Beruntung bagi orang memeluk Islam, cukup rezeki dan qanaah

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As (RAnhuma), bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya beruntung sesiapa memeluk Islam dan adalah rezekinya mencukupi dan dia bersifat “qanaah” kepada Allah dengan apa yang diberikan kepadanya. (Diriwayatkan oleh Muslim)

HURAIAN

Al-Qurthubi berkata: Makna hadis ini adalah orang yang mendapatkan tiga hal yang disebutkan dalam hadis, bererti dia memperoleh apa yang dia cari di dunia dan akhirat.

Qanaah ialah berasa cukup, memadai dengan kurniaan Allah. Maka, orang bersikap qanaah tidak rakus kepada harta duniawi, tidak mengambil hak orang lain, tidak berlaku zalim kepada yang lain—dalam apa jua bentuk, ragam dan cara. Usahanya meniti atas landasan keredaan Allah.

Sumber/ruj: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 378.