Kiamat akan berlaku apabila amanah disia-siakan

Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 157:

Dalam sahih Bukhari ada riwayat daripada Abu Hurairah (ertinya): Bahawa seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW, bilakah terjadi kiamat?

Maka, kata Rasulullah: Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah terjadi kiamat.

Kata Badwi itu, wahai Rasulullah, bagaimana atau dia berkata, apakah disia-siakan amanah itu?

Rasulullah menjawab: Apabila urusan telah diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah terjadi kiamat.

HURAIAN

Hal ini pun sudah kelihatan, dengan orang bukan ahlinya (bukan pandai atau berkebolehan dalam suatu hal), diangkat atau diberikan tanggungjawab.

Oleh kerana itu, kebaikan, kesempurnaan dan kemajuan diharapkan tidak lancar, ataupun ianya tampil bersama fitnah atau akibatnya yang buruk, rosak dan binasa, merugikan. Ini boleh diperhatikan di setiap sisi.

miliki laman web/blog

klik