Orang lemah tertindas penghuni syurga, orang kasar angkuh penghuni neraka

Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 564:

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada diriwayatkan: Daripada Haritsah bin Wahab. Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian siapa penghuni syurga? Iaitu setiap orang lemah yang tertindas. Namun jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya dia tunaikan sumpahnya. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian siapa penghuni neraka? Iaitu setiap orang yang kasar dan angkuh.

miliki laman web/blog

klik