# hadis nabi > Dari Hujung Jari ## Posts - [Pesan Nabi agar bertakwa, bersabar](https://hadisnabi.net/pesan-nabi-agar-bertakwa-bersabar/): Dalaman Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 62 menyatakan: Daripada Anas RA berkata: Suatu ketika Nabi berjalan melewati seorang perempuan yang sedang menangis di samping sebuah kubur. Baginda bersabda (mafhumnya): “Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Perempuan itu berkata: “Menjauhlah dariku, kerana engkau tidak mengalami musibah sebagaimana musibahku dan engkau tidak mengetahuinya.” Seterusnya dikatakan kepada perempuan itu […] - [Ikhlas, beroleh ganjaran syurga](https://hadisnabi.net/ikhlas-beroleh-ganjaran-syurga/): Dalaman Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 62 menyatakan: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Allah Taala berfirman, tidak ada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang mukmin di sisi-Ku ketika Aku mengambil kekasihnya dari penduduk dunia, kemudian dia ikhlas menerima melainkan syurga.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) - [Taun, pahala seperti orang mati syahid](https://hadisnabi.net/taun-pahala-seperti-orang-mati-syahid/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 63 menyatakan: Aisyah meriwayatkan bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW perihal penyakit taun, lalu baginda memberitahukannya, bahawa sesungguhnya dahulu taun merupakan seksaan yang dikirimkan oleh Allah Taala kepada siapa saja yang Dia kehendaki, lalu Allah Taala menjadikannya sebagai rahmat kepada orang-orang mukmin. Maka, tidak ada seorang hamba pun […] - [Bersabar, diberikan ganjaran syurga](https://hadisnabi.net/bersabar-diberikan-ganjaran-syurga/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 63 menyatakan: Daripada Anas berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman, “jikalau Aku memberi cubaan kepada hamba-Ku dengan melenyapkan kedua-dua benda yang disayanginya, kemudian dia bersabar, maka Aku akan memberikan ganti kepadanya syurga.” Yang dimaksudkan ialah kehilangan kedua-dua matanya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) - [Seorang perempuan berkulit hitam termasuk ahli syurga kerana bersabar terhadap penyakit dihidapinya](https://hadisnabi.net/seorang-perempuan-berkulit-hitam-termasuk-ahli-syurga-kerana-bersabar-terhadap-penyakit-dihidapinya/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 63 & 64 menyatakan: Daripada Atha bin Abi Rabah berkata: Ibn Abbas berkata kepadaku, Apakah kamu mahu saya tunjukkan seorang perempuan yang termasuk ahli syurga? Saya berkata: Baiklah. Dia melanjutkan: Perempuan berkulit hitam itu pernah datang kepada Nabi, lalu dia berkata: Sesungguhnya saya diserang oleh penyakit ayan dan kerana (penyakit […] - [Sabarnya nabi Allah dalam berdakwah](https://hadisnabi.net/sabarnya-nabi-allah-dalam-berdakwah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 64 menyatakan: Daripada Abu Abdirrahman Abdillah bin Mas’ud RA berkata: Seakan-akan saya melihat Rasulullah sedang menceritakan mengenai seorang nabi di antara para nabi, solawaatullaahi wasalaamuhu alaihim. Nabi itu dipukul oleh kaumnya sampai keluar darah dan nabi itu mengusap darah dari wajahnya sambil mengucapkan; “Wahai Allah, ampunilah kaum hamba ini, […] - [Sebaik-baik ungkapan Kitabullah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi dan seburuk-buruk perkara hal diada-adakan](https://hadisnabi.net/sebaik-baik-ungkapan-kitabullah-sebaik-baik-petunjuk-adalah-petunjuk-nabi-dan-seburuk-buruk-perkara-hal-diada-adakan/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 163-164 menyatakan: Daripada Jabir RA berkata: Apabila Rasulullah SAW berkhutbah, maka kedua-dua mata baginda merah padam, suaranya nyaring, kelihatan sangat marah sehingga seakan-akan baginda seorang yang memberikan peringatan kepada para tentera yang mengatakan: (Berhati-hatilah) pagi-pagi ini atau petang musuh akan menyerang kamu. Baginda bersabda: Saya diutus, sedang saya dengan […] - [Kisah tiga orang dengan batu besar menutup pintu gua](https://hadisnabi.net/kisah-tiga-orang-dengan-batu-besar-menutup-pintu-gua/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 33 – 35 menyatakan: Daripada Abu Abdirrahman Abdillah bin Umar al-Khattab RA meriwayatkan: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ada tiga orang daripada golongan umat sebelum kamu sedang berpergian hingga mereka terpaksa menginap di sebuah gua. Kemudian mereka masuk ke dalamnya. Tiba-tiba sebongkah batu besar jatuh dari gunung, lalu menutup […] - [Nabi mohon ampun lebih 70 kali sehari](https://hadisnabi.net/nabi-mohon-ampun-lebih-70-kali-sehari/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 36 menyatakan: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Demi Allah, sesungguhnya saya memohon keampunan kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali. - [Nabi taubat 100 kali sehari](https://hadisnabi.net/nabi-taubat-100-kali-sehari/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 36 menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada al-Agharr bin Yasar al-Muzani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah dan mohonlah keampunan kepada-Nya. Maka, sesungguhnya saya bertaubat dalam sehari seratus kali. - [Allah terima taubat sebelum matahari terbit dari barat](https://hadisnabi.net/allah-terima-taubat-sebelum-matahari-terbit-dari-barat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 38 menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya. - [Taubat sebelum nyawa sampai ke tenggorak](https://hadisnabi.net/taubat-sebelum-nyawa-sampai-ke-tenggorak/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 38 menyatakan: At-Tirmidzi meriwayatkan (dan dia berkata hadis ini adalah hadis hasan [statusnya]): Daripada Abi Abdirrahman Abdillah bin Umar al-Khattab RA, daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawanya belum sampai di tenggorak. - [Kisah seorang bunuh 99+1 dan ingin taubat](https://hadisnabi.net/kisah-seorang-bunuh-991-dan-ingin-taubat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 41 menyatakan: Daripada Abi Said Sa’d bin Malik bin Sinan al-Khudriyy RA, bahawa Nabi Allah SAW bersabda (mafhumnya): Pernah terjadi kepada umat sebelum kamu seorang yang membunuh sembilan puluh sembilan orang. Lantas dia mencari orang paling alim di muka bumi ini. Lalu dia ditunjukkan agar datang kepada seorang rahib. Dia […] - [Taubat seorang wanita yang sungguh-sungguh](https://hadisnabi.net/taubat-seorang-wanita-yang-sungguh-sungguh/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 51 & 52 menyatakan: Daripada Abi Nujaid Imran bin Husoin al-Khuza’i RA bahawa ada seorang perempuan daripada suku Juhainah datang kepada Rasulullah SAW dan dia dalam keadaan hamil, kerana perbuatan zina.Kemudian, dia berkata: Wahai Rasulullah, saya telah melakukan suatu perbuatan yang harus dikenakan had (hukuman had), maka lakukanlah had […] - [Halobanya manusia kepada harta, Allah terima taubat orang bertaubat](https://hadisnabi.net/halobanya-manusia-kepada-harta-allah-terima-taubat-orang-bertaubat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 52 menyatakan: Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Andai seorang anak Adam memiliki selembah emas, dia tentu menginginkan memiliki dua lembah, dan tidak akan dapat memenuhi mulutnya melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) - [Dua orang berperang, kedua-duanya masuk syurga](https://hadisnabi.net/dua-orang-berperang-kedua-duanya-masuk-syurga/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 53 menyatakan: Daripada Abi Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Allah tertawa (senang) kepada dua orang. Seorang daripada kedua-duanya membunuh yang lainnya, kemudian kedua-duanya masuk syurga. Yang seorang itu berperang di jalan Allah, kemudian dia dibunuh. Selanjutnya Allah menerima taubat atas orang yang membunuhnya tadi, lalu dia masuk […] - [Solat adalah nur, sedekah bukti, sabar cahaya dan Quran menjadi hujah](https://hadisnabi.net/solat-adalah-nur-sedekah-bukti-sabar-cahaya-dan-quran-menjadi-hujah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 55 menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abi Malik al-Harits bin Asim al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bersuci adalah sebahagian iman, (ucapan) alhamdulillah memenuhi timbangan, (ucapan) subhanallah dan alhamdulillah dapat memenuhi atau mengisi penuh antara langit dan bumi. Solat adalah nur, sedekah adalah bukti, sabar adalah cahaya pula, al-Quran […] - [Catatan mengenai kebaikan dan keburukan](https://hadisnabi.net/catatan-mengenai-kebaikan-dan-keburukan/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 32 menyatakan: Daripada Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas bin Abdul Muttalib meriwayatkan, daripada Rasulullah SAW dalam suatu riwayat yang diceritakan daripada Rabbnya, baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah mencatat semua kebaikan dan keburukan, kemudian menjelaskan hal itu. Sesiapa berkehendak mengerjakan kebaikan, kemudian tidak jadi melakukannya, maka Allah Yang Maha Suci […] - [Kelebihan melaksanakan solat secara berjemaah](https://hadisnabi.net/kelebihan-melaksanakan-solat-secara-berjemaah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 31 menyatakan: Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Solat seorang lelaki dengan berjemaah melebihi solatnya di pasar atau rumahya dengan terpaut dua puluh sekian tingkat darjatnya. Hal ini kerana apabila seseorang berwuduk dan melakukannya dengan baik, kemudian datang ke masjid, tidak ada yang mendorongnya ke masjid melainkan […] - [Dua muslim berperang, yang membunuh dan terbunuh masuk neraka](https://hadisnabi.net/dua-muslim-berperang-yang-membunuh-dan-terbunuh-masuk-neraka/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, 31 menyatakan: Daripada Abi Bakrah Nufai’ bin al-Harib ats-Tsaqafiyy, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Apabila dua orang Muslim berhadap-hadapan dengan membawa pedangnya masing-masing, maka yang membunuh dan yang terbunuh masuk neraka. Saya bertanya: Ini yang membunuh (sudah jelas) tetapi bagaimana dengan orang yang terbunuh? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya orang yang terbunuh […] - [Perang dengan tujuan kalimat Allah jadi tinggi, maka ia pada jalan Allah](https://hadisnabi.net/perang-dengan-tujuan-kalimat-allah-jadi-tinggi-maka-ia-pada-jalan-allah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 30 menyatakan: Daripada Abu Musa Abdullah bin Qais al-Asy’ari berkata, Rasulullah ditanya mengenai seseorang yang berperang kerana ingin menunjukkan keberanian, ada lagi yang berperang kerana kesombongan dan ada pula yang berperang kerana riyak. Manakah antara semua itu yang termasuk berperang pada jalan Allah (fisabilillah)? Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang […] - [Allah tidak lihat pada tubuh dan rupa kamu, tapi pada hati](https://hadisnabi.net/allah-tidak-lihat-pada-tubuh-dan-rupa-kamu-tapi-pada-hati/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 30 menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah Abdir Rahman bin Sakhr berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu sekalian, dan tidak pula kepada bentuk rupa kamu sekalian. Tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu sekalian. - [Nafkah dengan niat reda Allah dapat pahala dan amalan kebaikan kerana reda Allah bertambah darjat](https://hadisnabi.net/nafkah-dengan-niat-reda-allah-dapat-pahala-dan-amalan-kebaikan-kerana-reda-allah-bertambah-darjat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 29 & 30 menyatakan: Daripada Abi Ishaq Sa’d bin Abi Waqas Malik bin Uhaib bin Abd Manaf bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luai al-Qurasyi az-Zuhri – beliau adalah salah seorang daripada sepuluh orang yang diberi kesaksian akan masuk syurga. Dia berkata: Rasulullah datang kepadaku untuk […] - [Amalan dan tindakan mengikut niat](https://hadisnabi.net/amalan-dan-tindakan-mengikut-niat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 28 menyatakan: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abi Yazid Ma’ni bin Yazid bin al-Akhnas, dia, bapanya dan datuknya termasuk golongan sahabat. Dia berkata: Adalah bapaku Yazid mengeluarkan beberapa dinar yang digunakan untuk bersedekah, lalu dinar-dinar itu dia letakkan di sisi seseorang dalam masjid. Lantas, aku datang dan mengambilnya. Kemudian, aku menemui […] - [Tidak ada lagi hijrah selepas pembebasan Makkah](https://hadisnabi.net/tidak-ada-lagi-hijrah-selepas-pembebasan-makkah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 27 menyatakan: Daripada Aisyah (RAnha) berkata bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidak ada hijrah selepas pembebasan (pembukaan atau kemenangan Makkah), akan tetapi yang ada ialah jihad dan niat. Dan (oleh kerana itu), apabila kamu semua diminta untuk berangkat (berjihad), maka berangkatlah. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Maknanya tiada […] - [Dibangkitkan kelak berdasarkan niat](https://hadisnabi.net/dibangkitkan-kelak-berdasarkan-niat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 27 menyatakan: Daripada Ummul Mukminin, Ummu Abdillah yakni Aisyah (RAnha) berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ada sepasukan tentera yang hendak memerangi Kaabah. Ketika mereka berada di suatu padang pasir dari tanah lapang, lalu dibenamkan orang pertama hingga yang terakhir daripada mereka. Dia (Aisyah) berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah! […] - [Amalan dengan niat, setiap orang apa yang dia niatkan](https://hadisnabi.net/amalan-dengan-niat-setiap-orang-apa-yang-dia-niatkan/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 25 & 26 menyatakan: Abdullah bin Qurth bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab bin Luai bin Ghalib al-Qurasyi al-‘Adawi berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya amalan-amalan dengan niat-niat dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka, sesiapa adalah hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya […] - [Bayi di dalam syurga](https://hadisnabi.net/bayi-di-dalam-syurga/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 527 & 528: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Said RA, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang Mukmin (orang beriman) menginginkan anak di syurga, maka dikandung anak itu, dilahirkan dan dibesarkannya dalam sekelip (sebentar) seperti yang diinginkan Mukmin itu? Menurut Tirmidzi, hadis ini (statusnya) hasan gharib, sedangkan al-Hafiz adh-Dhiya al-Maqdisi […] - [Thuba bagi orang melihat Nabi SAW dan beriman kepadanya, walaupun tidak pernah lihat baginda](https://hadisnabi.net/thuba-bagi-orang-melihat-nabi-saw-dan-beriman-kepadanya-walaupun-tidak-pernah-lihat-baginda/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 497: Daripada Abu Said, daripada Nabi SAW — bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, Thuba bagi orang yang melihat anda dan beriman kepada anda? Baginda bersabda: Thuba bagi orang yang melihatku dan beriman kepadaku. Thuba tsumma Thuba bagi orang yang beriman kepadaku walaupun tidak pernah melihatku. Seorang yang lain bertanya: […] - [Pokok, anggur di syurga](https://hadisnabi.net/pokok-anggur-di-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 496 & 497: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Amir bin Zaid al-Bakali, bahawa dia mendengar Utbah bin Ubaidillah as-Sulami RA berkata: Ada seorang Badwi datang kepada Nabi SAW, lantas bertanya mengenai perigi dan cerita mengenai syurga. Kata Badwi itu: “Di dalam syurga ada buahan?” “Ya,” jawab Nabi SAW. “Di sana ada […] - [Pokok dan betapa luas bayangannya di syurga](https://hadisnabi.net/pokok-dan-betapa-luas-bayangannya-di-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 495: Dalam syurga ada pokok, yang walaupun bayangannya dikelilingi oleh seorang penunggang kuda yang berlari kencang sehingga kurus selama seratus tahun, namun dia takkan sanggup menyelesaikannya. Demikian sebagaimana diriwayatkan dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim: Daripada Sahl bin Saad RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang […] - [Sungai di pintu syurga serta perihal Saihan, Jaihan, Nil dan Efrat](https://hadisnabi.net/sungai-di-pintu-syurga-serta-perihal-saihan-jaihan-nil-dan-efrat/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 491: Ahmad meriwayatkan: Daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Para syuhada berada di sungai yang kemilau di hadapan pintu syurga, di bawah kubah hijau. Rezeki mereka datang dari syurga, pagi dan petang. Dalam hadis Israk, Rasulullah SAW ketika bercerita mengenai sidratul muntaha bersabda (mafhumnya): Ternyata sidratul muntaha dari […] - [Al-Kautsar dan empat jenis laut di syurga](https://hadisnabi.net/al-kautsar-dan-empat-jenis-laut-di-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 488 & 490: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Hakim bin Muawiyah bin Abi Bahz, daripada ayahnya, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda (mafhumnya): Di dalam syurga ada laut susu, laut air, laut madu dan laut khamar. Kemudian dari laut-laut itulah berpancaran sungai-sungai ini sesudahnya. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Tirmidzi dan […] - [Tanah syurga](https://hadisnabi.net/tanah-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 486 & 487: Dalam sahih Bukhari dan Muslim terdapat riwayat: Daripada Abu Dzar al-Ghifari RA dalam hadis mikraj Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Aku dimasukkan ke dalam syurga, ternyata di sana banyak batu-batu mutiara besar dan tanahnya adalah kasturi.” Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Abu Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW bertanya […] - [Kedudukan tertinggi di syurga, orang mendapat syafaat Nabi SAW](https://hadisnabi.net/kedudukan-tertinggi-di-syurga-orang-mendapat-syafaat-nabi-saw/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 483: Kedudukan tertinggi dalam syurga disebut al-Wasilah, di sanalah kedudukan Rasulullah SAW. Dalam sahih Bukhari terdapat riwayat: Daripada Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa ketika mendengar seruan (azan) mengucapkan “Allaahumma rabba haadzihidda’watittaammati wassolaatil qaaimah. Aati muhammadanil wasiilata walfadhiilata wab’atshu maqaamammahmudanilladzi wa ‘adtah. (Ertinya: Wahai Allah, pemilik seruan […] - [Penghuni syurga saling melihat di dalam syurga](https://hadisnabi.net/penghuni-syurga-saling-melihat-di-dalam-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 482 & 483: Dalam satu hadis sahih daripada Sahl bin Saad, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya para penghuni syurga benar-benar saling melihat dalam syurga, sebagaimana kamu melihat bintang bercahaya di ufuk timur atau barat. Menurut riwayat Ahmad: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya para penghuni syurga benar-benar […] - [Di syurga terdapat apa yang tidak pernah dilihat, tidak pernah didengar dan tidak pernah terdetik di hati manusia](https://hadisnabi.net/di-syurga-terdapat-apa-yang-tidak-pernah-dilihat-tidak-pernah-didengar-dan-tidak-pernah-terdetik-di-hati-manusia/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 480: Imam Ahmad meriwayatkan, bahawa perawi hadis ini menyatakan: Aku mendengar Sahal bin Saad berkata; aku pernah ikut hadir di salah satu majlis Rasulullah SAW, di mana baginda menerangkan mengenai syurga sampai selesai. Kemudian pada akhir perbicaraannya, baginda bersabda (mafhumnya): “Di dalam syurga terdapat apa-apa yang tidak pernah dilihat oleh […] - [Tahap-tahap syurga](https://hadisnabi.net/tahap-tahap-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 478: Abu Bakar bin Abu Daud meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Al-jannah (syurga) seratus darajah (ada diterjemahkan sebagai tingkat). Antara dua darajah perjalanan lima ratus tahun. Menurut riwayat Tirmidzi: Di antara dua darajah seratus tahun. (Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih) - [Syurga ada seratus tingkat](https://hadisnabi.net/syurga-ada-seratus-tingkat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 477: Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Ubaidah bin Shamit RA, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): “Syurga (al-jannah) seratus tingkat (darajah). (Jarak) antara dua darajah (tingkat) sejauh perjalanan seratus tahun.” Sedang riwayat Ibnu Affan RA: “Seperti di antara langit dan bumi. Dan Firdaus (ialah) syurga tertinggi darajahnya (tingkat). Dan daripadanya terpancar sungai-sungai […] - [Lapan pintu syurga](https://hadisnabi.net/lapan-pintu-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 467: Ath-Thabrani meriwayatkan: Daripada Sahl bin Saad RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Di syurga ada lapan pintu. Antara lain pintu Rayyan. Tidak ada yang memasukinya selain orang-orang yang (gemar) berpuasa.” Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesiapa membiayai (memberi infaq) sepasang suami isteri (daripada hartanya) […] - [Sesiapa ucap kalimah syahadah dibukakan pintu-pintu syurga untuknya](https://hadisnabi.net/sesiapa-ucap-kalimah-syahadah-dibukakan-pintu-pintu-syurga-untuknya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 466: Menurut Imam Ahmad, Muslim dan penyusun kitab sunan meriwayatkan: Daripada Amirul Mukminin Umar bin Khattab RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa berwuduk dengan wuduk yang sebaik-baiknya, kemudian mendongak ke langit, lalu mengucapkan: “Asyhadu allaa ilaaha illallaah wahdahu laa syariikalahu wa asyhadu anna muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh (Ertinya: Aku bersaksi […] - [Maut di atas sirat, disembelih dan tiada lagi maut buat selama-lamanya](https://hadisnabi.net/maut-di-atas-sirat-disembelih-dan-tiada-lagi-maut-buat-selama-lamanya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 463: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Pada hari kiamat, maut akan didatangkan, lalu diletakkan di atas sirat. Maka, diserukan: Wahai sekalian penghuni syurga! Maka, mereka muncul dengan rasa takut. Mereka khuatir akan dikeluarkan dari tempat tinggal mereka. Ternyata, mereka ditanya: Tahukah kamu, apakah ini? […] - [Maut disembelih selepas penghuni syurga dan neraka masuk ke dalamnya](https://hadisnabi.net/maut-disembelih-selepas-penghuni-syurga-dan-neraka-masuk-ke-dalamnya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 462: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila para penghuni syurga telah masuk ke syurga dan para penghuni neraka telah masuk ke neraka, maka didatangkan maut, sehingga terletak (atau terhenti) ia di antara syurga dan neraka, lalu disembelih. Kemudian penyeru menyeru: Wahai sekalian penghuni syurga, […] - [Masuk syurga kerana syafaat](https://hadisnabi.net/masuk-syurga-kerana-syafaat/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 450 & 451: Menurut riwayat at-Tirmidzi dan al-Baihaqi: Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya antara umatku ada beberapa orang, yang seorang antaranya boleh memberi syafaat kepada sejumlah besar manusia, maka mereka masuk syurga kerana syafaatnya. Dan ada pula antaranya yang memberi syafaat kepada satu kabilah, maka mereka […] - [3 permohonan Nabi SAW kepada Allah, 1 daripadanya ditunda olehnya](https://hadisnabi.net/3-permohonan-nabi-saw-kepada-allah-1-daripadanya-ditunda-olehnya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 441: Dalam sahih Muslim diriwayatkan: Daripada Ubay bin Ka’ab, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Sesungguhnya Tuhanku telah menyuruh aku membaca al-Quran dengan satu huruf. Maka, aku memohon kepada-Nya: “Wahai Tuhanku, ringankan umatku.” Namun Dia menyuruhku lagi agar aku membacanya dengan satu huruf. Baginda bersabda: Maka, aku berkata, wahai Tuhanku, ringankan umatku. […] - [Air panas dituangkan ke atas kepala ahli neraka, keluar melalui dua belah tapak kaki](https://hadisnabi.net/air-panas-dituangkan-ke-atas-kepala-ahli-neraka-keluar-melalui-dua-belah-tapak-kaki/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 431: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bercerita mengenai ahli neraka (ertinya): Sesungguhnya air amat panas benar-benar akan dituangkan ke atas kepala salah seorang daripada mereka. Maka, air itu menembus dari atas kepalanya sampai ke rongga perut, maka hancur luluh apa pun yang ada di dalam perut, kemudian […] - [Sahabat Nabi SAW mendengar bunyi batu dilemparkan ke neraka](https://hadisnabi.net/sahabat-nabi-saw-mendengar-bunyi-batu-dilemparkan-ke-neraka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 426: Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Adalah kami bersama Rasulullah SAW. Tiba-tiba kami mendengar bunyi gemuruh. Maka, Nabi SAW bertanya: Tahukah kamu sekalian, (bunyi) apakah ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu. Baginda bersabda: Ini adalah seketul batu yang dilempar ke dalam neraka jahannam sejak […] - [Ucapan yang menyebabkan masuk neraka](https://hadisnabi.net/ucapan-yang-menyebabkan-masuk-neraka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 426: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya seseorang mengucapkan kata-kata yang tidak jelas apa ertinya, maka kata-kata itu menyebabkan dia masuk ke neraka lebih jauh daripada jarak di antara timur dan barat. - [Sejuk dan panas, neraka bernafas dua kali setahun](https://hadisnabi.net/sejuk-dan-panas-neraka-bernafas-dua-kali-setahun/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 423: Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda (mafhumnya): Neraka mengadu kepada Tuhannya lalu berkata: Wahai Tuhanku, sebahagianku memakan bahagian yang lain, maka buatlah aku bernafas. Maka, Allah mengizinkan ia bernafas dua kali dalam setahun. Maka, hawa paling sejuk yang kamu rasakan adalah daripada sejuknya jahannam yang amat sangat, dan […] - [Kasut daripada api, bara api menyebabkan otak mendidih](https://hadisnabi.net/kasut-daripada-api-bara-api-menyebabkan-otak-mendidih/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 422 & 423: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Said al-Khudri, bahawa nama Abu Talib pernah disebut-sebut di hadapan Rasulullah, baginda bersabda (mafhumnya): Mudah-mudahan syafaatku bermanfaat baginya pada hari kiamat, sehingga Allah meletakkannya pada neraka yang dangkal (cetek), yang mencapai buku lalinya dan menyebabkan isi otaknya mendidih. Menurut riwayat Muslim: Daripada Abu […] - [Api digunakan manusia 1 daripada 70 api neraka, dua kali dicuci di laut](https://hadisnabi.net/api-digunakan-manusia-1-daripada-70-api-neraka-dua-kali-dicuci-di-laut/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 421: (Imam) Malik meriwayatkan dalam al-Muwatha: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Api untuk bani Adam yang kamu nyalakan ini adalah satu pertujuh puluh daripada api jahannam. Maka, mereka (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya api ini benar-benar sudah cukup (panas). Baginda bersabda: Sesungguhnya api jahannam melebihinya dengan 69 kali […] - [Perihal penghuni syurga](https://hadisnabi.net/perihal-penghuni-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 391: Imam Ahmad dan ath-Thabrani – lafaz hadis ini menurut ath-Thabrani – meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Penghuni syurga masuk (ke sana) dalam keadaan masih muda, berkulit putih, berambut ikal, bercelak mata, sebaya dengan anak seusia tiga puluh tiga tahun, bentuk mereka seperti Adam, iaitu setinggi enam […] - [Tiga jenis catatan di sisi Allah](https://hadisnabi.net/tiga-jenis-catatan-di-sisi-allah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 355 & 356: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Catatan-catatan amalan di sisi Allah ada tiga jenis: Catatan yang tidak dipedulikan Allah sedikit pun, catatan yang tidak dibiarkan Allah sedikit pun dan catatan yang tidak diampunkan oleh Allah. Adapun catatan yang tidak diampunkan Allah adalah syirik. Allah […] - [Setiap orang akan berdiri di depan Allah dan disoal, tidak lihat di kanan kirinya melainkan neraka](https://hadisnabi.net/setiap-orang-akan-berdiri-di-depan-allah-dan-disoal-tidak-lihat-di-kanan-kirinya-melainkan-neraka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 351: Daripada Adi bin Hatim, daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda (mafhumnya): Setiap seorang daripada kamu sekalian benar-benar akan berdiri di hadapan Allah tanpa hijab yang menghalangnya dari Tuhannya dan tanpa jurubahasa menterjemahkan untuknya. Allah bertanya: Tidakkah Aku telah memberimu harta? Benar, jawab orang itu. Allah bertanya pula: Tidakkah Aku […] - [Sesetengah orang diusir dari Nabi SAW kerana perbuatan mereka](https://hadisnabi.net/sesetengah-orang-diusir-dari-nabi-saw-kerana-perbuatan-mereka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, 292/293: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Asma binti Abu Bakar, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya aku (akan menunggu) di perigi, sehingga aku boleh melihat sesiapa yang datang kepadaku daripada kamu sekalian. Dan akan ada sesetengah orang yang diusir daripadaku, maka aku berkata: Wahai Tuhanku, mereka daripada golonganku, mereka daripada umatku. Lalu dibantah: “Adakah […] - [Perihal perigi Rasulullah, wajah dan anggota tubuh bercahaya kerana kesan wuduk](https://hadisnabi.net/perihal-perigi-rasulullah-wajah-dan-anggota-tubuh-bercahaya-kerana-kesan-wuduk/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 290/291: Menurut riwayat Muslim: Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya perigiku lebih jauh (luas) dari jarak di antara Ailah dan Aden. (Airnya) lebih putih daripada salji, lebih manis daripada madu dicampur susu. Cawan-cawannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit. Dan sesungguhnya aku benar-benar akan mencegah sesetengah orang […] - [Perihal perigi Rasulullah](https://hadisnabi.net/perihal-perigi-rasulullah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 286/287: Dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim ada diriwayatkan: Daripada Sahl, bahawa ketika Rasulullah membahagikan ghanimah (harta rampasan perang) Hunain, baginda memberikan kepada beberapa orang tokoh Quraisy dan kabilah Arab yang lain, sehingga ada sesetengah sahabat (golongan) Ansar yang marah. Baginda SAW pun berpidato, antara lain baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya […] - [3 golongan manusia pada hari kiamat - berjalan dengan kaki, berkenderaan, berjalan dengan wajah](https://hadisnabi.net/3-golongan-manusia-pada-hari-kiamat-berjalan-dengan-kaki-berkenderaan-berjalan-dengan-wajah/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 210: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Pada hari kiamat, manusia dikumpulkan dalam tiga golongan. Satu golongan berjalan kaki, satu golongan berkenderaan dan satu golongan lagi berjalan dengan wajah mereka. Ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana cara mereka berjalan dengan wajah mereka? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya (Allah) yang telah […] - [3 kali tiupan sangkakala, daripada tulang ekor diciptakan kembali manusia di hari kiamat](https://hadisnabi.net/3-kali-tiupan-sangkakala-daripada-tulang-ekor-diciptakan-kembali-manusia-di-hari-kiamat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 203: Tiupan sangkakala akan terjadi tiga kali iaitu tiupan mengejutkan (nafkhatul faza’), tiupan mematikan (nafkhatus sa’iq) dan tiupan membangkitkan (nafkhatul ba’ats). Muslim meriwayatkan dalam sahihnya: Daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Jarak antara dua tiupan ialah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, 40 hari? Dia menjawab: Aku tidak […] - [Kiamat berlaku apabila tidak terdengar lagi kalimat tauhid](https://hadisnabi.net/kiamat-berlaku-apabila-tidak-terdengar-lagi-kalimat-tauhid/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 160/161: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Kiamat tidak akan terjadi, sehingga di muka bumi tidak terdengar lagi ucapan “La ilaha illallah”. Imam Ahmad juga meriwayatkan: Daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Tidak berlaku kiamat, sehingga tidak diucapkan di bumi, Allah, Allah. Demikian juga menurut riwayat Muslim: Tidak berlaku […] - [Sejahat-jahat manusia, kubur dijadikan masjid](https://hadisnabi.net/sejahat-jahat-manusia-kubur-dijadikan-masjid/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 160: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya kepandaian bicara itu punya daya tarik. Dan sejahat-jahat manusia adalah mereka yang masih hidup sewaktu terjadi kiamat, dan mereka yang menjadikan kubur mereka sebagai masjid. - [Keutamaan Jumaat: Doa mustajab, peristiwa terkait Nabi Adam, haiwan terlelap dan kiamat terjadi](https://hadisnabi.net/keutamaan-jumaat-doa-mustajab-peristiwa-terkait-nabi-adam-haiwan-terlelap-dan-kiamat-terjadi/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 228: Imam Malik bin Anas meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Allah berfirman — Sebaik-baik hari yang disinari matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan, pada hari itu dia diturunkan, pada hari itu dia diterima taubatnya, pada hari itu dia meninggal dan pada hari itu pula terjadi […] - [Sebaik-baik hari dan peristiwa besar pada Jumaat, jasad kalangan nabi tidak dimakan bumi](https://hadisnabi.net/sebaik-baik-hari-dan-peristiwa-besar-pada-jumaat-jasad-kalangan-nabi-tidak-dimakan-bumi/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 229: Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan: Daripada Aus bin Aus ats-Tsaqafi, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sebaik-baik hari kamu adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, pada hari itu dia dicabut nyawanya. Pada hari itu sangkakala ditiup (tiupan mengejutkan) dan pada hari itu pula (ditiup tiupan yang) mematikan. Maka, perbanyakkanlah […] - [Nabi Muhammad pemimpin anak cucu Adam, pertama dikeluarkan dari bumi, pertama beri syafaat dan diterima syafaatnya](https://hadisnabi.net/nabi-muhammad-pemimpin-anak-cucu-adam-pertama-dikeluarkan-dari-bumi-pertama-beri-syafaat-dan-diterima-syafaatnya/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 229: Muslim bin Hajjaj meriwayatkan, bahawa perawi hadis ini berkata, Abu Hurairah menceritakan kepadanya, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Aku adalah pemimpin anak cucu Adam pada hari kiamat, orang yang pertama sekali dikeluarkan dari rekahan bumi, orang yang pertama sekali memberi syafaat dan orang yang pertama diterima syafaatnya. - [Orang mengucapkan "La ilaha illallah", tidak sepi di dalam kubur](https://hadisnabi.net/orang-mengucapkan-la-ilaha-illallah-tidak-sepi-di-dalam-kubur/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 265: Diriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang yang sentiasa mengucapkan “La ilaaha illallaah” (ertinya: Tiada tuhan melainkan Allah) tidak akan mengalami kesepian di dalam kuburnya, mahupun pada hari perhimpunan. Seolah-olah aku telah berada bersama mereka, ketika mereka mengibaskan debu dari wajah mereka, lalu mereka berkata: Segala puji […] - [Orang yang dapat syafaat Nabi Muhammad](https://hadisnabi.net/orang-yang-dapat-syafaat-nabi-muhammad/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 278/279: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Jabir bin Abdillah, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Sesiapa mengucapkan ketika mendengar seruan (azan): اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ القَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الوَسِيْلَةَ وَالفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا الَّذِى وَعَدْتَهُ (Wahai Allah! Pemilik seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan […] - [5 perkara diberikan kepada Nabi Muhammad](https://hadisnabi.net/5-perkara-diberikan-kepada-nabi-muhammad/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 279: Dalam sahih Bukhari, sahih Muslim dan yang lain: Diriwayatkan daripada Jabir dan yang lain, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun antara para nabi sebelumku. Aku diberikan pertolongan berupa rasa takut (di hati musuh) dalam jarak perjalanan sebulan. Dihalalkan bagiku harta rampasan […] - [Dajal muncul dari sebelah Khurasan](https://hadisnabi.net/dajal-muncul-dari-sebelah-khurasan/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 93: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Amr bin Huraib, ketika Abu Bakar as-Siddiq sembuh daripada suatu penyakit yang dideritainya. Dia keluar menemui khalayak meminta maaf atas sesuatu, lalu berkata: “Kami hanya menginginkan kebaikan.” Selepas itu dia berkata: Rasulullah pernah bercerita kepada kami (ertinya): “Sesungguhnya dajjal akan keluar di suatu negeri di […] - [Orang Islam perangi orang Yahudi](https://hadisnabi.net/orang-islam-perangi-orang-yahudi/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 98: Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Kiamat tidak akan terjadi sebelum orang Islam memerangi orang Yahudi. Mereka akan diperangi orang Islam sehingga ada orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka, berkatalah batu itu atau pokok itu, wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini ada […] - [Dajal bunuh orang, kemudian hidupkan semula](https://hadisnabi.net/dajal-bunuh-orang-kemudian-hidupkan-semula/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 90: Diriwayatkan oleh Muslim: Abu Said al-Khudri RA mengisahkan: Pada suatu hari Rasulullah SAW bercerita kepada kami mengenai dajjal. Antara lain baginda mengatakan: Dajjal datang, padahal dia dilarang melintasi batas kota Madinah. Oleh kerana itu, dia hanya sampai di wilayah yang tidak subur berdekatan kota Madinah. Waktu itu keluarlah seorang […] - [Perihal saat Nabi Isa turun ke bumi dan bau nafasnya mematikan orang kafir](https://hadisnabi.net/perihal-saat-nabi-isa-turun-ke-bumi-dan-bau-nafasnya-mematikan-orang-kafir/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 126: Dalam riwayat an-Nawwas bin Sam’an, Rasulullah bersabda (mafhumnya — yang difahami): Nabi Isa akan turun di menara putih sebelah timur kota Dimasyq (Damsyik) memakai dua baju berwarna tanah merah, meletakkan kedua-dua tapak tangannya pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala, maka (seolah-olah) menitiskan air, dan apabila mengangkat kepala, […] - [Apabila matahari terbit dari barat, iman tidak bermanfaat lagi bagi mereka yang belum beriman](https://hadisnabi.net/apabila-matahari-terbit-dari-barat-iman-tidak-bermanfaat-lagi-bagi-mereka-yang-belum-beriman/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 142-144: Al-Bukhari meriwayatkan bahawa perawi hadis ini berkata: Kami diceritakan oleh Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW: Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada waktu itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak […] - [6 tanda menjelang kiamat](https://hadisnabi.net/6-tanda-menjelang-kiamat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 154: Dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan: Daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya antara syarat-syarat terjadi kiamat ialah diangkat ilmu, banyak kebodohan, berleluasa perzinaan, banyak minum arak, sedikit lelaki dan ramai wanita, sehingga lima puluh wanita menjadi tanggungan seorang lelaki. - [Jibril bertanya Nabi mengenai iman, kiamat](https://hadisnabi.net/jibril-bertanya-nabi-mengenai-iman-kiamat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 156: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah bahawa pada suatu hari Rasulullah keluar menemui orang ramai. Tiba-tiba datang seorang Badwi bertanya mengenai iman, dan seterusnya hingga akhirnya orang itu bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah datangnya hari kiamat? Baginda menjawab: Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya. Tetapi akan saya ceritakan […] - [Kiamat akan berlaku apabila amanah disia-siakan](https://hadisnabi.net/kiamat-akan-berlaku-apabila-amanah-disia-siakan/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 157: Dalam sahih Bukhari ada riwayat daripada Abu Hurairah (ertinya): Bahawa seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW, bilakah terjadi kiamat? Maka, kata Rasulullah: Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah terjadi kiamat. Kata Badwi itu, wahai Rasulullah, bagaimana atau dia berkata, apakah disia-siakan amanah itu? Rasulullah menjawab: Apabila urusan telah diserahkan […] - [Detik waktu terasa sebentar](https://hadisnabi.net/waktu-terasa-sebentar/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 158: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (mafhumnya – yang dapat difahami): Kiamat tidak akan terjadi sebelum waktu (terasa) saling berdekatan. Maka, adalah setahun seperti sebulan. Dan adalah sebulan seperti (setiap kali) Jumaat, seperti seharian, dan adalah seharian seperti sejam. Dan sejam seperti lamanya membakar daun kurma. HURAIAN […] - [Tahun-tahun penuh penipuan](https://hadisnabi.net/tahun-tahun-penuh-penipuan/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 159: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah bersabda (mafhumnya): Menjelang terjadi kiamat akan ada tahun-tahun penuh penipuan, orang jujur didustai (dikatakan bohong), pendusta dibenarkan (dikatakan benar), orang dipercayai dianggap khianat, pengkhianat dipercayai (dipercayakan pula) dan orang kecil lagi hina pandai berbicara (petah bercakap). HURAIAN Hal sebegini kita […] - [Dajal bermata satu, dakwa syurga padahal neraka](https://hadisnabi.net/dajal-bermata-satu-dakwa-syurga-padahal-neraka/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 77, al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Ketahuilah, aku sampaikan kepadamu sekalian satu berita mengenai dajjal, yang tidak pernah disampaikan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Sesungguhnya dajjal bermata satu dan sesungguhnya dia akan datang bersamanya seperti syurga dan neraka. Yang dia katakan syurga itu […] - [Dajal terhapus sebelah mata, tertulis antara matanya kafir](https://hadisnabi.net/dajal-terhapus-sebelah-mata-tertulis-antara-matanya-kafir/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 77, Muslim meriwayatkan: Daripada Hudzaifah, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bahawa aku lebih tahu mengenai apa yang akan dimiliki oleh dajjal daripada dia sendiri. Dia akan memiliki dua sungai yang mengalir. Salah satunya nampak dalam pandangan mata sebagai air yang putih. Sedang yang lain nampak dalam pandangan mata sebagai […] - [Menjelang kiamat muncul pendusta](https://hadisnabi.net/menjelang-kiamat-muncul-pendusta/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 72/73: Muslim meriwayatkan: Daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat muncul pendusta-pendusta.” Jabir berkata: Maka, waspadalah terhadap mereka. Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Jabir bahawa dia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat akan muncul […] - [Isyarat terkait Madinah](https://hadisnabi.net/isyarat-terkait-madinah/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 70/71: Dalam sahih Bukhari diriwayatkan: Daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Madinah tidak dimasuki wabak penyakit (taun) mahupun dajjal.” Pada hadis berikut Rasulullah SAW mengisyaratkan suatu saat wilayah Madinah akan bertambah: Menurut riwayat Muslim: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Tempat-tempat pemukiman akan sampai ke Ihab atau Yihab.” […] - [Isyarat penaklukan orang Islam](https://hadisnabi.net/isyarat-penaklukan-orang-islam/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 68: Rasulullah SAW mengisyaratkan kaum muslimin akan menakluk beberapa pulau di tengah laut, beberapa negeri di Rom dan seluruh Parsi. Dan bahawa kebenaran muslimin akan mengalahkan kebatilan dajjal. Imam Muslim meriwayatkan: Daripada Nafi’ bin Uyainah bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Kamu sekalian akan menyerbu Jazirah Arab (Semenanjung Arab) sehingga ditakluk […] - [Potret bangsa Rom](https://hadisnabi.net/potret-bangsa-rom/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 69: Muslim meriwayatkan: Al-Mustaurid al-Qurasyi berkata di hadapan Amr bin As, pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Kiamat akan terjadi ketika orang-orang Rom merupakan bangsa yang teramai. Amr kepada al-Mustaurid berkata: Berhati-hatilah mengenai apa yang akan kamu katakan itu. Al-Mustaurid menjawab: Aku hanya mengatakan apa yang pernah aku dengar […] - [Ucapan "La ilaha illallah", kota di darat dan laut, kemunculan dajal](https://hadisnabi.net/ucapan-la-ilaha-illallah-kota-di-darat-dan-laut-kemunculan-dajal/): Menurut Huru-hara Kiamat, halaman 67/68: Imam Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Sudahkah kamu mendengar sebuah kota yang sebelah daripadanya ada di darat dan sebelah lagi ada di laut? Para sahabat menjawab: Sudah, wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Kiamat takkan terjadi sebelum kota itu diserbu oleh tujuh puluh ribu tentera […] - [Nabi Isa bunuh dajjal](https://hadisnabi.net/nabi-isa-bunuh-dajjal/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 66/67: Muslim bin Hajjaj, daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa Rom singgah di Al-A’maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh tentera dari Madinah yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. Apabila mereka telah berbaris rapi, maka berkatalah orang-orang Rom: Biarkan […] - [10 perkara menjelang kiamat](https://hadisnabi.net/10-perkara-menjelang-kiamat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 62/63: Dalam riwayat Imam Ahmad yang lain: Daripada Hudzaifah bin Asad, dia berkata: Nabi SAW tiba-tiba muncul di hadapan kami ketika kami membincangkan kiamat, baginda bersabda (mafhumnya): Apa yang kamu bincangkan? Kami menjawab: Kami membincangkan soal kiamat. Baginda bersabda: Sesungguhnya kiamat takkan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda; asap, dajjal, […] - [Sesiapa tidak menyayangi, dia tidak disayangi](https://hadisnabi.net/sesiapa-tidak-menyayangi-dia-tidak-disayangi/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 203, menyebutkan hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Nabi SAW mencium Al-Hasan bin Ali RA dan di samping baginda ada Al-Aqra’ bin Habis, lalu Al-Aqra’ berkata: “Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tetapi saya belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Lantas Rasulullah SAW […] - [Keutamaan sifat belas kasihan](https://hadisnabi.net/keutamaan-sifat-belas-kasihan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 203/204, hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Daripada Aisyah RA (Radhiallahu Anha), dia berkata: Ada beberapa orang dari kalangan orang pedalaman datang menghadap Rasulullah SAW, lalu mereka berkata: “Adakah anda suka mencium anak-anak anda?” Baginda menjawab: “Ya.” Mereka berkata lagi: “Tetapi demi Allah, kami tidak pernah mencium anak-anak.” Kemudian, […] - [Fasa fitnah dan kemunculan dajal](https://hadisnabi.net/fasa-fitnah-dan-kemunculan-dajal/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 56: Abu Daud meriwayatkan bahawa perawi hadis ini berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Umar berkata: Kami pernah duduk di sisi Rasulullah SAW, baginda menerangkan panjang lebar mengenai pelbagai jenis huru-hara, hingga akhirnya menyebut fitnah ahlas (huru-hara tiada penamatnya). Seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, apa itu fitnah ahlas? Nabi SAW menjawab: […] - [Apabila zaman mengoyak umat](https://hadisnabi.net/apabila-zaman-mengoyak-umat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 56/57: Abu Daud meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin As, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bagaimana dengan kamu, padahal zaman tidak lama lagi akan mengoyak umat manusia sekacau-kacaunya, sementara mereka benar-benar telah bercampur-aduk (dalam menyelenggarakan) janji-janji mereka dan berselisih pendapat, sehingga mereka menjadi seperti ini — sambil menjalinkan jari-jari baginda satu […] - [Sesiapa ingin masuk syurga, hendaklah mati dalam keadaan beriman, adil sesama manusia](https://hadisnabi.net/sesiapa-ingin-masuk-syurga-hendaklah-mati-dalam-keadaan-beriman-adil-sesama-manusia/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 57/58: Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), di mana perawinya Abdul Rahman yang mendengar daripada Ibnu Umar mengaku: Waktu itu saya sedang duduk bersamanya di bawah naungan Kaabah, ketika dia menyampaikan hadis ini kepada orang ramai, dia berkata: Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu […] - [Konstantinopel atau Rom](https://hadisnabi.net/konstantinopel-atau-rom/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 59: Imam Ahmad meriwayatkan: Abu Qatil menyampaikan hadis kepadaku, katanya: Kami pernah berada di hadapan Abdullah bin Umar, dan dia ditanya, manakah yang akan ditakluk di antara kedua-dua kota, Konstantinopel atau Rom? Ahmad berkata: Kata Abu Qatil, Abdullah meminta diambilkan sebuah peti yang ada gelang-gelangnya, lalu dia keluarkan dari peti […] - [6 perkara timpa umat](https://hadisnabi.net/6-perkara-timpa-umat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 60: Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr, dia berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW, ketika baginda berwuduk sambil menunduk. Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan memandang kepadaku, lalu bersabda (mafhumnya): Ada enam perkara yang akan menimpa kamu sekalian, wahai umat — Kematian Nabimu SAW. Ibnu Umar RA berkata: Mendengar itu […] - [Hitung 6 peristiwa menjelang terjadi kiamat](https://hadisnabi.net/hitung-6-peristiwa-menjelang-terjadi-kiamat/): Menurut buku Huru-hara Hari Kiamat, halaman 61: Al-Bukhari meriwayatkan daripada Auf bin Malik RA, dia berkata: Saya menghadap Rasulullah SAW ketika terjadi Perang Tabuk. Waktu itu baginda berada dalam khemah berwarna sawo matang. Baginda SAW bersabda (mafhumnya): Hitunglah enam peristiwa menjelang terjadinya kiamat: Kematianku; kemudian ditakluknya Baitul Maqdis; kemudian yang menyergap kamu sekalian bagaikan buduk […] - [Tanda menjelang kiamat](https://hadisnabi.net/tanda-menjelang-kiamat/): Dalam Huru-hara Hari Kiamat, halaman 61/62, menyatakan: Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya khemah besar Muslimin pada hari pertempuran sengit ada di Ghuthah, di sebelah kota bernama Dimasyq (Damsyik), salah satu kota terbaik di Syam. Menurut riwayat Ahmad daripada Muaz bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ada […] - [Segera melakukan amalan soleh sebelum terjadi 6 peristiwa](https://hadisnabi.net/segera-melakukan-amalan-soleh-sebelum-terjadi-6-peristiwa/): Menurut buku Huru-hara Hari Kiamat, halaman 62: Imam Ahmad meriwayatkan, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Cepat-cepatlah kamu sekalian melakukan amalan (soleh) sebelum datang 6 peristiwa; terbit matahari dari barat, datang dajjal, muncul asap, muncul binatang melata dari dalam bumi, kematian setiap kamu sekalian dan perkara umum (hari kiamat). Qatadah berkata: Apabila […] - [Menjelang kiamat, wanita Daus di sekeliling Dzul Khalasoh](https://hadisnabi.net/menjelang-kiamat-wanita-daus-di-sekeliling-dzul-khalasoh/): Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, “pernah saya mendengar Rasulullah bersabda (mafhumnya): Takkan terjadi kiamat sehingga punggung wanita Daus bergoyang-goyang di sekeliling Dzul Khalasoh. HURAIAN – Dzul Khalasoh ialah berhala kabilah Daus yang mereka sembah pada zaman Jahiliyah. Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 48/49. - [Gambaran mengenai tubuh Nabi](https://hadisnabi.net/gambaran-mengenai-tubuh-nabi/): Daripada Said al-Jurairiy, dia berkata: “Saya mendengar Abu at-Tufail berkata: Saya telah melihat Nabi SAW dan tiada seorang pun di muka bumi ini yang melihatnya selain daripada saya.” “Saya (Said al-Jurairiy) berkata: Gambarkan dia kepadaku. Dia (Abu at-Tufail) berkata: Baginda putih, elok dan sedang (sederhana, tidak gemuk, tidak kurus, tidak tinggi dan tidak rendah).” Sumber: […] - [Emas di lembah Eufrat](https://hadisnabi.net/emas-di-lembah-eufrat/): Rasulullah SAW memberitahu mengenai kekayaan melimpah ruah yang akan dihasilkan dari bumi Arab dan kekayaan ini akan menimbulkan perpecahan, pertengkaran dan peperangan Menurut riwayat al-Bukhari: Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Tidak lama lagi lembah Eufrat (Furat) akan membuka gudang kekayaan berisi emas. Maka, sesiapa mengalami saat itu janganlah dia mengambilnya sedikitpun.” Sedangkan […] - [Beberapa petanda menjelang kiamat](https://hadisnabi.net/beberapa-petanda-menjelang-kiamat/): Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Takkan terjadi kiamat sehingga ada dua pasukan besar berperang. Pertempuran terjadi di antara kedua-duanya demikian sengitnya, padahal pengakuan masing-masing sama. “Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga dibangkitkannya dajal-dajal pendusta, hampir ada 30 jumlahnya, masing-masing mengaku dirinya utusan Allah. “Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga dicabut ilmu, banyak […] - [Zaman rusuhan, orang tidak percaya lagi temannya](https://hadisnabi.net/zaman-rusuhan-orang-tidak-percaya-lagi-temannya/): Isyarat bakal terjadi rusuhan membinasakan akhlak sehingga orang tidak percaya lagi teman rapatnya. Abu Daud (atau dieja juga Abu Dawud) meriwayatkan daripada Wabisah bin Ma’bad al-Asadi, daripada Ibnu Mas’ud, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda — lalu Ibnu Mas’ud menyebut sebahagian hadis seperti yang diriwayatkan daripada Abu Bakrah — dan selanjutnya bersabda pula, […] - [Isyarat pelbagai rusuhan](https://hadisnabi.net/isyarat-pelbagai-rusuhan/): Abu Daud meriwayatkan daripada Muslim bin Abi Bakrah daripada ayahnya, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya akan terjadi suatu huru-hara, di mana orang berbaring lebih baik daripada orang yang duduk, orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang berjalan lebih baik daripada orang […] - [Beberapa hal terkait di akhir zaman, antaranya muslim bergabung dengan bukan muslim](https://hadisnabi.net/beberapa-hal-terkait-di-akhir-zaman-antaranya-muslim-bergabung-dengan-bukan-muslim/): Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Sesungguhnya Allah SWT telah mengerutkan bumi di hadapanku, sehingga aku dapat melihat negeri-negeri timur dan barat. Dan sesungguhnya kerajaan umatku akan mencapai bahagian-bahagian bumi yang dikerutkan itu. Dan sesungguhnya aku telah diberi dua gudang kekayaan, yang merah dan yang putih (emas dan perak). Dan […] - [Mukmin sesama mukmin umpama bangunan](https://hadisnabi.net/mukmin-sesama-mukmin-umpama-bangunan/): Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain bagaikan bangunan yang sebahagiannya menguatkan bahagian lainnya.” Dan baginda menjalinkan antara hari-jarinya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Hadis ini menganjurkan hidup dalam suasana persaudaraan, berganding bahu, membantu dan membela sesama orang muslim. Allah berfirman, maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam […] - [Adab apabila bawa senjata di khalayak](https://hadisnabi.net/adab-apabila-bawa-senjata-di-khalayak/): Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesiapa berjalan di suatu tempat dari masjid-masjid kita atau pasar-pasar kita, sedang dia membawa anak panah, maka hendaklah dia memegang atau menggenggam hujung-hujungnya dengan telapak tangannya, sebab dikhuatirkan dengan anak panahnya akan kena seseorang daripada orang-orang muslimin.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Hadis ini menunjukkan […] - [Orang beriman umpama satu tubuh](https://hadisnabi.net/orang-beriman-umpama-satu-tubuh/): Daripada An-Nu’man bin Basyir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Perumpamaan orang-orang mukminin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bersimpati adalah bagaikan tubuh. Jika salah satu anggota daripada tubuh merasai sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya, dengan tidak tidur serta berasa panas.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Riyadus Solihin & Penjelasannya, […] - [Antara hal menjelang kiamat, orang ingin ganti orang dalam kubur](https://hadisnabi.net/antara-hal-menjelang-kiamat-orang-ingin-ganti-orang-dalam-kubur/): Al-Bukhari meriwayatkan — daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidak akan terjadi kiamat, sehingga seseorang melalui kubur orang lain, lalu dia berkata; andai aku menggantikan tempatnya. Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 48. - [Keutamaan berbuka puasa dengan kurma dan air](https://hadisnabi.net/keutamaan-berbuka-puasa-dengan-kurma-dan-air/): Daripada Salman bin Amir adh-Dhabbiy as-Sohabi RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda (mafhumnya): Apabila seorang daripada kamu berbuka (berbuka puasa), maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada, maka berbukalah dengan air. Maka, sesungguhnya ia (air) adalah pembersih (atau menyucikan). (Diriwayat oleh Abu Dawud dan at-Tirmidzi. Tirmidzi berkata, hadis ini hasan sahih) PENJELASAN Sabda baginda “maka […] - [Allah cinta kepada orang segera berbuka puasa](https://hadisnabi.net/allah-cinta-kepada-orang-segera-berbuka-puasa/): Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Allah (Azza wa Jalla) berfirman, hamba-hamba-Ku yang paling Aku cintai adalah yang paling menyegerakan berbuka (berbuka puasa). (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis ini hasan) HURAIAN Allah berfirman maksudnya: Katakanlah (Muhammad) ‘jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosa […] - [Segera untuk Maghrib dan berbuka puasa](https://hadisnabi.net/segera-untuk-maghrib-dan-berbuka-puasa/): Daripada Abu Athiyah, dia berkata: Aku bersama Masruq masuk menemui Aisyah RA (Radhiallahu Anha). Masruq kemudian bertanya, ada dua sahabat Muhammad SAW, kedua-duanya tiada lalai daripada kebaikan, seorang daripadanya menyegerakan Maghrib dan berbuka, dan yang lain (seorang lagi) mengakhirkan Maghrib dan berbuka? Aisyah bertanya: Siapa yang menyegerakan Maghrib dan berbuka? Masruq menjawab: Abdullah — iaitu […] - [Anjuran segera berbuka puasa](https://hadisnabi.net/anjuran-segera-berbuka-puasa/): Daripada Sahl bin Saad RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Manusia akan sentiasa dalam kebaikan selama (atau selagi) mereka menyegerakan berbuka puasa. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi) PENJELASAN Ahmad menambahkan daripada riwayat Abu Dzar (bermaksud) “dan mereka mengakhirkan sahur.” Disebutkan dalam satu riwayat: “Umatku akan sentiasa berpegang pada sunahku selama mereka tidak menunggu (terbitnya) bintang-bintang […] - [Sahur membezakan puasa Muslim dan ahli kitab](https://hadisnabi.net/sahur-membezakan-puasa-muslim-dan-ahli-kitab/): Daripada Amr bin As RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Pembeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur. (Diriwayatkan oleh Muslim) HURAIAN Hadis ini menunjukkan sahur termasuk satu daripada identiti dan keistimewaan umat Islam. Sumber hadis: Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 740. - [Anjuran bersahur, berkat padanya](https://hadisnabi.net/anjuran-bersahur-berkat-padanya/): Daripada Anas RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bersahurlah kamu! Maka, sesungguhnya pada sahur ada keberkatan. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Nasai) Sumber hadis: Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 740. - [Doa Nabi apabila melihat hilal](https://hadisnabi.net/doa-nabi-apabila-melihat-hilal/): Daripada Talhah bin Ubaidullah RA, apabila melihat hilal (anak bulan) Nabi SAW membaca (mafhumnya): Wahai Allah munculkanlah ia kepada kami dengan aman dan iman, selamat dan Islam, Rabbku (Tuhanku) dan Rabbmu (Tuhanmu) Allah, hilal petunjuk dan kebaikan.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini [statusnya] hasan) HURAIAN Hadis ini mengandungi anjuran agar berdoa apabila melihat […] - [Puasa Ramadan kerana melihat hilal](https://hadisnabi.net/puasa-ramadan-kerana-melihat-hilal/): Daripada Ibnu Abbas RA (Radhiallahu Anhu) dia berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Janganlah kamu berpuasa sebelum Ramadan. Puasalah kerana melihatnya (hilal atau anak bulan) dan berbukalah kerana melihatnya. Jika awan menghalangi (hilal), maka sempurnakanlah 30 hari. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini (status) hasan sahih) Sumber hadis: Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 737/738. - [Mengenai puasa 1 atau 2 hari sebelum Ramadan](https://hadisnabi.net/mengenai-puasa-1-atau-2-hari-sebelum-ramadan/): Daripada Abu Hurairah RA (Radhiallahu Anhu) daripada Nabi SAW (Sollallahu Alaihi Wasallam) baginda bersabda (mafhumnya): “Janganlah seseorang antara kamu mendahului Ramadan dengan puasa satu hari atau dua hari, melainkan bagi orang yang biasa berpuasa, maka silakan dia berpuasa pada hari itu.” (Muttafaq alaihi — Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) Sumber hadis: Riyadus Solihin & Penjelasannya, […] - [Mengenai puasa pada hari diragukan](https://hadisnabi.net/mengenai-puasa-pada-hari-diragukan/): Daripada Silah bin Zufar [ صلة بن زفر ] dia berkata: “Kami pernah bersama Ammar bin Yasir, kemudian dia diberikan seekor kambing bakar, lalu dia berkata, ‘makanlah’. Lantas, sesetengah orang menjauh dan berkata ‘aku sedang berpuasa’. Ammar bin Yasir lantas berkata, sesiapa berpuasa pada hari yang diragukan, sungguh dia telah derhaka kepada Abu al-Qasim Sollallahu […] - [Islam: Beriman kepada Allah, istiqamah](https://hadisnabi.net/islam-beriman-kepada-allah-istiqamah/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 102 & 103 menyatakan: Daripada Abu ‘Amru — ada dikatakan Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdullah RA, dia berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, katakanlah padaku mengenai Islam suatu pernyataan yang tidak akan saya tanyakan lagi kepada seseorang selain anda. Rasulullah SAW menjawab (mafhumnya): “Katakanlah, saya beriman kepada Allah, kemudian istiqamah […] - [Sesiapa menunjukkan perkara baik, dapat pahala seperti orang melakukannya](https://hadisnabi.net/sesiapa-menunjukkan-perkara-baik-dapat-pahala-seperti-orang-melakukannya/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 167, menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amr al-Ansari al-Badri berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa memberi petunjuk kepada kebaikan, maka baginya seperti pahala pelakunya. PENJELASAN Dijelaskan dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 167: Permulaan riwayat ini, Abu Mas’ud berkata: Seorang lelaki datang menghadap Rasulullah SAW, lalu […] - [Sesiapa ajak kepada kebaikan dapat pahala, kesesatan dapat dosa, seperti orang melakukannya](https://hadisnabi.net/sesiapa-ajak-kepada-kebaikan-dapat-pahala-kesesatan-dapat-dosa-seperti-orang-melakukannya/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 167, menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengajak kepada petunjuk, maka dia mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang yang demikian daripada pahala-pahala mereka, dan sesiapa mengajak kepada kesesatan, maka dia mendapat dosa sebagaimana dosa orang-orang mengikutinya, tidak berkurang […] - [Bantu, ganti orang melakukan hal baik dapat pahala seperti orang melakukannya](https://hadisnabi.net/bantu-ganti-orang-melakukan-hal-baik-dapat-pahala-seperti-orang-melakukannya/): Daripada Abu Abdur Rahman bin Zaid bin Khalid al-Juhani berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa menyiapkan (perbekalan) kepada seseorang yang berperang di jalan Allah, maka sungguh dia juga ikut berperang dan sesiapa menggantikan mengurus keluarga orang yang berperang dengan baik, sungguh dia juga (mendapat pahala) berperang. (Dinyatakan dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 170, hadis […] - [Seorang melakukan, dua orang dapat pahala](https://hadisnabi.net/seorang-melakukan-dua-orang-dapat-pahala/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 170, menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Abu Said al-Khudri RA, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengutus suatu pasukan untuk memerangi Bani Lihyan daripada suku Hudzail, lalu baginda bersabda (mafhumnya): Hendaklah yang berangkat dari setiap dua orang hanya seorang daripada kedua-duanya dan kedua-duanya mendapat pahala. HURAIAN Hadis ini menjelaskan mengenai taktikal digunakan […] - [Menjilat jari untuk peroleh berkat](https://hadisnabi.net/menjilat-jari-untuk-peroleh-berkat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 157-158, menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Jabir RA meriwayatkan: Bahawa Rasulullah SAW menyuruh menjilat jari-jari dan piring, dan bersabda: Sesungguhnya kamu semua tidak tahu di manakah ada berkatnya. PENJELASAN Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 157-158, dalam riwayat lain daripada Muslim disebutkan: Jika sesuap makanan seorang antara kamu jatuh, maka […] - [Anak kecil boleh melakukan ibadat haji](https://hadisnabi.net/anak-kecil-boleh-melakukan-ibadat-haji/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 170 menyatakan: Muslim meriwayatkan: Daripada Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertemu dengan sekumpulan orang berkenderaan di Rauha’. Maka, baginda bertanya: Siapakah kaum ini? Mereka menjawab: (Kami kaum) muslimin. Maka, mereka bertanya: Siapa anda? Baginda menjawab: (Saya) Rasulullah. Maka, seorang perempuan mengangkat seorang anak kecil kepadanya (baginda), maka […] - [Keutamaan jaga diri daripada meminta-minta, berasa cukup dan sabar](https://hadisnabi.net/keutamaan-jaga-diri-daripada-meminta-minta-berasa-cukup-dan-sabar/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 56 menyatakan: Daripada Abu Said Sa’d bin Malik bin Sinan al-Khudriyy RA, bahawa ada beberapa orang daripada Ansar meminta-minta kepada Rasulullah, lalu baginda memberikan sesuatu kepada mereka, kemudian mereka meminta lagi dan baginda memberinya lagi, sehingga harta di sisi baginda habis. Seterusnya setelah baginda mendermakan semua harta di tangannya, […] - [Kebaikan setiap sisi bagi orang mukmin](https://hadisnabi.net/kebaikan-setiap-sisi-bagi-orang-mukmin/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 56 menyatakan: Daripada Abu Yahya Suhaib bin Sinan berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sangatlah menakjubkan keadaan seorang mukmin. Sesungguhnya semua keadaannya merupakan kebaikan baginya dan kebaikan itu tidak dimiliki oleh seorang pun selain orang mukmin, iaitu apabila dia mendapat kelapangan hidup, lalu dia bersyukur, maka hal itu merupakan kebaikan […] - [Fatimah di saat Nabi tenat dan wafat](https://hadisnabi.net/fatimah-di-saat-nabi-tenat-dan-wafat/): Dalam Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 57 menyatakan: Daripada Anas berkata: Ketika Nabi SAW sakitnya semakin tenat, maka baginda diliputi oleh kesusahan, kemudian Fatimah berkata: “Alangkah beratnya kesusahan dihadapi ayahanda.” Baginda lalu bersabda (mafhumnya): “Ayahmu tidak akan mengalami kesusahan lagi sesudah hari ini.” Selanjutnya, setelah baginda wafat, Fatimah berkata: “Aduhai ayahanda, baginda telah memenuhi panggilan […] - [Hak dipenuhi pada hari kiamat](https://hadisnabi.net/hak-dipenuhi-pada-hari-kiamat/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 192: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sungguh kamu akan memenuhi hak-hak kepada para pemiliknya kelak pada hari kiamat, sampai-sampai digiringlah kambing yang tidak bertanduk (untuk mengambil hak) daripada kambing yang bertanduk. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Kambing tidak bertanduk akan menuntut balas kepada kambing […] - [Ancaman kepada sesiapa melakukan kezaliman walaupun sedikit](https://hadisnabi.net/ancaman-kepada-sesiapa-melakukan-kezaliman-walaupun-sedikit/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 193: Daripada Aisyah RAnha (singkatan kepada Radhiyallahu Anha) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa berbuat zalim walau terhadap sejengkal tanah, maka tanah itu akan dikalungkan di lehernya daripada tujuh (lapisan) bumi. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Pengukuhan terhadap haram merampas tanah. Sesiapa yang mengambil […] - [Pengukuhan keharaman darah orang Muslimin, harta dan kehormatan mereka](https://hadisnabi.net/pengukuhan-keharaman-darah-orang-muslimin-harta-dan-kehormatan-mereka/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 197: Daripada Abu Bakrah Nufai’ bin al-Harits meriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya zaman telah berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan dan di antaranya ada empat bulan suci. Yang tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, sedangkan yang […] - [Ancaman terhadap orang zalim](https://hadisnabi.net/ancaman-terhadap-orang-zalim/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 193-194: Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah menangguhkan (hukuman) orang yang zalim. Akan tetapi, apabila Allah telah menghukumnya, maka Dia tidak akan melepaskannya sama sekali. Kemudian, baginda membacakan ayat (yang bermaksud): Dan begitulah seksa Tuhanmu apabila Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang berbuat zalim. Sungguh, […] - [Orang yang dikehendaki kebaikan, keburukan](https://hadisnabi.net/orang-yang-dikehendaki-kebaikan-keburukan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 68: Anas berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika Allah menghendaki kebaikan pada seseorang hamba-Nya, maka Dia mempercepatkan seksanya di dunia. Tetapi jika Allah menghendaki keburukan pada seseorang hamba-Nya, maka Dia membiarkannya dengan melakukan dosanya, sehingga nanti akan dipenuhkan seksanya di hari kiamat. Dan Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya besarnya […] - [Orang kuat dapat menguasai diri ketika marah](https://hadisnabi.net/orang-kuat-dapat-menguasai-diri-ketika-marah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 70/71: Daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang kuat bukan yang menang berlawan. Sesungguhnya orang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Dalam hadis ini mengandungi erti pujian terhadap orang dapat menguasai dirinya ketika marah. […] - [Ubah kemungkaran ikut kemampuan](https://hadisnabi.net/ubah-kemungkaran-ikut-kemampuan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 175: Daripada Abu Said al-Khudri RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa antara kamu melihat suatu kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Maka, jika dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Maka, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu (yang terakhir itu adalah) selemah-lemah iman. […] - [5 hak jalan](https://hadisnabi.net/5-hak-jalan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 178: Daripada Abu Said al-Khudri RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Hindarilah kamu daripada duduk-duduk di jalanan. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami tidak dapat menghindari daripada duduk-duduk di sini kerana kami berbincang-bincang di sini. Maka, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika kamu masih tetap ingin duduk-duduk di situ, […] - [Cincin emas pada jari lelaki](https://hadisnabi.net/cincin-emas-pada-jari-lelaki/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 179: Daripada Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melihat cincin emas pada jari seorang lelaki, lalu baginda melepaskannya dan melemparkannya, dan bersabda (mafhumnya): Seorang daripada kamu sengaja mencari bara api dari neraka, lalu dia menjadikannya di tangannya. Maka, setelah Rasulullah SAW pergi dikatakan kepada lelaki terbabit: Ambillah cincinmu, […] - [Seburuk-buruk penggembala tiada belas kasihan](https://hadisnabi.net/seburuk-buruk-penggembala-tiada-belas-kasihan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 179/180: Daripada Abu Said al-Hasan al-Basri meriwayatkan bahawa Aidz (baca ‘Aa-idz) bin Amr masuk ke tempat Ubaidullah bin Ziyad, maka berkata: Hai anakku, saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya seburuk-buruk penggembala (pemelihara) ialah orang tidak memiliki belas kasihan, maka janganlah kamu termasuk golongan mereka. Maka (selanjutnya Ubaidullah […] - [Peringatan mengenai pengganti yang suka mengatakan apa yang tidak mereka lakukan, melakukan apa yang mereka tidak diperintahkan](https://hadisnabi.net/peringatan-mengenai-pengganti-yang-suka-mengatakan-apa-yang-tidak-mereka-lakukan-melakukan-apa-yang-mereka-tidak-diperintahkan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 175/176: Daripada Ibnu Mas’ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tiada seorang nabi pun diutuskan oleh Allah sebelum saya melainkan dia mempunyai beberapa kekasih pembela dan beberapa sahabat daripada kalangan umatnya, yang mengambil teladan dengan sunahnya serta mengikuti perintahnya. Kemudian, selepas mereka ini akan digantikan oleh beberapa pengganti […] - [Orang mencegah dan orang melanggar larangan Allah diumpamakan dua kumpulan di dalam kapal](https://hadisnabi.net/orang-mencegah-dan-orang-melanggar-larangan-allah-diumpamakan-dua-kumpulan-di-dalam-kapal/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 176/177: Daripada an-Nu’man bin Basyir RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Perumpamaan orang yang berdiri untuk mencegah larangan-larangan Allah dan orang yang melanggar larangan-larangan-Nya adalah bagaikan suatu kaum yang melakukan pemilihan di dalam sebuah kapal. Sehingga sesetengah daripada mereka berada di bahagian atas kapal, sedangkan sesetengah yang […] - [Celaka bagi bangsa Arab, penutup Yakjuj dan Makjuj terbuka](https://hadisnabi.net/celaka-bagi-bangsa-arab-penutup-yakjuj-dan-makjuj-terbuka/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 178: Daripada Ummul Mukminin Ummul Hakam Zainab binti Jahsy RAnha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW masuk ke rumahnya dalam keadaan panik, lalu mengucapkan: La ilaaha illallaah (ertinya: tiada tuhan melainkan Allah). Kecelakaan bagi bangsa Arab, kerana adanya keburukan yang telah dekat. Pada hari itu penutup Yakjuj dan Makjuj telah terbuka […] - [Punca doa tidak diterima](https://hadisnabi.net/punca-doa-tidak-diterima/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 180: Daripada Hudzaifah meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Demi Zat yang jiwaku berada dalam genggaman kekuasaan-Nya, perintahkanlah oleh kamu dengan kebaikan dan cegah kemungkaran atau jika tidak, maka sungguh hampir-hampir saja Allah akan menurunkan seksa kepada kamu, kemudian kamu berdoa kepada-Nya, tetapi doa kamu tidak akan diterima. […] - [Petunjuk dan ilmu dibawakan oleh Nabi SAW bagaikan hujan menyirami bumi](https://hadisnabi.net/petunjuk-dan-ilmu-dibawakan-oleh-nabi-saw-bagaikan-hujan-menyirami-bumi/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 156: Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya perumpamaan petunjuk dan ilmu yang saya diutus oleh Allah untuk membawanya ialah bagaikan hujan yang menyirami bumi. Di antara bumi ada bahagian yang baik. Tanah bahagian ini dapat menerima air, sehingga ia dapat menumbuhkan rumput dan lalang yang […] - [Makan dengan tangan kanan](https://hadisnabi.net/makan-dengan-tangan-kanan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 155: Daripada Abu Muslim, dan ada dikatakan Abi Iyas Salamah bin Amr bin Al-Akwa RA, meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah SAW dengan tangan kirinya. Kemudian baginda bersabda (mafhumnya): Makanlah dengan tangan kanan anda. Orang itu berkata: Saya tidak dapat. Baginda bersabda (mafhumnya): Anda tidak akan […] - [Hendaklah menyamakan saf](https://hadisnabi.net/hendaklah-menyamakan-saf/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 155: Daripada Abu Abdillah an-Nukman bin Basyir RA meriwayatkan: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya), hendaklah kamu benar-benar meratakan (menyamakan) saf kamu, atau Allah akan membalikkan antara wajah-wajah kamu semua. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim disebutkan: Rasulullah SAW meratakan saf-saf kami sehingga baginda […] - [Sesiapa mengada-adakan, tertolak](https://hadisnabi.net/sesiapa-mengada-adakan-tertolak/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 163: Daripada Aisyah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa yang mengada-adakan dalam urusan kita ini sesuatu yang tidak termasuk bahagian daripadanya (agama), maka dia tertolak. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Dalam riwayat Imam Muslim juga disebutkan: Sesiapa melakukan suatu amalan yang tiada perintah daripada […] - [Umpama belalang dan kupu-kupu jatuh ke dalam api](https://hadisnabi.net/umpama-belalang-dan-kupu-kupu-jatuh-ke-dalam-api/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 157: Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Perumpamaan saya dan perumpamaan kamu semua adalah bagaikan seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian banyak belalang dan kupu-kupu jatuh ke dalam api, sedangkan orang itu mencegahnya jangan masuk ke situ. Dan saya adalah seorang yang merintangi kamu semua dari neraka. […] - [Agama adalah nasihat](https://hadisnabi.net/agama-adalah-nasihat/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 171-172: Daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus ad-Dari meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Agama adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda berkata: Bagi Allah, bagi kitab-Nya, bagi rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin muslimin serta bagi umat Islam secara umum. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) - [Cintai saudara seperti cintai untuk diri sendiri](https://hadisnabi.net/cintai-saudara-seperti-cintai-untuk-diri-sendiri/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 172: Daripada Anas meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga dia mencintai untuk saudaranya hal-hal yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) - [Sesiapa dikehendaki kebaikan, diberikan musibah](https://hadisnabi.net/sesiapa-dikehendaki-kebaikan-diberikan-musibah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 65: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah memberikan musibah padanya. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Allah berfirman, maksudnya: Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahan, dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang […] - [Jangan mengharapkan kematian kerana mudarat menimpa](https://hadisnabi.net/jangan-mengharapkan-kematian-kerana-mudarat-menimpa/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 66: Daripada Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jangan seseorang antara kamu mengharapkan datang kematian kerana suatu mudarat yang menimpanya. Jika memang dia terpaksa harus berbuat demikian, maka hendaklah dia mengatakan: Wahai Allah, tetapkanlah saya hidup selama kehidupan baik untukku dan matikanlah saya apabila kematian yang memang baik untukku. […] - [Bersabar, berpegang teguh pada agama, usah tergesa-gesa](https://hadisnabi.net/bersabar-berpegang-teguh-pada-agama-usah-tergesa-gesa/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 66: Daripada Abu Abdullah Khabbab bin al-Aratt berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika itu baginda bersandar pada jubahnya di bawah naungan Kaabah. Maka, kami berkata: Mengapa anda tidak memohonkan pertolongan untuk kita, sehingga kita menang? Mengapa anda tidak berdoa untuk kita? Baginda bersabda (mafhumnya): Pernah terjadi pada orang-orang […] - [Takutlah pada neraka dengan bersedekah meskipun cuma sedikit](https://hadisnabi.net/takutlah-pada-neraka-dengan-bersedekah-meskipun-cuma-sedikit/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 137: Daripada Adi bin Hatim RA berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Takutlah pada neraka walaupun dengan (menyedekahkan) sepotong kurma. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam satu (lagi) riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Adi bin Hatim, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya); tiada seorang daripada […] - [Allah reda kepada seseorang makan dan minum lantas memuji-Nya](https://hadisnabi.net/allah-reda-kepada-seseorang-makan-dan-minum-lantas-memuji-nya/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 137 Daripada Anas RA berkata; Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah akan reda seorang hamba yang memakan suatu makanan, kemudian dia memuji kepada Allah atas makanan dimakannya ataupun meminum suatu minuman, kemudian dia memuji kepada Allah atas minuman diminumnya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan bertahmid […] - [Pelajaran daripada nazar Abu Israil](https://hadisnabi.net/pelajaran-daripada-nazar-abu-israil/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 148: Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Pada suatu ketika Nabi SAW sedang berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang berdiri, maka Nabi bertanya mengenai lelaki terbabit. Para sahabat menjawab: Dia ialah Abu Israil. Dia bernazar hendak berdiri di terik matahari, tidak akan duduk, tidak akan berteduh, tidak akan berbicara, dan […] - [Seseorang tertinggal wirid di malam hari, dicatatkan baginya apabila dibaca di siang hari](https://hadisnabi.net/seseorang-tertinggal-wirid-di-malam-hari-dicatatkan-baginya-apabila-dibaca-di-siang-hari/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 149: Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa tidur tertinggal daripada membaca wiridnya di waktu malam atau tertinggal sesuatu daripadanya, maka dia membacanya antara solat Fajar dan Zuhur, dicatat baginya sebagaimana dia membacanya pada waktu malam. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis mengandungi dalil setiap wirid […] - [Menahan diri daripada melakukan kejahatan adalah sedekah](https://hadisnabi.net/menahan-diri-daripada-melakukan-kejahatan-adalah-sedekah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 138: Daripada Abu Musa RA meriwayatkan, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Setiap muslim mempunyai kewajipan untuk bersedekah. Abu Musa bertanya: Bagaimana pendapat anda jika dia tidak mendapati sesuatu untuk disedekahkan? Baginda menjawab: Hendaklah dia bekerja dengan kedua-dua tangannya untuk dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan supaya dia dapat […] - [Binasa bagi orang memberatkan diri](https://hadisnabi.net/binasa-bagi-orang-memberatkan-diri/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 140: Daripada Ibnu Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Binasa orang-orang yang memberat-beratkan diri. Baginda bersabda mengenainya tiga kali. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) - [Anjuran melakukan qiyamullail secara berterusan](https://hadisnabi.net/anjuran-melakukan-qiyamullail-secara-berterusan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 150: Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai Abdullah, jangan kamu seperti polan (seseorang). Adalah dia selalu melakukan qiyamullail (ibadat malam), kemudian dia tidak melakukan qiyamullail lagi. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi sunah melakukan amalan baik […] - [Menggantikan solat malam di siang hari](https://hadisnabi.net/menggantikan-solat-malam-di-siang-hari/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 150: Daripada Aisyah (RAnha) berkata, Rasulullah SAW apabila tidak melakukan solat malam, kerana sakit atau selainnya, maka baginda melakukan solat di siang hari sebanyak 12 rakaat. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi dalil menggantikan solat malam, demikian juga seluruh solat sunat. - [Biarkan yang tidak dijelaskan, umat dahulu binasa kerana banyak pertanyaan dan berselisih dengan nabi mereka](https://hadisnabi.net/biarkan-yang-tidak-dijelaskan-umat-dahulu-binasa-kerana-banyak-pertanyaan-dan-berselisih-dengan-nabi-mereka/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 153: Daripada Abu Hurairah RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Biarkan apa yang tidak saya jelaskan kepada kamu sekalian, kerana sesungguhnya yang membinasakan umat-umat dahulu ialah banyak pertanyaan mereka dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka. Maka, apabila saya melarang kamu sekalian daripada sesuatu, maka jauhinya, dan apabila saya […] - [Semua orang dapat masuk syurga kecuali mereka yang tidak mahu](https://hadisnabi.net/semua-orang-dapat-masuk-syurga-kecuali-mereka-yang-tidak-mahu/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 154: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Semua umatku masuk syurga, melainkan orang yang enggan. Baginda ditanya: Siapakah orang yang enggan, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Sesiapa yang taat kepadaku, maka dia masuk syurga, dan sesiapa yang derhaka kepadaku, maka dia enggan. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) […] - [Air wuduk hapus kesalahan](https://hadisnabi.net/air-wuduk-hapus-kesalahan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 132: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika seorang Muslim ataupun Mukmin berwuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka keluar dari mukanya setiap kesalahan yang dia lihat dengan kedua-dua matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluar […] - [Ganjaran kerana buang gangguan di jalanan](https://hadisnabi.net/ganjaran-kerana-buang-gangguan-di-jalanan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 131/132: Daripada Abu Hurairah RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya saya telah melihat seorang lelaki bersukaria di syurga kerana dia pernah memotong pohon di tengah jalan yang mengganggu Muslimin. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: Suatu ketika ada seorang lelaki berjalan melalui […] - [Allah beri keampunan kerana bantu seekor anjing](https://hadisnabi.net/allah-beri-keampunan-kerana-bantu-seekor-anjing/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 131: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan. Dia berasa sangat haus, lalu dia menemui sebuah sumur. Dia turun ke dalam sumur itu dan minum. Selepas itu dia keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya […] - [Ibadat hapus dosa](https://hadisnabi.net/ibadat-hapus-dosa/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadan berikutnya dapat menjadi penghapus dosa antara kedua-duanya, apabila dijauhi dosa-dosa besar. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi bukti betapa luas rahmat Allah […] - [Tiga perkara hapus kesalahan, angkat darjat](https://hadisnabi.net/tiga-perkara-hapus-kesalahan-angkat-darjat/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133: Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Mahukah kamu saya tunjukkan mengenai suatu amalan yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan serta mengangkat darjat-darjat? Mereka (sahabat) berkata: Tentu, wahai Rasulullah.Baginda bersabda: (Iaitu) menyempurnakan wuduk pada keadaan tidak disukai, banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat setelah selesai […] - [Solat dua waktu dingin](https://hadisnabi.net/solat-dua-waktu-dingin/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133 & 134: Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa melakukan solat pada dua waktu dingin, dia masuk syurga. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Waktu dingin ialah solat Subuh dan Asar. Sisi khusus menyebutkan Subuh dan Asar berbanding solat waktu […] - [Setiap amalan baik adalah sedekah](https://hadisnabi.net/setiap-amalan-baik-adalah-sedekah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134: Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap makruf (perbuatan baik) adalah sedekah. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari — dan Muslim daripada riwayat Huzaifah RA) HURAIAN Hadis ini mengandungi keterangan bahawa semua perbuatan baik dilakukan manusia, maka hal itu adalah sedekah yang diberikan pahala untuknya. - [Orang tetap dengan amalan kebaikan sewaktu bermukim dan sihat, dicatatkan pahala untuknya ketika bermusafir, sakit](https://hadisnabi.net/orang-tetap-dengan-amalan-kebaikan-sewaktu-bermukim-dan-sihat-dicatatkan-pahala-untuknya-ketika-bermusafir-sakit/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134: Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang hamba sakit atau berkelana, maka dicatatkan baginya (pahala) sebagaimana dia melakukan amalan (ibadat, kebaikan) ketika dia bermukim (berada di rumah, di tempatnya) dan semasa sihat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) HURAIAN Orang mempunyai amalan kebaikan yang dilakukannya […] - [Hasil tanaman dimakan manusia dan haiwan, dicuri jadi sedekah](https://hadisnabi.net/hasil-tanaman-dimakan-manusia-dan-haiwan-dicuri-jadi-sedekah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134 & 135: Daripada Jabir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidaklah seorang Muslim yang menanam suatu tanaman, melainkan apa sahaja dimakan daripada hasil tanaman itu merupakan sedekah baginya, dan apa sahaja dicuri daripada tanaman itu merupakan sedekah baginya, dan tidak pula tanaman itu dikurangi oleh seseorang, melainkan itu […] - [Setiap langkah ke masjid ada catatan](https://hadisnabi.net/setiap-langkah-ke-masjid-ada-catatan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 135: Daripada Jabir RA berkata: Bani Salimah berkehendak untuk berpindah tempat dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, kemudian baginda bersabda kepada Bani Salimah (mafhumnya): Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa kamu semua hendak berpindah dekat masjid? Mereka menjawab: Benar, wahai Rasulullah, kami menghendaki demikian. Baginda bersabda: Wahai Bani […] - [Larangan saling menganiaya, keagungan Allah](https://hadisnabi.net/larangan-saling-menganiaya-keagungan-allah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 120-121: Daripada Said bin Abdul Aziz meriwayatkan, daripada Rabi’ah bin Yazid, daripada Abu Idris al-Khawlani, daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah RA, daripada Nabi SAW dalam satu riwayat yang diriwayatkan daripada Allah Tabaaraka wa Taala bahawa Allah berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan pada diriku sendiri akan menganiaya dan […] - [Alasan seseorang diterima sehingga usia 60 tahun](https://hadisnabi.net/alasan-seseorang-diterima-sehingga-usia-60-tahun/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 123: Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Allah tetap menerima alasan seseorang yang diakhirkan ajalnya sehingga sampai usia 60 tahun. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Ulama berkata: Pengertian hadis ini bahawa Allah tidak membiarkan alasan yang disampaikan oleh seseorang yang sudah berumur 60 tahun kerana dia […] - [Amalan paling utama dan tingkatan dalam melakukan kebaikan](https://hadisnabi.net/amalan-paling-utama-dan-tingkatan-dalam-melakukan-kebaikan/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 126 & 127: Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah RA berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, amalan manakah paling utama? Baginda berkata: Iman kepada Allah dan berjihad pada jalan-Nya. Saya bertanya lagi, hamba sahaya manakah yang lebih utama? Baginda berkata: Hamba sahaya yang dipandang indah bagi pemiliknya serta termahal harganya. […] - [Manusia dibangkitkan dari kubur sesuai keadaannya meninggal dunia](https://hadisnabi.net/manusia-dibangkitkan-dari-kubur-sesuai-keadaannya-meninggal-dunia/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 125: Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai keadaan ketika dia meninggal dunia. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi motivasi kepada seseorang untuk melakukan amalan kebaikan, tetap dengan petunjuk Nabi Muhammad (SAW) dalam segala keadaan, ikhlas kerana Allah dalam […] - [Setiap persendian sedekah, suruh kebaikan sedekah, larang kejahatan sedekah](https://hadisnabi.net/setiap-persendian-sedekah-suruh-kebaikan-sedekah-larang-kejahatan-sedekah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 127: Daripada Abu Dzar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap persendian seorang antara kamu sekalian adalah sedekah, maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kejahatan adalah sedekah dan […] - [Peringatan amalan baik, amalan buruk](https://hadisnabi.net/peringatan-amalan-baik-amalan-buruk/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 128: Daripada Abu Dzar, dia berkata: Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Ditunjukkan padaku amalan perbuatan umatku, yang baik dan yang buruk. Maka, saya mendapati termasuk dalam amalan perbuatan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di jalan, dan saya mendapati termasuk amalan perbuatan yang buruk ialah dahak yang dibuang di […] - [Usah remehkan kebaikan walaupun sedikit](https://hadisnabi.net/usah-remehkan-kebaikan-walaupun-sedikit/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 129: Daripada Abu Zar, dia berkata: Nabi SAW bersabda kepadaku: Jangan kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikit pun, meskipun hanya sekadar kamu menemui saudaramu dengan raut muka yang berseri-seri. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran untuk melakukan kebaikan, sedikit mahupun banyak, dengan harta atau akhlak yang baik. - [Setiap persendian ada sedekah](https://hadisnabi.net/setiap-persendian-ada-sedekah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 129 & 130: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap persendian manusia ada (hak untuk dikeluarkan) sedekah ke atasnya, setiap hari terbit matahari padanya. Kamu mengadili antara dua orang adalah sedekah, kamu membantu seseorang pada kenderaannya, maka kamu menanggungnya ke atasnya (kenderaan) atau mengangkatkan barangnya ke […] - [Jangan meremehkan jiran](https://hadisnabi.net/jangan-meremehkan-jiran/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 130: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita muslimah! Jangan seorang antara kamu meremehkan jirannya meskipun (pemberiannya) berupa kaki kambing (kibas). (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Imam al-Jauhari berkata: Kaki kambing kibas seperti halnya kaki ternak yang lain juga. Tetapi […] - [Cabang iman paling utama, paling rendah](https://hadisnabi.net/cabang-iman-paling-utama-paling-rendah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 130: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Iman mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Cabang paling utama ialah ucapan “La ilaha illallah” (tiada tuhan melainkan Allah), dan yang paling rendah ialah menyingkirkan hal-hal yang mengganggu di jalan. Dan malu adalah satu cabang daripada iman. […] - [Akhlak baik bawa kebaikan dunia akhirat](https://hadisnabi.net/akhlak-baik-bawa-kebaikan-dunia-akhirat/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 572-573: Menurut riwayat Abu Bakar an-Najjad daripada Hamid bin Anas RA: Bahawa Ummu Habibah pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, ada wanita yang semasa di dunia ini pernah bersuamikan dua orang lelaki. Dengan suami yang manakah dia akan dijodohkan?” Baginda menjawab (mafhumnya): “(Dia dijodohkan) dengan salah seorang daripada kedua-duanya […] - [Segera melakukan amalan kebaikan sebelum tiba tujuh perkara](https://hadisnabi.net/segera-melakukan-amalan-kebaikan-sebelum-tiba-tujuh-perkara/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 109: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bersegeralah kamu sekalian melakukan amalan kebaikan sebelum datang tujuh macam perkara. Apakah kamu masih saja menunggu-nunggu sehingga kamu mengalami kefakiran yang melalaikan, atau kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau terkena penyakit yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan […] - [Rasulullah serah bendera kepada Ali](https://hadisnabi.net/rasulullah-serah-bendera-kepada-ali/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 110: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari perang Khaibar (mafhumnya): “Sungguh bendera ini akan aku berikan kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah akan membebaskan melalui dua tangannya.” Umar RA berkata: Saya tidak menginginkan kepemimpinan melainkan pada hari itu, kemudian saya bersikap […] - [Sihat dan waktu lapang dua nikmat selalu dilalaikan oleh manusia](https://hadisnabi.net/sihat-dan-waktu-lapang-dua-nikmat-selalu-dilalaikan-oleh-manusia/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 112: Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Dua nikmat yang sering dilalaikan pada kedua-duanya oleh ramai daripada manusia; (iaitu) kesihatan dan kelapangan (waktu). (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) - [Rasulullah melakukan qiyamullail sampai telapak kaki pecah-pecah](https://hadisnabi.net/rasulullah-melakukan-qiyamullail-sampai-telapak-kaki-pecah-pecah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 113: Daripada Aisyah (Radhiallahu Anha) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melakukan qiyamullail di sebahagian waktu malam sampai kedua-dua telapak kakinya pecah-pecah. Lantas saya bertanya kepadanya: Mengapa anda berbuat demikian, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampunkan dosa-dosa anda yang telah lalu dan yang kemudian? Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apakah saya tidak […] - [Orang mukmin kuat lebih baik berbanding yang lemah, namun kedua-duanya ada sisi kebaikan - jangan berasa lemah](https://hadisnabi.net/orang-mukmin-kuat-lebih-baik-berbanding-yang-lemah-namun-kedua-duanya-ada-sisi-kebaikan-jangan-berasa-lemah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 114: Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Tetapi masing-masing daripada kedua-duanya mempunyai sisi kebaikan. Berlumbalah untuk meraih apa saja yang dapat memberikan manfaat padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan […] - [Neraka diliputi dengan pelbagai syahwat, syurga dengan hal tidak disenangi](https://hadisnabi.net/neraka-diliputi-dengan-pelbagai-syahwat-syurga-dengan-hal-tidak-disenangi/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 114: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Neraka dilitupi (diliputi, dikelilingi) dengan pelbagai syahwat, sedangkan syurga dilitupi dengan pelbagai hal tidak disenangi. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) - [Syurga, neraka dekat pada seseorang](https://hadisnabi.net/syurga-neraka-dekat-pada-seseorang/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 116: Daripada Ibnu Mas’ud RA berkata: Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Syurga lebih dekat pada seorang antara kamu sekalian daripada ikat sandalnya dan neraka demikian juga. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Dalam hadis ini ada anjuran terhadap amalan kebaikan meskipun sedikit dan peringatan daripada melakukan kejahatan meskipun sedikit. Ketaatan dapat […] - [Kelebihan bersujud kepada Allah](https://hadisnabi.net/kelebihan-bersujud-kepada-allah/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 117: Daripada Abu Abdullah dan dikatakan (juga) dengan nama Abu Abdur Rahman, Tsauban, maula Rasulullah SAW berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud, kerana sesungguhnya kamu tidak sekali-kali bersujud kepada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah mengangkat kamu dengannya satu darjat dan dengannya pula Allah […] - [Sebaik-baik manusia panjang usia dan baik amalannya](https://hadisnabi.net/sebaik-baik-manusia-panjang-usia-dan-baik-amalannya/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 118: Daripada Abu Sofwan Abdullah bin Busr al-Aslami RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik perbuatannya. (Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini [status] hasan) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan panjang usia apabila digunakan untuk melakukan amalan kebaikan. Dalam riwayat […] - [Segolongan masuk syurga, wajah mereka bersinar bagai bulan malam purnama](https://hadisnabi.net/segolongan-masuk-syurga-wajah-mereka-bersinar-bagai-bulan-malam-purnama/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 565: Dalam sahih al-Bukhari dan sahih Muslim ada diriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Daripada umatku ada satu golongan yang masuk syurga, mereka ada 70,000 orang, wajah mereka bersinar bagaikan bulan pada malam purnama. Lalu, berdiri Ukasyah bin Muhsin (al-Asadi, sambil menyerahkan secarik kain […] - [Ada yang masuk syurga tanpa hisab, tanpa azab, siapakah mereka?](https://hadisnabi.net/ada-yang-masuk-syurga-tanpa-hisab-tanpa-azab-siapakah-mereka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 565-566: Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi SAW. Baginda bersabda (mafhumnya): Telah diperlihatkan kepadaku berbagai-bagai umat. Aku melihat seorang nabi diikuti beberapa orang, seorang nabi lain diikut seorang dan dua orang, dan seorang nabi lain tidak diikut seorang pun. Kemudian, nampaklah […] - [Apabila seseorang meninggal dunia diperlihatkan tempat duduknya](https://hadisnabi.net/apabila-seseorang-meninggal-dunia-diperlihatkan-tempat-duduknya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 568: Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, ada diriwayatkan: Daripada Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya apabila seorang daripada kamu sekalian telah meninggal dunia, maka diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pada waktu pagi dan petang. Jika dia tergolong penghuni syurga, maka tempat duduknya itu tempat duduk penghuni syurga. […] - [Sungguh beruntung orang beriman, kata syurga](https://hadisnabi.net/sungguh-beruntung-orang-beriman-kata-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 568-569: Disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan secara marfu’ daripada Abu Hurairah: Setelah Allah menciptakan syurga, maka berfirman kepada Jibril: “Pergilah kamu memeriksa syurga…” Disebutkan pada hadis lain: Setelah Allah menciptakan syurga, maka berfirman kepadanya: “Berkatalah.” Syurga pun berkata: “Sungguh, beruntunglah orang-orang yang beriman.” - [Kautsar diberikan kepada Nabi SAW](https://hadisnabi.net/kautsar-diberikan-kepada-nabi-saw/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 569-570: Dalam Sahih Muslim ada riwayat: Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ketika aku berjalan di dalam syurga, maka terlihatlah olehku sebatang sungai yang kedua-dua tepinya berupa kubah-kubah mutiara berongga. Aku bertanya, “apa ini?” Maka, jawab Jibril, “inilah Kautsar yang Tuhan berikan kepadamu”. Dalam […] - [Bunyi kasut Bilal terdengar oleh Rasulullah di dalam syurga](https://hadisnabi.net/bunyi-kasut-bilal-terdengar-oleh-rasulullah-di-dalam-syurga/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 570: Rasulullah pernah berkata kepada Bilal: Aku masuk syurga, maka terdengar olehku suara gesekan kasutmu di hadapanku dalam syurga itu. Dari itu, beritahulah aku, amalan apakah yang paling kamu harapkan (manfaatnya), yang telah kamu lakukan dalam Islam? Bilal berkata: Tiada amalan yang telah aku lakukan dalam Islam, […] - [Andai dapat lihat apa yang Rasulullah SAW lihat, nescaya sedikit ketawa dan banyak menangis](https://hadisnabi.net/andai-dapat-lihat-apa-yang-rasulullah-saw-lihat-nescaya-sedikit-ketawa-dan-banyak-menangis/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 571: Dalam Sahih Muslim ada riwayat; daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Demi Allah yang menggenggam jiwaku, andai kamu dapat melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu hanya sedikit ketawa dan banyak menangis. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang anda lihat? Baginda […] - [Kebanyakan penghuni syurga orang fakir, kebanyakan penghuni neraka wanita](https://hadisnabi.net/kebanyakan-penghuni-syurga-orang-fakir-kebanyakan-penghuni-neraka-wanita/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 571: Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada diriwayatkan: Daripada Imran bin Husoin RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Aku pernah memeriksa syurga, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir. Pernah pula aku memeriksa neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. - [Cari syurga dan lari dari neraka, akhirat dikelilingi perkara tidak disukai manakala dunia dikelilingi kesenangan](https://hadisnabi.net/cari-syurga-dan-lari-dari-neraka-akhirat-dikelilingi-perkara-tidak-disukai-manakala-dunia-dikelilingi-kesenangan/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 549-550: Abu Bakar asy-Syafie meriwayatkan: Daripada Kulaib bin Harb. Dia menyatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Carilah syurga sekuat tenagamu, dan larilah dari neraka sekuat tenagamu. Sesungguhnya pencari syurga itu tidak sepatutnya tidur. Dan sesungguhnya orang yang lari dari neraka itu tidak sepatutnya tidur. Sesungguhnya akhirat sekarang ini dikelilingi […] - [Minta berkali-kali agar diselamatkan dari neraka, dimasukkan ke syurga](https://hadisnabi.net/minta-berkali-kali-agar-diselamatkan-dari-neraka-dimasukkan-ke-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 549: Abu Ya’la meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Tidak seorang pun yang minta diselamatkan dari neraka tiga kali, melainkan neraka berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu, polan (seseorang) benar-benar telah meminta diselamatkan dariku, maka selamatkanlah dia.” Tidak seorang pun yang meminta diberikan syurga tujuh kali, melainkan syurga […] - [Nyanyian merdu bidadari syurga](https://hadisnabi.net/nyanyian-merdu-bidadari-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 551: Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi: Daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Dalam syurga ada tempat pertemuan para bidadari. (Di sana) mereka menyanyi dengan suara-suara yang tidak pernah didengar sama sekali oleh makhluk apa pun. Mereka melantunkan (lirik-lirik lagu): Kami wanita alam […] - [Kuda syurga daripada permata yaqut merah, terbang ke mana saja](https://hadisnabi.net/kuda-syurga-daripada-permata-yaqut-merah-terbang-ke-mana-saja/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 551-552: At-Tirmidzi meriwayatkan: Daripada Sulaiman bin Abi Buraidah, daripada ayahnya, bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apakah di dalam syurga ada kuda?” Rasul menjawab: “Sesungguhnya, apabila kamu telah dimasukkan Allah ke dalam syurga, maka kamu di sana benar-benar takkan dinaikkan di atas kuda […] - [Hakikat iman, memalingkan diri daripada dunia](https://hadisnabi.net/hakikat-iman-memalingkan-diri-daripada-dunia/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 554-555: Disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dalam kitab al-iman dalam hadis riwayat Haritsah bin Suraqah, ketika Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Haritsah menjawab: “Pagi ini aku benar-benar beriman kepada Allah.” “Apa hakikat imanmu,” tanya Rasul. Maka dia jawab: “Aku telah memalingkan diriku daripada dunia. Yakni […] - [Doa keampunan oleh anak untuk ayah](https://hadisnabi.net/doa-keampunan-oleh-anak-untuk-ayah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 559: Diriwayatkan oleh Ahmad: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah benar-benar mengangkat darjat hamba yang soleh di syurga kelak, maka dia berkata: “Wahai Tuhanku! Dari mana ini semua aku perolehi?” Allah menjawab: “Kerana anakmu sentiasa memohon keampunan untukmu.” - [Orang fakir lebih dulu masuk syurga dan pada hari kiamat berbanding orang kaya](https://hadisnabi.net/orang-fakir-lebih-dulu-masuk-syurga-dan-pada-hari-kiamat-berbanding-orang-kaya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 563: Dalam Musnad Imam Ahmad, Jami’ at-Tirmidzi dan sunan Ibnu Majah, ada diriwayatkan secara marfu’: Daripada Abu Hurairah RA: Muslimin (orang Islam) yang fakir masuk syurga lebih dahulu daripada mereka yang kaya dengan selisih setengah hari, iaitu lima ratus tahun. Sanad hadis ini sesuai syarat Muslim dan […] - [Orang lemah tertindas penghuni syurga, orang kasar angkuh penghuni neraka](https://hadisnabi.net/orang-lemah-tertindas-penghuni-syurga-orang-kasar-angkuh-penghuni-neraka/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 564: Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada diriwayatkan: Daripada Haritsah bin Wahab. Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian siapa penghuni syurga? Iaitu setiap orang lemah yang tertindas. Namun jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya dia tunaikan sumpahnya. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian […] - [Sahabat Nabi SAW adalah sebaik-baik generasi harus dijadikan ikutan](https://hadisnabi.net/sahabat-nabi-saw-adalah-sebaik-baik-generasi-harus-dijadikan-ikutan/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 564-565: Dinyatakan dalam sahih al-Bukhari dan Muslim: “Sebaik-baik masa adalah masa (hidup) ku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya lagi. Sesudah itu datang suatu kaum di bawah matahari – atau langit – yang bernazar tetapi tidak ditunaikannya, bersyahadah tetapi enggan mati syahid, berkhianat dan tidak boleh dipercayai.” […] - [Tiada lagi murka, reda abadi Allah terhadap penghuni syurga](https://hadisnabi.net/tiada-lagi-murka-reda-abadi-allah-terhadap-penghuni-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 532: Malik bin Anas meriwayatkan: Daripada Abu Said RA, “Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Allah berfirman kepada penghuni syurga: Wahai sekalian penghuni syurga! “Labbaika Rabbana, wa sa’daika” (Kami penuhi panggilan-Mu wahai Tuhan kami dengan memohon kebahagiaan daripada-Mu), jawab mereka. Allah bertanya: Apakah kamu sekalian telah reda? Mereka menjawab: […] - [Penghuni syurga: Hidup tanpa mati, sihat tanpa sakit, muda tanpa tua, nikmat tanpa derita dan tiada tidur](https://hadisnabi.net/penghuni-syurga-hidup-tanpa-mati-sihat-tanpa-sakit-muda-tanpa-tua-nikmat-tanpa-derita-dan-tiada-tidur/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 530: Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Said, daripada Nabi SAW bercerita: Maka, terdengarlah suatu seruan: Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap hidup, tanpa mengalami mati selama-lamanya. Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap sihat, tanpa mengalami sakit selama-lamanya. Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap muda, tanpa mengalami tua selama-lamanya. […] - [Apakah "Husna" dan "ziyadah"?](https://hadisnabi.net/apakah-husna-dan-ziyadah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 537: Menurut riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim: Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah pada hari kiamat mengutus seorang petugas untuk menyeru; wahai sekalian penghuni syurga! Dengan suara yang dapat didengar oleh orang-orang paling hadapan mahupun paling belakang; sesungguhnya Allah […] - [Disingkap hijab, pandang kepada Allah](https://hadisnabi.net/disingkap-hijab-pandang-kepada-allah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 537: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW pernah membacakan ayat berikut (maksudnya): “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” (Yunus, 26) Lalu Rasulullah SAW bercerita: Apabila semua penghuni syurga telah masuk syurga, dan semua penghuni neraka telah masuk neraka, […] - [Penghuni syurga dan Allah saling berpandangan](https://hadisnabi.net/penghuni-syurga-dan-allah-saling-berpandangan/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 533: Abu Abdillah Muhamad bin Yazid bin Majah pada kitab as-sunnah dalam sunannya, meriwayatkan: Daripada Jabir bin Abdillah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ketika para penghuni syurga berada dalam kenikmatan mereka, tiba-tiba muncullah cahaya menyinari mereka. Mereka pun mendongakkan kepala mereka dan ternyata atas kurnia-Nya, […] - [Harum syurga tercium dari jauh](https://hadisnabi.net/harum-syurga-tercium-dari-jauh/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 543-544: Abu Daud ath-Thayalisi meriwayatkan: Daripada Abdullah bin Amr bin As RA bahawa Nabi bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengaku bernasab kepada selain ayahnya sendiri, maka dia tidak akan mencium bau syurga, padahal sesungguhnya bau syurga benar-benar boleh tercium dari jarak perjalanan lima puluh tahun. Hadis ini diriwayatkan pula […] - [Suasana indah di syurga](https://hadisnabi.net/suasana-indah-di-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 544-546: Abu Bakar al-Bazzar meriwayatkan: Bahawa perawi hadis ini mendengar Usamah bin Zaid RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Tidakkah (kamu sekalian) segera bersiap sedia menuju syurga? Sesungguhnya syurga tidak ada bandingnya. Demi Zat Pemelihara Kaabah, syurga itu bercahaya gemerlap, berbau harum semerbak, (berisi) gedung yang kukuh, […] - [Keutamaan Jumaat, detik mustajab doa, kiamat dan suasana syurga](https://hadisnabi.net/keutamaan-jumaat-detik-mustajab-doa-kiamat-dan-suasana-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibnu Katsir, halaman 538-539: Diriwayatkan oleh Al-Bazzar: Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jibril pernah datang kepadaku dengan membawa cermin putih di tangannya. Pada cermin itu ada setitik noda hitam. Maka, aku bertanya, apa ini, hai Jibril? Dia menjawab: Ini Jumaat. Tuhanmu hendak memperlihatkannya kepadamu. Selanjutnya, ia menjadi hari […] - [Bertemu di pasar syurga, melihat Tuhan dan berdialog dengan-Nya](https://hadisnabi.net/bertemu-di-pasar-syurga-melihat-tuhan-dan-berdialog-dengan-nya/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, oleh Ibn Katsir, halaman 540-542: Al-Hafiz Abu Bakar bin Abi Asim meriwayatkan: Daripada Said bin Al-Musayyab bahawa dia pernah bertemu Abu Hurairah. Abu Hurairah berkata: Mohonlah kamu kepada Allah agar aku dan kamu boleh bertemu di pasar di syurga. “Di syurga ada pasar?,” tanya Ibn Al-Musayyab. Ya, jawab Abu Hurairah, Rasulullah […] - [Rumah syurga - perumpamaan malaikat mengenai orang ikut ajaran Muhammad seperti turut serta memenuhi jamuan di sebuah rumah](https://hadisnabi.net/rumah-syurga-perumpamaan-malaikat-mengenai-orang-ikut-ajaran-muhammad-seperti-turut-serta-memenuhi-jamuan-di-sebuah-rumah/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, halaman 548-549: Al-Bukhari dan yang lainnya meriwayatkan: Daripada Jabir, bahawa ada beberapa malaikat datang kepada Rasulullah SAW ketika sedang tidur. Sesetengah daripada mereka berkata: Dia sedang tidur. Yang lain berkata: Matanya memang tidur, tetapi hatinya tidak. Mereka berkata: Sesungguhnya temanmu ini mempunyai perumpamaan, maka buatlah perumpamaan untuknya. Berkata yang […] - [Penghuni syurga diberi kekuatan seratus orang dalam makan, minum, syahwat dan seksual](https://hadisnabi.net/penghuni-syurga-diberi-kekuatan-seratus-orang-dalam-makan-minum-syahwat-dan-seksual/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 507: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Zaid bin Arqam, dia bercerita: Ada seorang Yahudi datang kepada Nabi SAW, lalu berkata: Wahai Abul Qasim, bukankah anda beranggapan penghuni syurga makan dan minum? Sebelumnya Yahudi itu berkata kepada teman-temannya: Kalau Muhammad mengiyakan pertanyaanku, maka aku akan berdebat dengannya. Zaid berkata (melanjutkan ceritanya): Rasulullah […] - [Keindahan syurga](https://hadisnabi.net/keindahan-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 517: Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat riwayat, daripada Rasulullah SAW (ertinya): Perhiasan (yang dipakai) orang Mukmin sampai batas yang dicapai air wuduknya. Kata Hasan al-Basri: Perhiasan kaum lelaki di syurga lebih indah daripada perhiasan kaum wanita. Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (ertinya): Sesiapa masuk syurga, maka […] - [Makanan dan minuman penghuni syurga](https://hadisnabi.net/makanan-dan-minuman-penghuni-syurga/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 508: Ahmad meriwayatkan dan dikeluarkan oleh al-Bukhari: Daripada Anas bin Abdis Salam bin Salam, dia berkata, ketika baru datang di Madinah, Rasulullah ditanya mengenai pelbagai jenis perkara, antara lain: Makanan apakah yang pertama dimakan oleh penghuni syurga? Baginda menjawab, sari hati ikan. Dalam sahih Muslim terdapat riwayat daripada Tsauban, dikisahkan […] - [Tingginya tilam setinggi di antara langit dan bumi](https://hadisnabi.net/tingginya-tilam-setinggi-di-antara-langit-dan-bumi/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 517: Menurut riwayat Imam Ahmad dan Tirmidzi: Daripada Abu Said RA, bahawa Rasulullah SAW pernah membacakan firman Allah: وفرش مرفوعة (ayat 34, daripada surah al-Waqi’ah — bermaksud: Dan tilam-tilam yang tebal), kemudian baginda bersabda (mafhumnya): Demi Allah yang menggenggam jiwaku, sesungguhnya tingginya tilam-tilam itu benar-benar setinggi jarak di antara langit […] - [Bertani di syurga, cepat tumbuh lagi subur](https://hadisnabi.net/bertani-di-syurga-cepat-tumbuh-lagi-subur/): Menurut Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 507 & 508: Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW bercerita, saat itu di sisi baginda ada seorang Badwi. Baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya ada seorang penghuni syurga meminta izin kepada Tuhannya untuk bercucuk tanam. Tuhan bertanya kepadanya, bukankah sudah tersedia apa saja yang kamu suka! […] - [Wanita syurga dengan dengan mata bercahaya, berkulit jernih, lembut, baik akhlak dan cantik jelita](https://hadisnabi.net/wanita-syurga-dengan-dengan-mata-bercahaya-berkulit-jernih-lembut-baik-akhlak-dan-cantik-jelita/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 522-524: Ath-Thabarani meriwayatkan: Daripada Ummu Salamah (Radhiallahu Anha); dia berkata: Saya pernah bertanya: Wahai Rasulullah, beritahu saya mengenai mereka yang diceritakan Allah dalam firman-Nya: وحور عين (ayat 22, daripada surah al-Waqi’ah — bermaksud: Dan [dalam syurga] ada bidadari-bidadari yang matanya bercahaya). Baginda bersabda (mafhumnya): (Mereka adalah) bidadari-bidadari yang matanya bercahaya. […] - [Apabila masuk syurga, nenek berubah jadi gadis kembali](https://hadisnabi.net/apabila-masuk-syurga-nenek-berubah-jadi-gadis-kembali/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 524: Abu Bakar bin Syaibah meriwayatkan: Daripada Aisyah (Radhiallahu Anha), Rasulullah pernah didatangi seorang nenek daripada kalangan Ansar, maka nenek itu berkata: Wahai Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga. Baginda menjawab: Sesungguhnya syurga tidak dimasuki nenek-nenek. Rasulullah pergi solat, kemudian kembali kepada Aisyah. Aisyah mengadu: […] - [Andai wanita syurga mengintip ke bumi, harum dan terang memenuhi ruang di antara langit dan bumi](https://hadisnabi.net/andai-wanita-syurga-mengintip-ke-bumi-nescaya-harumnya-memenuhi-ruang-di-antara-bumi-dan-langit/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 526: Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya berangkat di waktu pagi atau petang di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia seisinya. Sesungguhnya sebatang busur panah milik seorang daripada kamu sekalian atau tempat cambuknya di syurga, adalah lebih baik dari dunia seisinya. Dan andai ada […] - [Persetubuhan di dalam syurga](https://hadisnabi.net/persetubuhan-di-dalam-syurga/): Menurut Huru-hara Hari Kiamat, halaman 527: Menurut riwayat Abu Daud ath-Thayalisi: Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang Mukmin di dalam syurga diberi kekuatan sekian dan sekian lelaki. Saya (Anas) berkata: Wahai Rasulullah, kuatkah dia melakukan itu? Rasul menjawab: Dia diberi kekuatan seratus (orang lelaki). Ath-Thabarani meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA: Pernah ditanya; […] - [Tiga perkara buat seseorang dapat merasai manisnya iman](https://hadisnabi.net/tiga-perkara-buat-seseorang-dapat-merasai-manisnya-iman/): Daripada Anas RA meriwayatkan, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Ada tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, maka orang itu dapat merasai manisnya iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang lain dan dia tidak mencintainya melainkan kerana Allah, dan benci untuk kembali pada “kufr” selepas diselamatkan oleh Allah daripadanya, sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam neraka. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) HURAIAN Manisnya iman ialah berasa manis/seronok dalam melaksanakan ketaatan, mahu/rela menanggung rasa berat dalam melaksanakan (tuntutan) agama dan lebih mementingkan (perkara) agama daripada (perkara berkaitan) harta duniawi. Sumber/ruj: Buku Riyadus […] - [Doa selepas solat diajarkan Nabi kepada Muaz](https://hadisnabi.net/doa-selepas-solat-diajarkan-nabi-kepada-muaz/): Daripada Muaz RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya, dan bersabda (mafhumnya): Wahai Muaz! Sesungguhnya saya menyayangimu. Kemudian, saya berpesan kepadamu wahai Muaz, janganlah kamu meninggalkan doa ini setiap selesai solat, kamu katakan (baca): “Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik” (“Wahai Allah berilah saya pertolongan untuk tetap berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan beribadat kepada-Mu dengan sebaik-baiknya”). (Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasai, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Jami’) Doa itu dalam tulisan Arab:اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك Sumbe/ruj: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 293. - [Empat perkara terpelihara darah, harta](https://hadisnabi.net/empat-perkara-terpelihara-darah-harta/): Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Saya diperintah untuk memerangi manusia, sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan bahawa Muhammad Rasulullah (utusan Allah), mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Maka, apabila mereka melakukan demikian, mereka terpelihara darah dan harta benda mereka daripadaku, kecuali dengan hak Islam. Dan perhitungan (amalan) mereka (terserah) atas Allah Taala. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber/ruj: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 298. - [Terpelihara darah, harta apabila mengucapkan "La ilaha illallah"](https://hadisnabi.net/terpelihara-darah-harta-apabila-mengucapkan-la-ilaha-illallah/): Daripada Abi Abdillah Thariq bin Asyaim RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengucapkan “La ilaha illallah” (tiada tuhan melainkan Allah), dan mengingkari apa yang disembah selain daripada Allah, haram hartanya dan darahnya, sedang perhitungannya atas Allah Taala. (Diriwayatkan oleh Muslim) HURAIAN Haram darahnya, maksudnya haram daripada diperangi, begitu juga hartanya haram daripada diambil/dirampas, apabila mengucapkan “La ilaha illallah”. Sumber/rujukuan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 299. - [Anjuran mengasihi kanak-kanak, memuliakan orang tua](https://hadisnabi.net/anjuran-mengasihi-kanak-kanak-memuliakan-orang-tua/): Daripada Amru bin Syu’aib meriwayatkan daripada bapanya, daripada datuknya, berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bukan daripada kita (bagi) sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak antara kita, dan tidak mengerti kemuliaan orang tua antara kita. (Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi – dan kata Tirmidzi hadis hasan sahih) Dalam riwayat Abu Dawud disebutkan: Hak orang yang tua daripada kita. HURAIAN Hadis ini mengingatkan kita agar mengasihi kanak-kanak dan memuliakan orang-orang tua. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 276/277. - [Jaga adab apabila di sisi orang lebih tua](https://hadisnabi.net/jaga-adab-apabila-di-sisi-orang-lebih-tua/): Daripada Abu Said Samurah Samurah bin Jundub (RA) berkata: Bahawa saya dahulu pada masa Rasulullah SAW masih kanak-kanak, maka saya menghafaz daripadanya. Maka, tidaklah baginda melarang saya daripada berbicara, melainkan jika di situ ada orang yang lebih tua usianya daripada usia saya. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Hadis ini mengandungi pelajaran agar menjaga adab atau menghormati orang yang lebih tua daripada kita. Kanak-kanak misalnya menjaga sikap terutama tutur kata apabila ada orang lebih tua. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 278. - [Abu Bakar, Umar dan Ummu Aiman menangis](https://hadisnabi.net/abu-bakar-umar-dan-ummu-aiman-menangis/): Daripada Anas (RA) berkata: Abu Bakar berkata kepada Umar selepas kewafatan Rasulullah SAW, marilah kita berangkat bersama ke tempat Ummu Aiman (RAnha), berziarah kepadanya, sebagaimana Rasulullah SAW pernah menziarahinya. Manakala kedua-duanya sampai di tempatnya, Ummu Aiman menangis, lalu kedua-duanya bertanya: Apakah yang membuatmu menangis? Tidakkah kamu mengetahui bahawa apa yang ada di sisi Allah lebih baik untuk Rasulullah SAW? Maka, Ummu Aiman menjawab: Sesungguhnya saya bukanlah menangis, bukanlah kerana saya tidak mengerti bahawa apa yang ada di sisi Allah Taala lebih baik untuk Rasulullah SAW, tetapi saya menangis kerana bahawa wahyu telah terputus dari langit. Pernyataan Ummu Aiman ini menggerakkan hati […] - [Syurga bagi orang mengunjungi orang sakit, saudara kerana Allah](https://hadisnabi.net/syurga-bagi-orang-mengunjungi-orang-sakit-saudara-kerana-allah/): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya fillah (pada jalan Allah, atau kerana Allah), maka berseru penyeru: Kamu telah melakukan kebaikan dan baik pula perjalananmu, serta kamu dapat menduduki tempat di syurga. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis ini hasan. Dan dalam sebahagian kitab disebutkan hadis ini gharib) HURAIAN Hadis ini mengandungi ganjaran Allah terhadap orang yang mengunjungi orang sakit atau saudaranya kerana Allah. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 281. - [Mencintai saudara kerana Allah, dicintai Allah](https://hadisnabi.net/mencintai-saudara-kerana-allah-dicintai-allah/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan, daripada Nabi SAW bahawa ada seorang lelaki mengunjungi saudaranya di satu kampung lain, kemudian Allah Taala memerintahkan malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan. Ketika orang terbabit melalui jalan itu, malaikat berkata kepadanya: Kamu hendak ke mana? Dia menjawab: Saya hendak ke tempat saudara saya di kampung ini. Malaikat bertanya lagi: Apakah ada suatu kenikmatan yang hendak kamu peroleh daripada saudaramu itu? Dia menjawab: Tidak, hanya saya mencintainya (atau mengasihinya) kerana Allah Taala. Lalu, malaikat berkata: Sesungguhnya saya adalah utusan Allah untuk menemuimu, bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu itu kerana Allah. (Diriwayatkan oleh Muslim) […] - [Anjuran agar berteman dengan orang yang baik](https://hadisnabi.net/anjuran-agar-berteman-dengan-orang-yang-baik/): Daripada Abu Musa Al-Asy’ari RA bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Bahawa perumpamaan teman yang baik dan teman yang jahat adalah bagaikan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi adakalanya memberikan minyaknya kepadamu atau kamu dapat membelinya ataupun setidak-tidaknya kamu mendapati baunya yang harum. Sedangkan tukang besi, maka adakalanya akan membakar pakaianmu atau setidak-tidaknya kamu akan mendapati bau yang tidak enak daripadanya. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim & Ahmad) HURAIAN Hadis ini mengandungi anjuran agar berteman/bergaul dengan orang baik, dan mengingatkan pergaulan dengan orang yang tidak baik. Baik itu ialah baik akhlak dan peribadinya. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin […] - [Wanita dinikahi kerana empat perkara](https://hadisnabi.net/wanita-dinikahi-kerana-empat-perkara/): Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Seorang wanita dinikahi kerana empat (perkara): Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka, usahakanlah untuk mendapat yang mempunyai agamanya, tentu kedua-dua tanganmu berasa puas. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) HURAIAN Manusia biasanya mengahwini perempuan kerana empat perkara berkenaan. Namun diingatkan agar memilih faktor agama. Sebab keelokan agama malah kefahaman jitu mengenainya, membuatkan rumah tangga aman sentosa. Kecantikan sebagai contoh tidak berkekalan malahan boleh menimbulkan fitnah, manakala harta selalunya membawa kepada hiruk-pikuk kehidupan, berlaku perebutan dan sebagainya yang boleh kita sifatkan malapetaka (jika tidak ditangani dengan baik). […] - [Kamu bersama orang dicintai](https://hadisnabi.net/kamu-bersama-orang-dicintai/): Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Seseorang bersama siapa dicintai. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) Dalam satu riwayat lagi: Abu Musa berkata: Dikatakan kepada Nabi SAW: Seorang lelaki menyukai suatu kaum, tetapi dia tidak pernah menemui mereka? Baginda bersabda: Seseorang bersama siapa dicintai. HURAIAN Hadis ini antara lain mengandungi pengertian seseorang bersama orang dicintai, walaupun tidak pernah menemuinya dan mengingatkan kita agar jangan salah suka atau mencintai, sebaliknya sukalah kepada orang baik-baik. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 283. - [Manusia sesuai dengan agama temannya](https://hadisnabi.net/manusia-sesuai-dengan-agama-temannya/): Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Seorang lelaki sesuai dengan agama temannya. Maka, lihatlah kamu siapa temannya. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dengan sanad sahih; dan kata Tirmidzi, hadis hasan) HURAIAN Hadis ini mengandungi peringatan agar seseorang memilih teman atau sahabat yang baik-baik. Jangan sampai tersalah pilih untuk dijadikan sahabat. Sebutan agama itu harus difahami dalam konteks yang luas, termasuk akhlak, peribadi dan pembawaan diri. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 283. - [Dosa besar yang paling besar, apakah itu?](https://hadisnabi.net/dosa-besar-yang-paling-besar-apakah-itu/): Daripada Abu Bakrah Nufai’ bin al-Harits RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ingatlah, saya memberitahu kamu mengenai dosa besar yang paling besar. Baginda bersabda ini sampai tiga kali. Kami menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Semula baginda bersandar, lalu baginda duduk, kemudian bersabda lagi: Ingatlah, termasuk juga ucapan bohong dan persaksian palsu. Baginda terus-menerus mengulang-ulanginya, sehingga kami mengucapkan: Alangkah baiknya jika baginda berhenti mengucapkannya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Antara yang boleh difahami mengenai dosa; ada dosa besar yang lebih besar seperti disebutkan: Dosa besar adalah dosa yang pelakunya […] - [Empat dosa besar](https://hadisnabi.net/empat-dosa-besar/): Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Dosa besar; syirik kepada Allah, derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, membunuh jiwa (seseorang) dan bersumpah palsu. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) HURAIAN “Al-yamin al-ghamus” dalam teks hadis itu diterjemahkan sebagai sesuatu yang disumpahkan oleh seseorang secara dusta dan disengajakan. Dinamakan “ghamus” kerana sumpah itu mencelupkan orang yang bersumpah itu ke dalam dosa. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 265. - [Termasuk dosa besar ialah memaki ibu bapa](https://hadisnabi.net/termasuk-dosa-besar-ialah-memaki-ibu-bapa/): Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Termasuk antara dosa-dosa besar ialah jika seseorang itu memaki-maki kedua-dua orang tuanya sendiri. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah ada seseorang memaki-maki kedua-dua ibu bapanya sendiri? Baginda bersabda: Ya, apabila seseorang memaki-maki bapa seseorang, lalu orang yang bapanya dimaki-maki itu memaki-maki bapa orang terbabit, atau seseorang itu memaki-maki ibu orang lain, lantas orang yang ibunya dimaki-maki itu memaki-maki ibu orang terbabit. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim & Ahmad) Dalam riwayat lain disebutkan: Sesungguhnya termasuk dosa besar yang terbesar ialah apabila seseorang melaknat kedua-dua ibu bapanya sendiri. […] - [Berbuat baik kepada sahabat ibu bapa](https://hadisnabi.net/berbuat-baik-kepada-sahabat-ibu-bapa/): Daripada Abdullah bin Umar RA meriwayatkan, bahawa ada seorang lelaki daripada golongan Arab pedalaman bertemu dengannya di suatu jalanan Makkah, lalu Abdullah bin Umar mengucapkan salam kepadanya dan membawanya naik ke atas keldai yang dikenderainya serta memberinya serban yang melilit di kepalanya. Ibnu Dinar berkata: Maka, kami berkata kepadanya, semoga Allah memberikan kebaikan kepadamu. Sungguh, dia adalah orang Arab pedalaman dan mereka itu reda dengan hal-hal yang remeh. Maka, Abdullah bin Umar berkata: Sesungguhnya bapa orang ini adalah kecintaan Umar bin al-Khattab RA, dan sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya sebaik-baik kebaikan ialah seorang lelaki menyambung hubungan kepada […] - [Tidak masuk syurga orang memutuskan hubungan kekeluargaan](https://hadisnabi.net/tidak-masuk-syurga-orang-memutuskan-hubungan-kekeluargaan/): Daripada Abu Muhammad Jubair bin Muth’im RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidak akan masuk syurga seorang yang memutuskan. Sufyan berkata dalam riwayatnya: Yakni memutuskan rahim (hubungan kekeluargaan). (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) HURAIAN Ancaman berat bagi orang memutuskan hubungan keluarga. Besarnya dosa orang yang memutuskan hubungan keluarga. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 266. - [Perkara diharamkan dan dibenci](https://hadisnabi.net/perkara-diharamkan-dan-dibenci/): Daripada Abu Isa al-Mughirah bin Syu’bah RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah Taala mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada para ibu, mencegah melaksanakan hal-hal yang diwajibkan atas dirinya, meminta yang bukan miliknya, atau menguburkan anak perempuan hidup-hidup. Allah membenci ucapan “qiila wa qaala” (mengucapkan hal yang belum jelas kebenarannya), banyak bertanya dan mensia-siakan harta. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 266. - [5 perbuatan baik kepada ibu bapa selepas mereka meninggal dunia](https://hadisnabi.net/5-perbuatan-baik-kepada-ibu-bapa-selepas-mereka-meninggal-dunia/): Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah as-Sa’idi RA berkata: Kami sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang kepadanya seorang lelaki daripada Bani Salamah. Maka, lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah, apakah masih ada suatu perbuatan yang dapat saya lakukan sebagai bentuk bakti saya kepada kedua-dua ibu bapa saya setelah kedua-duanya meninggal dunia? Maka, baginda berkata: Ya, masih ada, iaitu mendoakan keselamatan untuk kedua-duanya, memohonkan keampunan kepada kedua-duanya, melaksanakan janji kedua-duanya setelah wafatnya, silaturahim (menyambung rahim atau hubungan kekeluargaan) yang tidak dapat disambungkan melainkan dengan adanya kedua-duanya serta memuliakan kawan kedua-duanya, (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud – didaifkan oleh Al-Albani dalam kitab […] - [Memberi layanan baik kepada orang melayani Nabi](https://hadisnabi.net/memberi-layanan-baik-kepada-orang-melayani-nabi/): Daripada Anas bin Malik RA berkata: Saya pernah keluar bersama Jarir bin Abdullah Al-Bajaliy RA dalam suatu perjalanan. Maka, dia memberi khidmat (melayani) kepada saya. Maka, saya berkata kepadanya: Jangan lakukan (demikian). Maka, dia berkata: Sesungguhnya saya telah melihat (orang) Ansar melakukan sesuatu terhadap Rasulullah SAW. Saya bersumpah tidak akan berteman dengan seorang pun daripada mereka (orang Ansar) melainkan saya memberikan khidmat kepadanya (melayaninya). (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) HURAIAN Usia Jarir lebih tua daripada Anas. Jarir adalah seorang pemimpin golongan Bajilah. Dia memberi khidmat atau melayani Anas dalam rangka memuliakan Nabi SAW dan berbuat baik kepada orang […] - [Tiga orang harus dimuliakan](https://hadisnabi.net/tiga-orang-harus-dimuliakan/): Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya antara cara mengagungkan Allah Taala ialah dengan cara memuliakan seorang muslim yang sudah beruban serta orang yang hafal al-Quran yang tidak melampaui batas dalam membacanya dan tidak pula meninggalkan membaca. Demikian juga memuliakan seorang penguasa yang adil. (Diriwayatkan oleh Abu Dawud — hadis ini [status] hasan / disahihkan oleh syaikh Al-Albani dalam dalam kitab Sahih al-Jami’, 2199) HURAIAN Hadis ini menekankan agar memuliakan orang yang diredai Allah iaitu tiga orang di atas (orang beruban yakni orang tua, orang hafal Quran dan penguasa yakni orang yang mempunyai kuasa/yang memimpin atau mentadbir yang […] - [Berpegang teguh pada Kitabullah dan muliakan ahli bait Rasulullah](https://hadisnabi.net/berpegang-teguh-pada-kitabullah-dan-muliakan-ahli-bait-rasulullah/): Daripada Yazid bin Hayyan berkata, saya berangkat bersama Husain bin Sabrah dan Amru bin Muslim ke (tempat) Zaid bin Arqam. Maka, ketika kami duduk-duduk dekatnya, berkatalah Husain kepadanya: Wahai Zaid, kamu telah mendapat kebaikan yang banyak sekali. Kamu telah melihat Rasulullah SAW, kamu mendengar hadisnya, kamu berperang bersamanya dan kamu bersolat di belakangnya. Sesungguhnya kamu wahai Zaid mendapat kebaikan yang banyak sekali. Ceritakanlah kepada kami wahai Zaid apa yang telah kamu dengar daripada Rasulullah SAW. Dia (Zaid) berkata: Wahai anak saudaraku, demi Allah sesungguhnya usiaku telah tua dan masa kematianku hampir tiba, dan saya telah lupa sebahagian daripada apa yang saya […] - [Berkat sambung hubungan kekeluargaan, panjang umur dan luas rezeki](https://hadisnabi.net/berkat-sambung-hubungan-kekeluargaan-panjang-umur-dan-luas-rezeki/): Daripada Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa ingin diluaskan rezekinya dan diakhirkan ajalnya, maka hendaklah dia menyambung ikatan kekeluargaannya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud) HURAIAN Kata-kata “yunsa a lahu fi atsarihi” ( ينسأله في أثره ) dalam teks hadis ini maksudnya ialah diakhirkan ajalnya dan dipanjang usianya. Hadis ini menerangkan bahawa menyambung ikatan kekeluargaan dapat menambah rezeki dan umur dengan mendapat pertolongan dan keberkatan. Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya. - [Infak harta dicintai kerana Allah, utamakan kerabat](https://hadisnabi.net/infak-harta-dicintai-kerana-allah-utamakan-kerabat/): Daripada Anas RA berkata: “Abu Thalhah adalah seorang (daripada kalangan sahabat) Ansar di Madinah yang banyak hartanya, berupa kebun kurma. Antara hartanya yang paling dicintainya ialah kebun kurma Bairuha’. Kebun ini (letaknya) menghadap masjid. Rasulullah SAW memasuki kebun itu dan meminum daripada airnya yang segar.” Anas berkata: Maka, apabila turun ayat ini: لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون (maksudnya) “Kamu tidak sekali-kali memperoleh kebajikan, sehingga kamu menginfakkan daripada apa yang kamu cintai”, Abu Thalhah pergi ke tempat Rasulullah SAW, lalu dia berkata: Wahai Rasulullah sesungguhnya Allah Tabaaraka wa Taala telah berfirman (maksudnya): “Kamu tidak sekali-kali memperoleh kebajikan, sehingga kamu menginfakkan […] - [Keutamaan berbuat baik kepada ibu bapa](https://hadisnabi.net/keutamaan-berbuat-baik-kepada-ibu-bapa/): Daripada Abdullah bin Amru bin Al-As RA berkata: Seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW, lalu dia berkata: Saya berbaiah kepada anda untuk ikut berhijrah serta berjihad yang saya niatkan untuk mencari pahala daripada Allah Taala. Baginda berkata (mafhumnya): Apakah salah seorang daripada kedua-dua orang tuamu masih ada yang hidup? Dia menjawab: Ya, bahkan kedua-duanya masih hidup. Baginda bersabda (mafhumnya): Apakah maksudmu hendak mencari pahala daripada Allah Taala? Dia menjawab: Ya. Baginda bersabda (mafhumnya): Maka, kembalilah ke tempat kedua-dua orang tuamu, lalu berbuat baiklah dalam mendampingi kedua-duanya. (Muttafaq alaih, diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim – redaksi hadis milik Imam Muslim) Dalam riwayat Imam […] - [Siapakah orang yang menyambung hubungan keluarga?](https://hadisnabi.net/siapakah-orang-yang-menyambung-hubungan-keluarga/): Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Orang yang menyambung hubungan kekeluargaan bukanlah orang yang bersikap mengimbangi, tetapi orang yang menyambung hubungan kekeluargaan ialah orang yang apabila keluarganya memutuskan hubungan kekeluargaan dengannya, lalu dia menyambungnya kembali. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari – ada dalam Sahih al-Bukhari & Abu Dawud) HURAIAN Manusia ada tiga macam. Orang yang menyambung hubungan keluarga ialah orang yang memulai menyambung hubungan kekeluargaan.Orang yang mengimbangi ialah orang yang membalas sikap serupa terhadap keluarganya. Orang yang memutuskan hubungan keluarga ialah orang yang tidak memulai dan tidak mengimbangi hubungan keluarga. Justeru, yang sempurna ialah orang yang […] - [Keutamaan menyambung hubungan keluarga](https://hadisnabi.net/keutamaan-menyambung-hubungan-keluarga/): Daripada Aisyah RAnha, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Rahim (kekeluargaan) tergantung di Arasy sambil berkata “sesiapa yang menyambungku, maka Allah menyambungnya dan sesiapa memutuskanku, maka Allah memutuskannya”. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) Sumber/rujukan: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, 257. - [Apakah amalan untuk masuk syurga dan jauh dari neraka?](https://hadisnabi.net/apakah-amalan-untuk-masuk-syurga-dan-jauh-dari-neraka/): Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA, bahawa ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, beritahulah saya suatu amalan yang dapat memasukkan saya ke dalam syurga serta menjauhkan saya dari neraka. Maka, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Kamu beribadat kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan suatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung rahim (hubungan kekeluargaan). (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 334. - [Boleh sambung hubungan kekeluargaan dengan ahli keluarga musyrik](https://hadisnabi.net/boleh-sambung-hubungan-kekeluargaan-dengan-ahli-keluarga-musyrik/): Daripada Asma binti Abu Bakar as-Siddiq berkata: Ibuku datang ke tempatku, sedang dia adalah seorang musyrik pada masa Rasulullah SAW. Kemudian, saya meminta fatwa kepada Rasulullah. Saya berkata: Ibuku datang padaku dan dia ingin meminta sesuatu, apakah boleh saya menyambung kekeluargaan dengan ibuku? Baginda menjawab: Ya, sambunglah kekeluargaan dengan ibumu. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim & Abu Dawud) HURAIAN Ada yang mengatakan bahawa yang datang itu ibu kandungnya sendiri, tetapi ada pula yang mengatakan bahawa itu adalah ibu dari susuan. Pendapat yang sahih ialah pendapat yang pertama. Hadis ini menunjukkan boleh menyambung ikatan keluarga dengan kerabat yang musyrik. Hal […] - [Pesanan Nabi agar berbuat baik kepada penduduk](https://hadisnabi.net/pesanan-nabi-agar-berbuat-baik-kepada-penduduk/): Daripada Abu Dzar berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Kamu semua akan membebaskan suatu tanah yang disebut di dalamnya qiirath. Dalam suatu riwayat lain disebutkan: Kamu semua akan membebaskan Mesir iaitu tanah yang disebut di dalamnya nama qiirath, maka berwasiatlah kepada penduduk daerah itu dengan baik, sebab sesungguhnya mereka itu mempunyai tanggungan serta hubungan kekeluargaan. Dalam riwayat lain disebutkan: “Jika kamu telah membebaskannya, maka berbuat baiklah kepada penduduknya, kerana sesungguhnya mereka itu mempunyai tanggungan dan hubungan kekeluargaan.” Atau baginda bersabda: “Mereka mempunyai tanggungan dan saudara ipar.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) HURAIAN Ulama berkata “rahim” yang dimiliki oleh penduduk Mesir ialah kerana Hajar, […] - [Mentaati perintah bapa yang lebih mengetahui](https://hadisnabi.net/mentaati-perintah-bapa-yang-lebih-mengetahui/): Daripada Ibnu Umar RA, dia berkata: Saya mempunyai seorang isteri dan saya mencintainya, sedangkan Umar membencinya, lantas dia (Umar) berkata kepadaku: “Ceraikanlah isterimu itu.” Namun saya enggan melakukannya. Maka, Umar RA mendatangi Nabi SAW, kemudian dia menyebutkan hal itu kepadanya (Nabi). Maka Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Ceraikannya (perempuan itu). (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Imam at-Tirmidzi, dan at-Tirmidzi berkata hadis ini hasan sahih) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 262. HURAIAN Dalam hadis ini terdapat pesanan untuk melaksanakan perintah bapa yang lebih mengetahui walaupun dia memerintahkan anaknya untuk menceraikan isteri. - [Kelebihan berbuka puasa dengan kurma dan air, keutamaan bersedekah kepada orang yang ada hubungan kekeluargaan](https://hadisnabi.net/kelebihan-berbuka-puasa-dengan-kurma-dan-air-keutamaan-bersedekah-kepada-orang-yang-ada-hubungan-kekeluargaan/): Daripada Salman bin Amir RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Jika seseorang daripada kamu berbuka (puasa), maka hendaklah dia berbuka dengan kurma, kerana sesungguhnya ia ada berkat. Sekiranya dia tidak mendapati kurma, maka (berbuka dengan) air, kerana sesungguhnya ia suci. Dan baginda bersabda (mafhumnya): Sedekah ke atas orang miskin adalah suatu sedekah. Dan (bersedekah) ke atas orang mempunyai rahim (hubungan kekeluargaan) ada dua hal, (iaitu) sedekah dan hubungan (kekeluargaan). (Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis ini hasan; ada dalam Sahih Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai, Ibn Majah) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 262. - [Ancaman berat terhadap orang ganggu jiran](https://hadisnabi.net/ancaman-berat-terhadap-orang-ganggu-jiran/): Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Dikatakan (ditanya): Siapa, wahai Rasulullah? Baginda bersabda (mafhumnya): (Orang) yang jiran tetangganya tidak berasa aman daripada kejahatannya. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) Dalam riwayat Muslim disebutkan: Tidak akan masuk syurga orang yang jiran tetangganya tidak berasa aman daripada kejahatannya. PENJELASAN Perkataan “bawaa’iq” ( بوائق ) dalam teks hadis di atas diterjemahkan sebagai bermacam-macam tipu daya dan kejahatan. Hadis ini menunjukkan ancaman berat terhadap orang yang menakut-nakutkan (mengganggu, mengancam) jiran tetangga, menipu keluarganya atau harta-bendanya. Sumber: Buku Riyadus […] - [Jangan menyakiti jiran, muliakan tamu, berkata baik](https://hadisnabi.net/jangan-menyakiti-jiran-muliakan-tamu-berkata-baik/): Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan menyakiti jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka muliakanlah tamunya. Dan sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – Sahih al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 249. - [3 sikap mulia orang beriman, apakah itu?](https://hadisnabi.net/3-sikap-mulia-orang-beriman-apakah-itu/): Daripada Abu Syuraih al-Khuza’i RA bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Dan sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya. Dan sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata yang baik atau diam saja. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan diriwayatkan oleh al-Bukhari sebahagiannya). Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 249. - [Anjuran buat baik sesama jiran tetangga](https://hadisnabi.net/anjuran-buat-baik-sesama-jiran-tetangga/): Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 248. - [Mendahului jiran tetangga yang dekat](https://hadisnabi.net/mendahului-jiran-tetangga-yang-dekat/): Daripada Aisyah (RAnha) berkata: Saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mempunyai dua jiran tetangga, maka kepada yang manakah antara kedua-duanya yang saya beri hadiah? Rasulullah berkata: Kepada yang terdekat pintu antara kedua-duanya dari kamu. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan cara/kaedah mendahului jiran tetangga yang lebih dekat, berbanding yang jauh. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 249. - [Sebaik-baik sahabat dan jiran tetangga](https://hadisnabi.net/sebaik-baik-sahabat-dan-jiran-tetangga/): Daripada Abdullah bin Amru RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sebaik-baik sahabat di sisi Allah Taala ialah yang terbaik antara mereka kepada sahabatnya, dan sebaik-baik jiran tetangga di sisi Allah Taala ialah yang terbaik antara mereka terhadap jiran tetangganya. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis [status] hasan) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran berbuat baik sesama sahabat dan jiran tetangga. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 250. - [3 amalan lebih disukai Allah, apakah itu?](https://hadisnabi.net/3-amalan-lebih-disukai-allah-apakah-itu/): Daripada Abu Abdur Rahman Abdullah bin Mas’ud RA berkata: Saya pernah bertanya kepada Nabi SAW: Yang manakah amalan yang lebih disukai (atau lebih dicintai) di sisi Allah Taala? Baginda bersabda (mafhumnya): Solat pada waktunya. Saya berkata (bertanya): Kemudian, yang mana lagi? Baginda bersabda (mafhumnya): Berbuat baik terhadap ibu bapa. Saya berkata (bertanya): Kemudian, yang mana lagi? Baginda bersabda (mafhumnya): Jihad pada jalan Allah. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjadi bukti bahawa solat pada waktunya adalah suatu keutamaan dan berbakti kepada orang tua (ibu bapa) lebih utama daripada jihad. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman […] - [Anak tidak dapat balas jasa ibu bapa](https://hadisnabi.net/anak-tidak-dapat-balas-jasa-ibu-bapa/): Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa-apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 252. - [3 sikap orang beriman, apakah itu?](https://hadisnabi.net/3-sikap-orang-beriman-apakah-itu/): Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 252 - [Bagaimana sekiranya kerabat kamu memberikan layanan buruk, sedangkan kamu memberikan layanan baik kepada mereka?](https://hadisnabi.net/bagaimana-sekiranya-kerabat-kamu-memberikan-layanan-buruk-sedangkan-kamu-memberikan-layanan-baik-kepada-mereka/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki berkata (ertinya): “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyai kerabat. Saya menyambung ikatan kekeluargaan dengan mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka berlaku buruk pada saya. Saya bersikap sabar kepada mereka, tetapi mereka menganggap bodoh sikap saya itu. Lantas baginda bersabda (mafhumnya): Jika benar apa yang kamu katakan itu, maka seolah-olah mereka kamu beri makanan abu panas. Dan kamu sentiasa disertai penolong daripada Allah dalam menghadapi mereka, selama kamu memang dalam keadaan yang seperti itu. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 254. HURAIAN Kerabat biasanya […] - [Perempuan solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia](https://hadisnabi.net/perempuan-solehah-adalah-sebaik-baik-perhiasan-dunia/): Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah perempuan solehah. (Diriwayatkan oleh Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 236. - [Malaikat laknat isteri tidak penuhi ajakan suami](https://hadisnabi.net/malaikat-laknat-isteri-tidak-penuhi-ajakan-suami/): Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 236. - [Lelaki jangan benci perempuan](https://hadisnabi.net/lelaki-jangan-benci-perempuan/): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang mukmin (lelaki beriman) jangan membenci seorang mukminah (perempuan beriman) jika ada suatu pekerti perempuan itu yang dia tidak sukai, sedangkan (ada yang) dia sukai daripadanya (daripada budi pekerti) yang lain. Atau baginda bersabda: (Budi pekerti) yang lainnya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan (Arab) “yafrak” dalam teks hadis ini diterjemahkan sebagai “membenci”. Dikatakan, perempuan membenci suaminya dan suami membenci isterinya. Wallahu a’lam. Seorang lelaki beriman tidak harus membenci isterinya yang beriman hanya kerana mendapati suatu pekerti (perangai, sikap) yang tidak disukainya, sebab ada budi pekerti yang dia sukai seperti memelihara diri, […] - [Setiap kamu adalah pemimpin](https://hadisnabi.net/setiap-kamu-adalah-pemimpin/): Daripada Ibnu Umar RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap pimpinannya, dan pemerintah adalah pemimpin, dan lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya, dan wanita (isteri) pemimpin ke atas rumah suaminya dan anaknya, maka setiap kamu pemimpin, dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap pimpinannya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad) PENJELASAN Perkataan “ar-ra’i” dalam teks hadis itu diterjemahkan sebagai pemimpin — yang diberikan kepercayaan menetapkan kebaikan apa yang diamanahkan kepadanya untuk dijaga. Dia adalah orang yang dituntut untuk bersikap adil, melakukan kemaslahatan terhadap suatu yang dijaganya, dan diminta bertanggungjawab apakah dia […] - [Memenuhi keperluan suami](https://hadisnabi.net/memenuhi-keperluan-suami/): Daripada Abu Ali Thalq bin Ali RA, daripada Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang suami mengajak isterinya bagi (memenuhi) keperluannya, maka dia (isteri) perlu mendatanginya (menerimanya), meskipun pada saat itu isteri ada di dapur. (Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Nasai — Tirmidzi berkata, hadis ini [status] hasan) PENJELASAN Hadis ini sebagai dalil atas kewajipan mentaati suami dan lebih mendahulukan kepentingan suami daripada kesibukannya sendiri. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 238. - [Agungnya hak suami](https://hadisnabi.net/agungnya-hak-suami/): Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sekiranya saya memerintahkan seseorang supaya bersujud kepada seseorang nescaya saya memerintahkan perempuan (isteri) supaya bersujud kepada suaminya. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dan dia berkata hadis [status] hasan sahih) PENJELASAN Diriwayatkan oleh Abu Dawud, daripada Qais bin Sa’d berkata: Saya pernah datang ke daerah Hirah, ternyata saya melihat penduduknya bersujud kepada pasukan berkuda pemberani di antara mereka, lalu saya berkata: “Mestinya Rasulullah yang lebih berhak dijadikan objek sujud.” Selanjutnya saya datang menghadap Rasulullah SAW dan saya berkata: “Sungguh, saya pernah datang ke daerah Hirah, lalu saya lihat penduduknya bersujud kepada pasukan berkuda pemberani di […] - [Suami reda, isteri masuk syurga](https://hadisnabi.net/suami-reda-isteri-masuk-syurga/): Daripada Ummu Salamah (RAnha) berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa saja perempuan yang meninggal dunia, dan suami reda ke atasnya, dia (perempuan itu) masuk syurga. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis [status] hasan) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar seorang isteri berusaha melakukan suatu yang diredai oleh suami dan menjauhi hal membuatkan suami marah, agar kelak mendapat syurga. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 238/239. - [Amaran bidadari kepada isteri menyakiti suami](https://hadisnabi.net/amaran-bidadari-kepada-isteri-menyakiti-suami/): Daripada Muaz bin Jabal RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, melainkan isteri suami itu daripada bidadari yang membelalak matanya berkata jangan kamu menyakiti dia, kamu dibinasakan oleh Allah. Dia (suami) di dunia hanya sebagai tamu bagimu yang hampir sekali akan berpisah denganmu untuk menemui kami. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan dia berkata hadis [status] hasan) PENJELASAN Perkataan Arab “ad-dakhil” dalam teks hadis itu diterjemahkan sebagai tamu dan pengunjung. Suami diibaratkan dengan tamu kerana masa tinggal di dunia meskipun lama sebenarnya hanya sebentar dibandingkan dengan di akhirat yang tiada batas waktunya. Sumber: Buku Riyadus Solihin & […] - [Awas fitnah perempuan yang memudaratkan](https://hadisnabi.net/awas-fitnah-perempuan-yang-memudaratkan/): Daripada Usamah bin Zaid RA daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Saya tidak meninggalkan sepeninggalan saya suatu fitnah iaitu yang lebih memudaratkan ke atas lelaki (fitnah) daripada perempuan. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan bahawa fitnah perempuan lebih berat daripada fitnah syahwat yang lain, kerana seorang pasti memerlukan kepada perempuan. Kadangkala cinta kepada wanita menjadikannya melakukan hal yang tidak dibenarkan dan meninggalkan hal bermanfaat baginya, dalam urusan agama mahupun duniawi. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 239. - [Seburuk-buruk makanan ialah jamuan walimah tidak diundang orang miskin](https://hadisnabi.net/seburuk-buruk-makanan-ialah-jamuan-walimah-tidak-diundang-orang-miskin/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah tidak diundang orang yang ingin menghadirinya (orang miskin), tetapi diundang orang yang enggan menghadirinya (orang kaya). Namun sesiapa tidak menghadiri undangan walimah, maka dia bermaksiat (berdosa) kepada Allah dan Rasul-Nya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Walimah (lazimnya) adalah majlis jamuan untuk acara perkahwinan dan digunakan juga untuk semua undangan dibuat untuk momen kebahagiaan. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 228. - [Orang berusaha jaga kepentingan janda, orang miskin umpama orang berjihad di jalan Allah](https://hadisnabi.net/orang-berusaha-jaga-kepentingan-janda-orang-miskin-umpama-orang-berjihad-di-jalan-allah/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): “Orang-orang yang berusaha untuk kepentingan janda dan orang miskin bagaikan orang yang berjihad di jalan Allah.” Dan saya (perawi hadis) mengira bahawa baginda juga bersabda: Dan bagaikan seorang melakukan qiyamullail yang tidak pernah letih dan bagaikan orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN “Al-armalatu” (atau ringkasnya disebut armalah) dalam hadis itu diterjemahkan sebagai perempuan tidak mempunyai suami atau janda. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 228. - [Keutamaan memelihara anak yatim](https://hadisnabi.net/keutamaan-memelihara-anak-yatim/): Daripada Sahl bin Saad RA berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Saya dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara kedua-duanya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Ibnu Bathal berkata: Merupakan hak atas semua orang yang mendengar hadis ini untuk mengamalkannya, sehingga dia menjadi teman Nabi di syurga. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 226. - [Keutamaan orang memelihara anak yatim](https://hadisnabi.net/keutamaan-orang-memelihara-anak-yatim/): Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya sendiri atau milik orang lain, saya dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga.” Perawi hadis ini Malik bin Anas mengisyaratkan dengan menggunakan jari telunjuk serta jari tengahnya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Sabda Nabi SAW: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya atau milik orang lain” – maksudnya keluarganya sendiri atau orang lain. Yang masih keluarganya seperti anak yatim yang dipelihara oleh ibunya, neneknya, saudaranya atau kerabatnya yang lain. An-Nawawi berkata: Keutamaan ini diperoleh orang yang memelihara anak yatim dengan hartanya sendiri atau harta anak yatim dengan status […] - [Syurga dan neraka berbantah, dan penghuni di dalamnya](https://hadisnabi.net/syurga-dan-neraka-berbantah-dan-penghuni-di-dalamnya/): Daripada Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Syurga dan neraka saling berbantah. Neraka berkata: Di dalamku ada orang-orang yang memaksa kehendaknya serta orang-orang sombong. Syurga berkata: Di dalamku ada orang-orang yang lemah serta fakir miskin. Maka, Allah memutuskan antara kedua-duanya dengan firman-Nya: Engkau adalah syurga, tempat kerahmatan-Ku. Aku merahmati orang yang Aku kehendaki denganmu, sedangkan engkau neraka tempat azab-Ku. Aku menyeksa sesiapa saja yang Aku kehendaki denganmu. Atas kehendak-Ku pula kamu berdua dipenuhi. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan orang-orang lemah dan miskin melakukan ketaatan kepada Allah serta meninggalkan maksiat. Sumber: Buku Riyadus Solihin & […] - [Kepentingan hak jiran tetangga](https://hadisnabi.net/kepentingan-hak-jiran-tetangga/): Daripada Ibnu Umar dan Aisyah (Radhiallahu Anhuma) berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jibril sentiasa memberikan wasiat kepadaku mengenai jiran tetangga, sehingga saya menyangka dia akan memasukkannya sebagai ahli waris. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 247. HURAIAN Hadis ini menunjukkan betapa besarnya hak jiran tetangga untuk sama-sama dipelihara, mengambil peduli dan memberi perhatian keadaannya. - [Keutamaan mencukupkan nafkah anak perempuan](https://hadisnabi.net/keutamaan-mencukupkan-nafkah-anak-perempuan/): Daripada Anas RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mencukupkan nafkah dua anak perempuan sampai kedua-duanya menginjak usia baligh, maka kelak dia datang pada hari kiamat, saya dan dia seperti kedua-dua jari ini. Dan baginda mengumpulkan jari-jarinya. (Diriwayatkan oleh Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 228. - [Anak perempuan tabir daripada seksaan api neraka](https://hadisnabi.net/anak-perempuan-tabir-daripada-seksaan-api-neraka/): Daripada Aisyah RAnha berkata: Seorang perempuan datang ke tempat saya dan bersamanya dua anak perempuannya. Dia (perempuan itu) bertanya (meminta) tetapi tiada suatu apa pun pada saya melainkan sebiji kurma saja. Maka, saya memberikannya (sebiji kurma itu) kepadanya. Maka, dia membahagikannya (sebiji kurma itu) kepada kedua-dua anaknya itu, dan dia sendiri tidak makan daripadanya (kurma itu). Kemudian, dia berdiri, lalu keluar. Maka, Nabi SAW datang ke tempat kami. Maka, saya beritahu kepadanya (mengenai kejadian itu). Maka, baginda bersabda (mafhumnya): Sesiapa yang diberikan suatu cubaan daripada anak-anak perempuan seperti ini, maka dia berbuat baik kepada mereka, anak-anak perempuan itu akan menjadi tabir […] - [Sikap mulia bawa ke syurga](https://hadisnabi.net/sikap-mulia-bawa-ke-syurga/): Daripada Aisyah RAnha (Radhiallahu Anha) berkata: Saya didatangi seorang perempuan miskin yang membawa dua anak perempuannya. Maka, saya memberikannya tiga biji kurma. Perempuan itu memberikan setiap seorang daripada kedua-duanya (anak-anaknya) masing-masing sebiji kurma dan sebiji lagi diangkat ke mulutnya untuk dimakan. Namun dua anaknya itu meminta agar yang sebiji kurma itu dimakan juga oleh mereka. Maka, perempuan itu membelah dua kurma yang hendak dimakan dan diberikan kepada dua anaknya. Keadaan perempuan itu membuatkan saya hairan. Maka, saya memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh perempuan itu kepada Rasulullah SAW. Kemudian baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya, Allah telah menetapkan bagi perempuan itu akan masuk […] - [Dosa mensia-siakan anak yatim, perempuan](https://hadisnabi.net/dosa-mensia-siakan-anak-yatim-perempuan/): Daripada Abu Syuraih Khuwailid bin Amru al-Khuza’ie berkata: Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Allaahumma (Wahai Allah), sesungguhnya saya memandang berat dosa mensia-siakan hak dua golongan lemah, (iaitu) anak yatim dan perempuan. (Hadis status hasan diriwayatkan oleh an-Nasai, dengan sanad yang baik) PENJELASAN Sesungguhnya Nabi SAW menganggap berat hak anak yatim dan perempuan, kerana kedua-duanya tidak mempunyai kekuatan dan tidak ada tempat berlindung melainkan Allah. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 230. - [Keistimewaan orang lemah dalam kalangan kamu](https://hadisnabi.net/keistimewaan-orang-lemah-dalam-kalangan-kamu/): Daripada Mus’ab bin Saad bin Abi Waqas RA berkata: Saad berpendapat bahawa baginya kelebihan daripada selainnya. Maka, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Adakah kamu mendapat pertolongan dan rezeki, melainkan dengan orang-orang yang lemah dalam kalangan kamu! (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari sebagai hadis mursal kerana Mus’ab adalah seorang tabiin. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Barqani dalam kitab sahihnya sebagai hadis muttasil daripada Mus’ab daripada ayahnya RA). PENJELASAN Ibnu Batthal berkata: Pengertian hadis ini bahawa orang-orang lemah lebih ikhlas dalam berdoa dan lebih khusyuk dalam beribadat kerana hati mereka masih kosong dengan gemerlapan dunia. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 230. - [Rezeki dan pertolongan dengan adanya orang lemah dalam kalangan kamu](https://hadisnabi.net/rezeki-dan-pertolongan-dengan-adanya-orang-lemah-dalam-kalangan-kamu/): Daripada Abu Darda Uwaimir RA berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Carikan saya orang-orang lemah. Maka, sesungguhnya kamu mendapat pertolongan dan rezeki dengan orang-orang lemah dalam kalangan kamu. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dengan isnad yang baik) PENJELASAN Hadis ini mengandungi pesanan agar membantu orang-orang lemah, fakir miskin, membantu orang-orang yang menggunakan seluruh waktu untuk Allah, tidak mementingkan diri sendiri dan menghindari daripada mengganggu orang lemah. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 231. - [Jangan saling hasad dengki, menipu, membenci — jadilah hamba Allah saling bersaudara](https://hadisnabi.net/jangan-saling-hasad-dengki-menipu-membenci-jadilah-hamba-allah-saling-bersaudara/): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Janganlah kamu saling berhasad, jangan saling menipu dalam jual-beli, jangan saling membenci, jangan saling berpaling dan jangan sesetengah daripada kamu menjual atas penjualan sebahagian lain. Dan jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Seorang muslim merupakan saudara dengan muslim yang lain, tidak boleh menzalimi saudaranya, tidak boleh menghina saudaranya dan tidak boleh menelantarkan saudaranya. Takwa itu ada di sini — baginda menunjukkan ke arah dadanya tiga kali. Cukuplah seseorang termasuk keburukan, jika dia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap sesama muslim haram darahnya, hartanya dan kehormtannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan “an-najsyu” […] - [Tidak sempurna iman sehingga mencintai sesama muslim](https://hadisnabi.net/tidak-sempurna-iman-sehingga-mencintai-sesama-muslim/): Daripada Anas RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai bagi saudaranya hal yang dia cintai bagi dirinya sendiri. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Keimanan sempurna tidak dapat tercapai sehingga seseorang suka atau mencintai ketaatan atau hal-hal yang harus pada diri seorang muslim sebagaimana dia suka hal itu ada pada dirinya sendiri. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 207/208. - [Tolonglah orang melakukan kezaliman, dizalimi](https://hadisnabi.net/tolonglah-orang-melakukan-kezaliman-dizalimi/): Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tolonglah saudaramu, dia orang melakukan kezaliman atau dizalimi. Maka, seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, saya dapat menolongnya jika dia orang dizalimi, (tapi) tidakkah anda lihat jika seorang melakukan kezaliman, bagaimana saya dapat menolongnya? Baginda berkata: Kamu menghalanginya atau kamu mencegahnya daripada kezalimannya. Maka, sesungguhnya yang demikian itu menolongnya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 208. - [Beberapa hak terhadap sesama muslim](https://hadisnabi.net/beberapa-hak-terhadap-sesama-muslim/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada lima: Menjawab salam, menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazahnya, menghadiri panggilannya (atau undangan) dan mendoakan orang bersin. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam hadis diriwayatkan Muslim disebutkan: Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam; jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam kepadanya, jika dia memanggilmu maka penuhilah panggilannya, jika dia meminta nasihat kepadamu maka berilah dia nasihat, jika dia bersin kemudian memuji Allah maka doakanlah dia, jika dia sakit jenguklah dia, dan jika dia meninggal dunia maka hantarkan jenazahnya. Sumber: Buku […] - [Orang yang menutupi aib akan ditutupi aibnya di hari kiamat](https://hadisnabi.net/orang-yang-menutupi-aib-akan-ditutupi-aibnya-di-hari-kiamat/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tiada seorang hamba pun yang menutupi aib seorang hamba di dunia melainkan dia akan ditutupi aibnya oleh Allah pada hari kiamat. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menganjurkan untuk menutupi aib seorang muslim, lebih-lebih lagi orang yang tidak diketahui keburukannya. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 210. - [Isyarat agar menutup keburukan](https://hadisnabi.net/isyarat-agar-menutup-keburukan/): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap umatku dimaafkan melainkan orang-orang yang menampakkan (keburukan). Sesungguhnya antara yang menampakkan ialah seorang melakukan suatu perbuatan di waktu malam, padahal Allah telah menutupi keburukannya, kemudian di pagi harinya tiba-tiba dia berkata: “Hai polan (panggilan kepada seseorang tidak disebutkan nama), saya malam tadi melakukan begini dan begini.” Semalam orang terbabit telah ditutupi keburukannya oleh Allah tetapi pagi hari dia membuka sesuatu yang telah ditutupi oleh Allah daripada dirinya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 210. - [Nabi larang mendoakan kehinaan](https://hadisnabi.net/nabi-larang-mendoakan-kehinaan/): Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW didatangi oleh para sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian baginda bersabda: Pukullah dia. Abu Hurairah berkata: Antara kami ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan sandalnya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah semuanya membubarkan diri, sesetengah orang berkata: Semoga engkau dihinakan oleh Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu berkata demikian, jangan kamu memberikan pertolongan kepada syaitan untuk menggodanya lagi. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Memukul dengan tangan, sandal dan pakaian memadai sebagai hukuman minum arak. Tidak dianjurkan mendoakan agar diberikan kehinaan oleh Allah […] - [Jangan aniaya dan jangan serah kepada musuh, tutupi aib, penuhi keperluan dan lapangkan kesukaran sesama muslim](https://hadisnabi.net/jangan-aniaya-dan-jangan-serah-kepada-musuh-tutupi-aib-penuhi-keperluan-dan-lapangkan-kesukaran-sesama-muslim/): Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang muslim merupakan saudara seorang muslim yang lain, jangan dia menganiayanya dan jangan pula menyerahkannya (kepada musuh). Sesiapa memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Dan sesiapa melapangkan kesusahan daripada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan daripada beberapa kesusahan pada hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Dilarang menzalimi orang muslim dan menghinanya. Keutamaan memenuhi keperluan orang muslim, melapangkan kesusahannya, dan menutupi aibnya. Allah akan bertindak terhadap hamba-Nya sebagaimana […] - [Berikan pertolongan kepada orang memerlukan](https://hadisnabi.net/berikan-pertolongan-kepada-orang-memerlukan/): Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata: Apabila Nabi SAW didatangi oleh seseorang yang meminta suatu keperluan, baginda menemui teman-teman duduknya. Maka, baginda bersabda (mafhumnya): Berilah pertolongan kepadanya, nescaya kamu mendapat pahala, dan Allah akan memutuskan hal-hal yang Dia senangi melalui lisan nabi-Nya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber – Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 213. - [Bukan pendusta bagi orang yang mendamaikan manusia](https://hadisnabi.net/bukan-pendusta-bagi-orang-yang-mendamaikan-manusia/): Daripada Ummu Kultsum binti Uqbah bin Abu Mu’aith berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidak termasuk pendusta seseorang yang mendamaikan antara manusia, maka dia menceritakan yang baik atau mengatakan sesuatu yang baik. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim terdapat tambahan, Ummu Kultsum berkata: Saya tidak pernah mendengar Nabi SAW memperkenankan berdusta daripada apa yang diucapkan oleh seseorang melainkan dalam tiga hal, iaitu dalam peperangan, mendamaikan antara manusia serta perkataan seorang suami kepada isterinya dan perkataan isteri kepada suaminya. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 215. - [Rahmah, kasihi anak-anak](https://hadisnabi.net/rahmah-kasihi-anak-anak/): Daripada Aisyah RAnha berkata: Beberapa orang daripada kalangan orang pedalaman datang menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata: Adakah anda suka mencium anak-anak anda? Baginda menjawab: Ya. Mereka berkata: Tetapi, demi Allah, kami tidak pernah mencium (anak-anak). Maka, Rasulullah bersabda: Apakah saya dapat mencegah sekiranya Allah telah mencabut sifat rahmah (belas kasihan) daripada hati kamu. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menganjurkan untuk mengasihi anak-anak, mencium dan menyayangi mereka. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 203/204. - [Kasih sayang dalam kalangan orang beriman umpama tubuh badan](https://hadisnabi.net/kasih-sayang-dalam-kalangan-orang-beriman-umpama-tubuh-badan/): Daripada Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Perumpamaan Mukminin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bersimpati adalah bagaikan tubuh badan. Apabila satu anggotanya berasa sakit, maka seluruh tubuh badan akan turut merasakannya dengan tidak tidur dan berasa panas. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 203. - [Keutamaan kasih sayang sesama manusia](https://hadisnabi.net/keutamaan-kasih-sayang-sesama-manusia/): Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa tidak mempunyai sifat kasih sayang kepada sesama manusia, Allah juga tidak memberi kasih sayang kepadanya. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Orang-orang menebarkan kasih sayang akan disayangi oleh Zat Yang Maha Pengasih. Sayangilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangimu.” Sumber – Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 204. - [Meringankan apabila solat berjemaah](https://hadisnabi.net/meringankan-apabila-solat-berjemaah/): Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jika seorang daripada kamu menjadi imam solat bagi orang lain, maka hendaklah dia meringankannya, sebab antara kalangan makmum ada orang yang lemah, orang sakit dan tua. Apabila seorang kamu melakukan solat sendirian, maka hendaklah dia memperlamakan (memanjangkan) solat sekehendaknya. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber – Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 204. - [Mengapa Nabi tinggalkan suatu amalan disukai?](https://hadisnabi.net/mengapa-nabi-tinggalkan-suatu-amalan-disukai/): Daripada Aisyah RAnha berkata: Sesungguhnya jika Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan perbuatan, padahal baginda suka mengerjakan amalan itu, (hal itu kerana baginda) khuatir jika orang-orang akan ikut mengamalkannya, maka amalan itu diwajibkan atas mereka. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan kesempurnaan kasih sayang Nabi SAW terhadap umatnya, sebagaimana baginda pernah meninggalkan keluar (untuk solat) di malam keempat Ramadan hingga terbit fajar. Baginda bersabda: Tidak ada yang mencegahku melainkan khuatir jika solat itu diwajibkan atas kamu, lalu kamu tidak mampu melakukannya. Sumber – Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 204/205. - [Nabi larang puasa wisol kerana sayang kepada sahabatnya](https://hadisnabi.net/nabi-larang-puasa-wisol-kerana-sayang-kepada-sahabatnya/): Daripada Aisyah RAnha berkata: Nabi SAW melarang para sahabat melakukan puasa wisol kerana rasa sayang kepada mereka. Para sahabat berkata: Sesugguhnya anda sendiri melakukan puasa wisol? Baginda bersabda (mafhumnya): Sungguh, saya ini tidaklah seperti keadaan kamu, kerana sesungguhnya saya ini diberi makan serta minum oleh Rabbku. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Sumber – Buku Riyadus Solihin dan Penjelasannya - [Meringankan solat apabila ada hal mendesak](https://hadisnabi.net/meringankan-solat-apabila-ada-hal-mendesak/): Daripada Abu Qatadah al-Harits bin Rib’i RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya ketika saya sedang melakukan solat dan saya bermaksud memperlamakannya, tiba-tiba saya mendengar tangisan seorang anak kecil. Maka, saya meringankan solat saya kerana saya tidak suka jika memberatkan ibunya. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) Sumber – Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 205. HURAIAN Hadis ini mengandungi erti keprihatinan dengan mengambil kira hal mendesak. - [Keutamaan solat Subuh](https://hadisnabi.net/keutamaan-solat-subuh/): Daripada Jundub bin Abdullah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa melakukan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh kerana itu, jangan sampai Allah menuntut kepada kamu dengan apa yang dijaminkan oleh Allah, kerana sesungguhnya orang yang dituntut oleh Allah dengan apa yang dijaminkan oleh Allah, tentu Dia akan mendapatkannya. Kemudian, Allah akan melemparkan mukanya ke dalam neraka jahanam. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan “dzimmatillah” dalam (teks Arab) hadis itu diterjemahkan sebagai jaminan keamanan daripada Allah dan janji-Nya. Dalam riwayat lain disebutkan: “Sesiapa melakukan solat Subuh berjemaah”, seakan-akan solat Subuh dikhususkan dengan hal itu, kerana waktu subuh merupakan […] - [Muslim bersaudara dan keutamaan membantu sesama muslim](https://hadisnabi.net/muslim-bersaudara-dan-keutamaan-membantu-sesama-muslim/): Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang muslim merupakan saudara muslim yang lain.Janganlah dia menganiayanya, jangan pula menyerahkannya kepada musuhnya. Sesiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah selalu menolongnya dalam memenuhi keperluannya. Dan sesiapa melapangkan suatu kesukaran daripada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesukaran daripada sekian banyak kesukaran pada hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang itu pada hari kiamat. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN – Hadis ini memberi motivasi kepada muslimin (orang-orang Islam) untuk saling membantu, menyayangi antara satu sama lain, tidak berbuat […] - [Dilarang khianat, tipu dan hina sesama muslim](https://hadisnabi.net/dilarang-khianat-tipu-dan-hina-sesama-muslim/): Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang muslim merupakan saudara sesama muslim lainnya. Janganlah dia berkhianat kepada saudaranya, jangan membohonginya dan jangan menghinanya. Setiap muslim terhadap muslim lainnya adalah haram kehormatannya, hartanya dan darahnya. Takwa itu di sini. Cukuplah seseorang termasuk daripada keburukan, jika dia menghina saudaranya sesama muslim. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini [status] hasan) PENJELASAN Keharaman darah seorang muslim, hartanya dan kehormatannya. Diharamkan menghina sesama muslim, mengkhianatinya dan berdusta. Ketakwaan berada di dalam hati. Sumber: Buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 206. - [Tiada tabir menutupi antara doa orang dizalimi dengan Allah](https://hadisnabi.net/tiada-tabir-menutupi-antara-doa-orang-dizalimi-dengan-allah/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 194: Daripada Muaz RA berkata: Saya diutuskan oleh Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum daripada kalangan ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada ilah (tuhan) yang berhak untuk dilakukan ibadat secara benar melainkan Allah dan bahawa saya adalah utusan Allah. Apabila mereka telah mentaati untuk melakukan hal itu, maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu dalam setiap sehari semalam. Jika mereka mentaati yang demikian, maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sedekah yang diambil daripada orang-orang kaya antara […] - [Ancaman kepada orang buat zalim kepada orang lain](https://hadisnabi.net/ancaman-kepada-orang-buat-zalim-kepada-orang-lain/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 195-196: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa melakukan suatu kezaliman kepada saudaranya, (sama ada) mengenai kehormatan saudaranya ataupun suatu yang lain, maka hendaklah dia minta dihalalkannya pada hari sebelum tidak ada (wang) dinar dan dirham. Jika dia mempunyai amalan kebajikan, maka diambil amalan kebajikannya, sesuai kadar kezalimannya, sedang jika dia tidak mempunyai kebajikan sama sekali, maka diambil keburukan-keburukan orang dizalimi, lalu dibebankan kepada orang menzaliminya. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan perintah meminta agar dihalalkan dan mengembalikan hasil daripada kezaliman ketika masih di dunia. Jika tidak, orang […] - [Sesiapa ambil hak orang lain dengan sumpahnya diharamkan dari syurga](https://hadisnabi.net/sesiapa-ambil-hak-orang-lain-dengan-sumpahnya-diharamkan-dari-syurga/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasan, halaman 198: Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa’labah al-Haritsi meriawayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga ke atasnya. Maka, seorang lelaki bertanya: Walaupun suatu yang remeh, wahai Rasulullah? Maka, baginda bersabda: Dan sekalipun sepotong kayu arak. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini memberikan ancaman kepada orang bersumpah bohong agar dapat mengambil hak seorang muslim. - [Dakwaan syahid disanggah Nabi](https://hadisnabi.net/dakwaan-syahid-disanggah-nabi/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 198/199: Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Ketika terjadi perang Khaibar, ada sekumpulan daripada sahabat-sahabat Nabi SAW, maka mereka berkata: Polan syahid, dan polan syahid. Sehingga mereka menemukan seorang lelaki (yang telah meninggal dunia), maka berkata, “polan syahid”. Maka, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Tidak sama sekali, sesungguhnya saya melihatnya di dalam neraka kerana burdah (kain selimut) atau baju karung yang dia sembunyikan (daripada hasil rampasan perang). (Hadis diriwayatkan oleh Muslim, ada juga dalam riwayat Ibnu Hibban dan Tirmidzi) PENJELASAN Polan ialah suatu panggilan yang merujuk kepada seseorang tidak diberikan namanya. Hadis ini menguatkan keharaman […] - [Terbunuh dalam jihad fi sabilillah apakah kesalahan terhapus?](https://hadisnabi.net/terbunuh-dalam-jihad-fi-sabilillah-apakah-kesalahan-terhapus/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 199: Daripada Abu Qatadah, al-Harits bin Rib’i meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, bahawa beliau berdiri di hadapan orang ramai, kemudian beliau menyebutkan kepada mereka bahawa jihad fi sabilillah dan beriman kepada Allah merupakan amalan perbuatan yang paling utama. Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika saya terbunuh dalam perang fi sabilillah, apakah kesalahan-kesalahan saya akan terhapus? Beliau menjawab: Ya, jika kamu terbunuh fi sabilillah dan sabar, mengharapkan keredaan Allah serta kamu maju dan tidak melarikan diri. Seterusnya Rasulullah SAW bertanya: Bagaimana pertanyaan kamu tadi? Orang itu berkata lagi: Bagaimana […] - [Neraka bagi orang membelanjakan harta Allah dengan cara batil](https://hadisnabi.net/neraka-bagi-orang-membelanjakan-harta-allah-dengan-cara-batil/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 201: Daripada Khaulah binti Amir al-Ansariyah dan dia ialah wanita (isteri) Hamzah berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya lelaki-lelaki (yakni orang-orang) membelanjakan harta Allah dengan (cara) tidak benar, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Istilah “takhawwadhu” daripada perkataan dalam teks hadis diertikan sebagai membelanjakan dengan tidak benar. Hadis ini menunjukkan bahawa membelanjakan harta baitulmal tidak harus berdasarkan keinginan semata-mata. Dalam riwayat Tirmidzi daripada Khaulah binti Qais bin Qahd disebutkan: Sesungguhnya harta ini manis dan hijau. Sesiapa mendapatkannya dengan cara benar, maka dia akan diberikan keberkatan dalam harta […] - [Waspada bawa senjata di tengah khalayak agar tidak membahayakan orang ramai](https://hadisnabi.net/waspada-bawa-senjata-di-tengah-khalayak-agar-tidak-membahayakan-orang-ramai/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 202/ 203: Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa berjalan di suatu tempat dari masjid-masjid kita atau pasar-pasar kita, sedang dia membawa anak panah, maka hendaklah dia memegang atau menggenggam hujung-hujungnya dengan telapak tangannya, sebab dikhuatirkan dengan anak panahnya akan kena seseorang daripada muslimin. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan perintah menggenggam hujung anak panah. Demikian juga pedang, pisau, bayonet, dan seumpamanya. Begitu juga dengan peluru dari senapang dan pistol perlu dikeluarkan kerana dibimbangi kena, mencederakan, menyakiti orang sekeliling. - [Sesiapa tidak menyayangi, tidak disayangi](https://hadisnabi.net/sesiapa-tidak-menyayangi-tidak-disayangi/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 203: Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW mencium al-Hasan bin Ali dan di samping baginda ada al-Aqra’ bin Habis. Maka, al-Aqra’ berkata: Saya mempunyai 10 orang anak. Tetapi saya belum pernah mencium seorang daripada mereka. Maka, Rasulullah SAW memandangnya, kemudian baginda bersabda (mafhumnya): Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) - [Peringatan agar tidak menumpahkan darah yang haram](https://hadisnabi.net/peringatan-agar-tidak-menumpahkan-darah-yang-haram/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 201: Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang mukmin sentiasa dalam keluasan agamanya, selama dia tidak menumpahkan darah yang haram. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Perkataan dalam teks hadis “al-fushatu” diertikan sebagai “keluasan”. Maksudnya orang mukmin sentiasa mengharapkan rahmat dan ampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Ketika dia menumpahkan darah yang haram, maka jalannya akan menjadi sempit. - [Amaran mengenai hak saudaranya dalam penghakiman](https://hadisnabi.net/amaran-mengenai-hak-saudaranya-dalam-penghakiman/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 200: Daripada Ummu Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Saya hanya seorang manusia dan sesungguhnya kamu akan mengajukan perkara kamu kepadaku. Barangkali sebahagian daripada kamu ada yang lebih pintar mengemukakan hujah daripada sebahagian yang lain. Maka, saya memberikan keputusan sesuai dengan alasan yang saya dengar. Maka, sesiapa yang saya putuskan baginya dengan (mendapat) hak saudaranya, maka sesungguhnya saya menentukan untuknya bahagian daripada api neraka. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad) PENJELASAN Perkataan dalam teks hadis “al-hana” diertikan sebagai “lebih pintar”. Hadis ini menjelaskan bahawa Nabi SAW tidak mengetahui hal ghaib (hal […] - [Kalimat keadilan terhadap penguasa zalim adalah jihad paling utama](https://hadisnabi.net/kalimat-keadilan-terhadap-penguasa-zalim-adalah-jihad-paling-utama/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 180: Daripada Abu Said al-Khudri RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Jihad paling utama ialah kalimat keadilan terhadap penguasa zalim. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi. Tirmidzi berkata hadis ini hasan) - [Jihad paling utama: Kalimat kebenaran terhadap penguasa zalim](https://hadisnabi.net/jihad-paling-utama-kalimat-kebenaran-terhadap-penguasa-zalim/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 180/ 181: Daripada Abu Abdillah Thariq bin Syihab al-Bajali al-Ahmasi bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dan dia telah meletakkan kakinya pada pelana: Manakah jihad yang paling utama? Baginda menjawab (mafhumnya): Kalimat kebenaran terhadap penguasa zalim. (Hadis diriwayatkan oleh Nasai dengan isnad sahih) PENJELASAN Perbuatan itu merupakan jihad paling utama kerana perbuatan itu menunjukkan kesempurnaan keyakinan serta kuat keimanannya, kerana dia menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa atau pemimpin zalim dan tidak takut hukuman daripada penguasa terbabit, bahkan dia menyerahkan dirinya dan mendahulukan perintah Allah. - [Apabila tidak dicegah orang melakukan kezaliman](https://hadisnabi.net/apabila-tidak-dicegah-orang-melakukan-kezaliman/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 183: Daripada Abu Bakar as-Siddiq RA berkata: Wahai manusia, sesungguhnya kamu tentu membaca ayat ini (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. (Al-Maidah, 105) Dan sungguh, saya juga mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya orang-orang apabila melihat orang zalim, lalu dia tidak mencegah tangannya, maka hampir saja Allah akan meratakan seksa-Nya terhadap seluruh manusia. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasai, dengan sanad-sanad yang sahih) PENJELASAN Maksudnya, sesungguhnya kamu semua membaca ayat ini dan kamu menganggap bahawa orang yang telah […] - [Ancaman bagi orang yang hanya pandai menyuruh orang lain buat baik dan cegah mungkar sedangkan dirinya sendiri adalah sebaliknya](https://hadisnabi.net/ancaman-bagi-orang-yang-hanya-pandai-menyuruh-orang-lain-buat-baik-dan-cegah-mungkar-sedangkan-dirinya-sendiri-adalah-sebaliknya/): Menurut buku Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 184: Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, didatangkan seorang lelaki, maka dia dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar isi perutnya, maka dia berputar dengan isi perutnya, sebagaimana seekor keldai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya, maka mereka bertanya: Mengapa kamu ini, hai polan (panggilan untuk seseorang tidak disebutkan nama)? Tidakkah kamu dahulu menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran? Maka, dia (orang terbabit) berkata: Betul, saya menyuruh kepada yang makruf (kebaikan), tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya […] - [Tanda orang munafik](https://hadisnabi.net/tanda-orang-munafik/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 185: Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tanda-tanda orang munafik ada 3 macam: Jika dia berkata, maka dia berdusta.Jika berjanji, dia tidak menepati.Dan jika diberi amanah, maka dia berkhianat. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini dalil semua hal itu termasuk tanda-tanda munafik. Dalam hadis riwayat Abdullah bin Amru disebutkan: Empat perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, maka dia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa di dalam dirinya terdapat salah satu daripada keempat-empatnya, maka dia mempunyai salah satu sifat kemunafikan, hingga dia meninggalkannya; iaitu apabila diberi amanah dia […] - [Jaga diri daripada buat zalim dan kikir](https://hadisnabi.net/jaga-diri-daripada-buat-zalim-dan-kikir/): Menurut Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 191/192: Daripada Jabir RA: Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Jagalah diri kamu daripada kezaliman, maka sesungguhnya kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Dan jagalah diri kamu daripada sifat kikir, maka sesungguhnya kikir menyebabkan kebinasaan umat sebelum kamu, (sifat itu) menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menghalalkan hal-hal yang diharamkan pada diri mereka. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Istilah “syuhhu” (syin-ha) (perkataan Arab) dalam teks hadis itu ertinya kikir disertai kerakusan untuk mencari harta melalui jalan tidak diperkenankan, sebagaimana terdapat dalam hadis lain: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu derhaka kepada para ibu, mengubur anak perempuan, tidak […] ## Pages - [Mengenai](https://hadisnabi.net/mengenai/): Ini adalah blog/laman hadis, yang semuanya mempunyai sumber, sama ada daripada buku-buku dibaca atau blog/tapak web berkaitan hadis dalam bahasa Melayu/Inggeris/Arab – maknanya, ia bukan direka-reka. Huraian diberikan adalah sekadarnya berdasarkan pengetahuan. Ianya diusahakan ringkas bagi mengelakkan jemu, berjela-jela dan menutup pintu salah faham, sebab kadangkala pembaca gagal menanggapi apa yang mahu disampaikan oleh penulis. Kandungannya diubah atau diedit dari semasa ke semasa. Pemberian tip (pemberian penghargaan atas pengetahuan diperolehi, jika ingin diberikan): Maybank penyedia kandungan: 112268161516. Pertanyaan boleh e-mel kepada: specialistnewswriter@gmail.com INFO RINGKAS PEMBINA IDRIS MUSA Pendidikan: Sek Men Agama Tumpat, Maahad Muhammadi Kota Bharu, UKM (BA Islamic Studies – […] - [HADIS](https://hadisnabi.net/hadis/) ## Optional - [Agent (MCP protocol)](websites-agents.hostinger.com/hadisnabi.net/mcp) [comment]: # (Generated by Hostinger Tools Plugin)