Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 571:
Dalam Sahih Muslim ada riwayat; daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Demi Allah yang menggenggam jiwaku, andai kamu dapat melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu hanya sedikit ketawa dan banyak menangis.
Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang anda lihat?
Baginda menjawab: Aku melihat syurga dan neraka.