Daripada Muaz RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya, dan bersabda (mafhumnya): Wahai Muaz! Sesungguhnya saya menyayangimu. Kemudian, saya berpesan kepadamu wahai Muaz, janganlah kamu meninggalkan doa ini setiap selesai solat, kamu katakan (baca): “Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik” (“Wahai Allah berilah saya pertolongan untuk tetap berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat kepada-Mu dengan sebaik-baiknya”). (Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasai, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Jami’)
Doa itu dalam tulisan Arab:
اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
Sumbe/ruj: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 293.

