaya menjadikan saya tergolong mereka.
Rasulullah pun mendoakan dia agar Allah menjadikannya tergolong mereka.
Dan tiba-tiba berdiri pula seorang lain daripada kaum Ansar, lalu berkata: Wahai Rasulullah, doakan saya juga kepada Allah agar menjadikan tergolong mereka.
Baginda bersabda: Kamu didahului oleh Ukasyah.