Maut disembelih selepas penghuni syurga dan neraka masuk ke dalamnya

Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 462:

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

Apabila para penghuni syurga telah masuk ke syurga dan para penghuni neraka telah masuk ke neraka, maka didatangkan maut, sehingga terletak (atau terhenti) ia di antara syurga dan neraka, lalu disembelih.

Kemudian penyeru menyeru: Wahai sekalian penghuni syurga, kekallah kamu, tidak ada lagi kematian. Wahai sekalian penghuni neraka, kekallah kamu, tidak ada lagi kematian.

Maka, penghuni syurga bertambah gembira manakala penghuni neraka semakin sedih.

miliki laman web/blog

klik