Orang fakir lebih dulu masuk syurga dan pada hari kiamat berbanding orang kaya

Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 563:

Dalam Musnad Imam Ahmad, Jami’ at-Tirmidzi dan sunan Ibnu Majah, ada diriwayatkan secara marfu’: Daripada Abu Hurairah RA: Muslimin (orang Islam) yang fakir masuk syurga lebih dahulu daripada mereka yang kaya dengan selisih setengah hari, iaitu lima ratus tahun.

Sanad hadis ini sesuai syarat Muslim dan menurut at-Tirmidzi darjatnya hasan sahih.

Menurut riwayat Muslim: Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya orang-orang fakir daripada Muhajirin (masuk syurga) mendahului orang-orang kaya pada hari kiamat dengan selisih empat puluh kali musim gugur.

miliki laman web/blog

klik